Tuesday, May 29, 2018




KUMPULAN PUISI REMAJA







CERMIN ADAB: PROF MADYA DR. NORAZIMAH ZAKARIA




Hang Tuah Dihukum Bunuh
Satu peristiwa
hingga kini tidak boleh dilupa
Hang Tuah dihukum bunuh
oleh raja yang tidak usul periksa.

Tuduhan memfitnah
Si Hang Tuah dengan dayang istana
tuduhan bermukah mengaibkan raja.

Raja marah tidak terkira
melihat Hang Tuah langsung tidak suka
mencari Seri Nara Diraja
disuruh bunuh kerana raja murka.

Hai lah raja
mengapa tiada diperiksa
hukuman bunuh dirasa sangat tersiksa
bagi Hang Tuah yang sangat setia
telaga tahi pun sanggup dimasuki
demi selamatkan kuda raja
inikan pula untuk membuat raja benci
silap Hang Tuah terus dihukumi.

berhutang nyawa pada yang ada
mengikut Tuah pada Seri Nara Diraja
disembunyikan Hang Tuah kerana jasa
takut raja tidak akan beroleh hamba
seperti Hang Tuah yang sangat setia.



















Pencuri

Mengapa ada pemimpin
yang tidak memelihara keaiban diri
membiar si pencuri
hingga timbul resah di hati
pada si raja yang baik hati.  

Resah-gelisah di dalam hati
sikap menggila si pencuri tertebar ke sana ke mari
raja menunggu di malam hari
menyamar rupa tidak dikenali
hasrat di hati menewaskan pencuri
setelah malamnya diganggui mimpi
mimpi-mimpi ngeri seorang pencuri

Pencuri tertewas di tangan raja
raja menyamar disangka orang biasa
berkata pembesar berkawal siaga
tetapi negeri tidak terjaga
menghadap menyembah pembesar istana
katanya pencuri tertewas tiada tahu di tangan siapa
raja tersenyum sambil berkata
sia-sia mengawal Seri Maharaja
tiada tahu pencuri ditumpaskan siapa
menangkap pencuri tanpa disangka
rajalah yang punya kerja

Malu Seri Maharaja kepada raja
semua orang menundukkan kepala
kisah raja tersebar merata
pada orang bawahan dikerah siaga
Pencuri ditetak dibunuhnya
jika terjumpa tamat hidup mereka
gentar pencuri pada Seri Maharaja
kisah pencuri sudah tiada
dalam Kota Melaka.

raja menyamar dijadikan panduan
bagi pemimpin sebagai landasan