1. RAJA ISKANDAR DZUL-KARNAIN
- Raja Iskandar Dzulkarnain anak kepada raja Darab
- Keterunan Rom
- Memerintah negeri bernama Makaduniah
- Bergelar Raja ISkandar Zul-Karnain
- Seorang pahlawan yang berani dan masyhur
- Menakluki banyak negeri
= negeri Kida Hindi. Mengislamkan negeri tersebut.
- Seorang raja yang adil dan bertimbang rasa. Misalnya menaikkan
semula Raja Kinda Hindi di atas takhta
setelah menawan negeri itu.
- Berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah , Puteri Raja Kida
Hindi-Mendapat seorang putera-
Raja Aristun Syah-jurai keturunan hingga kepada Raja Suran
2. RAJA SURAN
- Puteri kepada Tersi
Berderas dan puteri Raja Sulan dari negeri Amdan Negara.
- Memerintah negeri Amdan Negara
- Seorang raja yang sangat masyhur dan agung.
- Raja yang gagah perkasa.Ketua angkatan perang yang gagah
berani.Menawan negeri Gangga Negara
- Raja yang kuat semangat , berani.. Tidak gentar berperang
walaupun negeri yang lebih besar dan
kuat. Hajat serang negeri China.
- Seorang raja berfikiran jauh, mengambil kira keadaan masa
depan angkatannya dan
membatal kan hajat menyerang negeri China kerana terlalu jauh mengambil
masa yang lama
- Raja yang kreatif dan mempunyaipemikiran yang tajam serta
proaktif.. Ingin meneroka dunia
bawah laut, meneroka misteri kehidupan aam diluar daripada kemampuan pemikiran rakyat biasa.
- Sifat istimewa kerana dikurniakan sifat-sifat
supernatural.. Boleh hidup dalam dunia dataran dan dunia bawah laut, berkahwin
dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri di kurniakan 3 putera iaitu Nila pahlawan,
Krisyna Pandita dan Nila Utama
- Memiliki kesaktian.. Boleh berhubung dengan makhluk halus
seperti jin dan peri. Misalnya mendapat pertolongan Raja Jin Asmaghiah Peri
membawa ketiga tiga putera baginda keluar dari negara bawah laut
- Contoh lain , Raja Suran mendapat tiga buah mahkota daripada
perbendaharaan Nabi Sulaiman 'alaihis-salam, menaiki kuda Farasu'l-Bahri
kembali ke dunia daratan
3. DEMANG LEBAR DAUN
- Raja Palembang, di tanah Andalas, berasal daripada cucu
Raja Suran. Puteri bernama Raden Ratna Cendera Puri
- Setia kepada keturunan Raja Iskandar Dzulkarnain. Menjemput
ketiga-tiga putera Raja Suran di Bukit Si Guntang bersemayam di istana
Palembang
- Berusaha menabalkan putera-putera Raja Iskandar Dzul-Karnain
;
Sang Si Perba -> Raja Minangkabau ( Nila Pahlawan )
Krisyna Pandita -> Raja Tanjung Pura
Nila Utama -> Raja Palembang
WATAK-WATAK PEMBESAR NEGERI YANG TERKENAL
TUN PERAK
Latar:
Nama peribadi Tun Perak. Anak Bendahara Seri W4 Raja.
Saudara lain ialah Tun Kudu dan Tun Perpillh Putih. Mula dilantik sebagai
Bendahara pada zannin pemerintahan Sultan Muzaffar syah. Memegang jawatan
Bendahara di bawoh pemerintahan empat orang sultan iaitu zaman :
· Sultan Muzaffar
Syah
· Sultan Mansur Syah
· Sultan Alau'd-Din
Riayat Syah
· Sultan Mahmud Syah.
Tun Perak tersingkir dari mendapat jawatan Bendahara
(mengikut adat tradisi) selepas kemangkatan Bendahara Seri Wak raja. Tun Perak
membawa diri ke Kelang,dilantik sebagai penghulu orang Kelang.
Ketokohan clan kewibawaan Tun Perak terserlah sewaktu Melaka
menghadapi ancaman serangan Siam --> kecerdikan Tun Perak mengusir ancaman
Siam dan menyelesaikan masalah berhubung tuduhan-tuduhan ke atas dirinya telah
menambat hati sultan --> Tun Perak dilantik sebagai Bentara.
Konflik dengan Seri Nara Diraja (pegang jawatan Bendahara).
Konflik dapat diselesaikan --> Tun Perak didudukkan ke jawatan Bendahara
setelah Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Kudu.
(i)Sebagai ketua angkatan perang yang berani, cekap dan
pintar.
Tun Perak bijak mengatur strategi perang untuk mencapai
kejayaan tanpa pertumpahan darah. Contoh ketika Melaka hadapi serangan Siam.
guna muslihat/tipu helah mengelirukan Siam —> dan tambat
puntung api pada kayu-kayu disepanjang sungai. Kelihatan api begitu
banyak.Sangkaan Siam, angkatan Melaka amat ramai.
b. Mengetuai angkatan menakluki Pahang.
Berjaya menakluki Pahang. Menawan raja Pahang,dibawa ke
Melaka ---> Pahang jadi negeri jajahan takluk Melaka.
c. Menyerang Pasai.
Mengetuai angkatan Melaka ke Pasai membantu Sultan Zainal
Abidin bagi menyelesaikan masalah perang saudara dan perebutan kuasa.
berjaya menabalkan Sultan Zainal Abidin sebagai Raja Pasai.
(ii) Sebagai Pegawai Kanan Pentadbiran yang cekap
menjalankan tugas-tugas mentadbir Melaka.
Bendahara Paduka Raja memiliki kepandaian serba boleh;
a. Bijaksana dalam
karang mengarang.
Mengarang surat yang dihantar ke Siam. Isi kandungan surat
terselit unsur diplomasi, maksud mendalam tersirat dalam baris-baris yang
ringkas, pendek clan jelas.
b. Bijaksana dalam
ilmu firasat dan ramalan.
Dapat meramal dengan tepat nasib Tun Mutahir setelah melihat
alamat awal sewaklu Tun Mutahir masih remaja;
"Cahaya dari langit memancar di kepala Tun Mutahli,
cahaya itu hilang dengan cepat. "
- ramalan : Tun Mutahir akan jadi orang besar dan kebesaran
melebihi kebesaran Tun Perak, tetapi tidak akan kekal.
(iii) Sebagai Penasihat Sultan
Kedudukan Bendahara amat rapat dengan sultan sebelum sesuatu
tindakan dilaksanakan, biasanya sultan mendapatkan nasihat Bendahara terlebih
dahulu. Misalnya, rancangan Sultan Mahmud Syah hendak menyerang Pahang kerana
baginda murka di atas tindakan raja Pahang mencabar/menghina raja Melaka.
Bendahara menasihatkan agar tidak menyerang Pahang kerana raja Pahang dan raja
Melaka mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat. Nasihat Bendahara diikuti.
Melaka bertindak ke atas Pahang dengan hanya menghantar utusan Imengajar'
perbuatan raja Pahang.
(iv) Sebagai seorang
pembesar yang 'berkuasa' dalam menentukan perlantikan sultan dan
bertanggungjawab menabalkan sultan menduduki takhta kerajaan.
Kedudukan Bendahara amat rapat dengan sultan. Sebelum
sesuatu tindakan dilaksanakan, biasanya sultan mendapatkan nasihat Bendahara
terlebih dahulu. Misalnya, rancangan Sultan Mahmud Syah hendak menyerang Pahang
kerana baginda murka di atas tindakan Raja Pahang mencabar/ menghinan raja
Melaka. (sama seperti diatas) Bendahara menasihatkan agar tidak menyerang
Pahang kerana raja Pahang clan raja Melaka mempunyai hubungan kekeluargaan yang
dekat. (sama seperti ii atas)
- Nasihat bendahara diikuti. Melaka bertindak ke atas Pahang
dengan hanya menghantar utusan Imengajar' perbuatan Pahang.
(v) Bendahara sebagai
seorang pembesar yang berkuasa dalam menentukan perlantikkan sultan dan
bertanggungjawab menabalkan menduduki takhta kerajaan.
- Setelah anaknya, Tun Besar dibunuh oleh Raja Muhammad
(dalam episod bermain sepak raga), Bendahara melafazkan kata-kata,
"..tidak akan bertuankan anak raja seorang ini".
- Kata putus Bendahara membawa kesan kepada perlucutan hak
Raja Muhammad sebagai pewaris takhta Melaka. Raja Muhammad tersingkir ke
Pahang.
b. Bendahara Paduka Raja melaksanakan wasiat sultan untuk
melantik Sultan Mahmud Syah sebagai pengganti takhta Melaka selepas kemangkatan
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
- Bendahara berusaha menjaga Sultan Mahmud Syah (masih
kecil) claripacla dibunuh oleh Raja Tua demi melaksanakan wasiat.
- Raja Tua iaitu nenda Sultan Mahmud Syah mahukan Raja
Menawar dilantik sebagai pemerintah Melaka.
- Bendahara tetap mengikut wasiat menabalkan Sultan Mahmud
Syah.
(vi) Sebagai seorang pembesar yang tegas dan setia.
Bendahara sangat setia kepada sultan Melaka Setiap perintah
sultan akan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan,
seterusnya menaikkan martabal Sultan Melaka.
Bendahara mengetuai angkatan Melaka menolong Sultan Zainal
Abidin merebut takhta Pasai.
Bendahara tidak teragak-agak bertindak tegis membuat
keputusan enggan membantu Sultan Zainal Abidin bagi kali kedua setelah Sultan
Zainal Abidin enggan menghantar surat sembah ke Melaka.
SERI NARA DIRAJA (TUN ALI)
Latar Belakang
Tun Ali ialah anak Mani Puriclan bersama isterinya Tun Ratna
Sandari (Puteri Seri Nara Diraja). Adiknya Tun Ratna Wati diperisterikan oleh
Sultan Muhammad Syah –> lahir putera Raja
Peristiwa-peristiwa Penglibatan Seri Nara Diraja dalam
Kerajaan Melaka.
(i) Terlibat campur
tangan dalam rampasan kuasa takhta Melaka.
Pembesar terpenting (orang kuat) membantu Raja Kasim dalam
rancangan merampas takhta Melaka yang dikuasai oleh Raja Rekan. Rampasan kuasa
berhasil. Tokoh yang memainkan peranan utama menjayakan rancangan rampasan
kuasa ialah Seri Nara Diraja.
Seri Nara Diraja sangat berpengaruh terhadap Sultan Muzaffar
Syah --pembesar yang sangat rapat dengan sultan, kata-kata clan kehendak Seri
Nara Diraja dituruti -kesannya menyebabkan Bendahara Seri Wak Raja terasa
tersingkir, tidak dipedulikan –tindakan nekad membunuh diri dengan minum racun.
(ii) Bertindak
bertentangan adat kebiasaan amalan di istana Melaka.
Jawatan Bendahara sepatutnya diwarisi oleh keturunan
bendahara selepas kematian Benclahara. Seri Wak Raja, sepatutnya diganti oleh
Tun Perak.
Tun Ali telah berjaya mengambil alih kedudukan/ jawatan
Bendahara bergelar Bendahara Seri Nara Diraja.
- Tun Perak membawa diri ke Kelang --- dilantik sebagai
penghulu orang-orang Kelang.
(iii) Terlibat dalam perselisihan dan perpecahan di kalangan
pembesar.
Konflik di kalangan pembesar-pembesar tercetus antara dua
puak-puak yang diketuai oleh Seri Nara Diraja dan puak dari keturunan Bendahara
(Tun Perak).- Puncak konflik Tun Perak terlibat semula dalam istana ---
dilantik sebagai Bentara kemudian
sebagai Perdana Menteri
setelah berjaya mengusir ancaman Siam.
Perpecahan semakin ketara menyebabkan Sultan Muzaffar Syah
bimbang membawa kesan buruk kepada kerajaan.
(iv) Seorang pembesar yang sangat berpengaruh.
Segala kemahuan Seri Nara Diraja diikut oleh Sultan Muzaffar
Syah. Beliau bersedia menyerahkan jawatan Bendahara kepada Tun Perak setelah
berkahwin dengan saudara Tun Perak iaitu Tun Kudu.
Sultan Muzaffar Syah menceraikan Tun Kudu, yang dikasihi
demi kepentingan keuntuhan pentadbiran Melaka.
Perkahwinan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudii menamatkan
konflik dalaman kerajaan Melaka.
(v) Seorang Pembesaryang bijaksana, berani dan berpandangan
jauh.
Seri Nara Diraja berani menentang titah Sultan Mansur Syah.
Beliau tidak melaksanakan tilah menghukum bunuh Hang Tuah. Mengikut tafsiran
Seri Nara Diraja —> hukuman yang dijatuhkan ke atas Hang Tuah sebagai satu
tindakan yang akan merugikan serta membawa kepada penyesalan.
Seri Nara Diraja bijaksana dalam melihat kelebihan Hang Tuah
untuk kepentingan Kerajaan Melaka.
Tindakan Seri Nara Diraja melanggar titah sultan ternyata
memberi suatu kemenangan Tindakan Seri Nara Diraja melanggar titah sultan
ternyata memberi suatu kemenangan --> berjaya membuktikan bahawa Hang Tuah
sangat berguna/menguntungkan istana Melaka —> Hang Tuah yang setia berjaya
menghapuskan Hang Jebat yang membuat huru-hara di Melaka.
Seri Nara Diraja beroleh tiga orang anak bersama isterinya
Tun Kudu.
(a) Tun Mutahir
(kemudian dilantik Bendahara bergelar Bendahara. Seri Maharaja)
(b) Tun Tahir
(dilantik sebagai Penghulu Bendahara bergelar Seri Nara Diraja)
(c) Tun Senaja (diperisterikan
oleh Sultan Alau'dDin Riayat Syah).
TUN MUTAHIR (BENDAHARA SERI MAHARAJA)
Latar belakang:
anak Seri Nara Diraja (5 orang anak semuanya).
Seri Nara Diraja wasiatkan anak-anak dipelihara Bendahara
Paduka Raja. Wasiatkan harta/emas sebanyak 5 buah peti.
Saudara lelaki Tun Mutahir ialah Tun Tahir. Bendahara Paduka
Raja pernah membuat ramalan;
"Budak ini kelak menjadi Orang Besar- besar. Danpada
hamba pun lebih kebesarannya, tetapi tidak kekal. " (Sulalatus Salatin,
hlm. 146)
Ramalan setelah melihat cahaya turun memancar dari langit di
kepala Tun Mutahir pada suatu subuh.
Bendahara menguji kebolehan Tun Tahir dan Tun Mutahir dalam
perniagaan --> beri pinjam 10 tahil emas tiap Seorang ---) dapat untung yang
banyak barulah harta peninggalan diserahkan.
Tun Mutahir sejak zaman remaja menceburkan dari dalam
perniagaan. Perniagaan sering mendapat keuntungan. ('Adapun akan Tun Mutahir
selamaya ia menyuruh mencari itu, tiada pemah rosak, maka ia menyuruh belayar
juga.) (Sulalatus Salatin, hlm. 148)
Tun Mutahir dilantik menjadi Temenggung, bergelar Seri
Maharaja. Pemerintahan Melaka ialah Sultan Mansur Syah. (saudaranya Tun Tahir
dilantik sebagai Penghulu Bendahara bergelar Seri Nara Diraja. Tun Abdulah
bergelar Seri Nara Wangsa).
Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara sewaktu Melaka
diperintah oleh Sultan Mahmud Syah (setelah kematian Bendahara Putih).
Pemilihan Tun Mutahir dibuat oleh bonda Sultan Mahmud Syah daripada Sembilan
orang calon yang disayangi Sultan Mahmud Syah.
Tun Mutahir bergelar BendaharaSeri Maharaja 4 Melaka
bertambah makmur, mashyur di kalangan pedagang-pedagang di Melaka zaman ini.
- Tragedi berdarah ---> Bendahara mati dibunuh Sultan
Mahmud Syah. (lihat huraian peristiwa di bawah).
Sifat-sifat Tun Mutahir:
1. Saksama, adil,
murah, terlalu balk budi pekertinya. (Sulalatus Salatin, hlm. 206)
2. Hubungan balk
dengan pedagang- pedagang 4 menjaga kebajikan pedagang- pedagang di Melaka
hingga namanya termasyhur di kalangan mereka. Hal ini jelas dari nyanyian
saudagar-saudagar;
"Selamat Bendahara Melaka, pisang jarum, air Bukit
China, Bendahara Seri Maharaja. " (Sulalatin Salatin, hlm. 206)
3. Bijaksana dalam
berurus niaga –> emas yang diboil pinjam sebanyak 10 tahil diperdagangkan
--> mendalml keuntungan (laba) yang banyak. Begitu juga enum peninggalan
ayahnya dijadikan sebagai modal perniagaan –> beroleh untung yang banyak.
4. Dihormati dan
disanjung kerana ketokohan ---> bukan sahaja disebabkan oleh beliau seorang
pembesar terkenal tetapi kerana keperikemanusiaan
mulia ymig dimilikinya. Misalnya -- jika anak-anak raja datang mengadap,
Bendahara tidak turun menjemput. Manakala anak-anak raja, akan naik duduk di
balai setelah ditunjukkan oleh Bendahara.
5. Berani dan
bijak bermain senjata –> dilantik sebagai
ketua Angkatan Perang Melaka membantu Pahang menentang serangan Legor.
6. Pembesar berwibawa
dan sangat berpengaruh. Contoh:sewaktu raja Kedah di Melaka untuk dinobatkan
raja Kedah telah makan sisa makanan yang dimakan oleh Bendahara. Walaupun
Bendahara menegahnya tetapi raja Kedah memberi alasan;
kerana Bendahara orang tua, pangkat bapa kepada beta. "
(S, Salatin, hlm. 244)
Contoh lain:
Kapitan Mor, ketua angkatan Peringgi sewaktu menyerang
Melaka mengakui bahawa selagi "..ada Bendahara Seri Maharaja, berapa pun
besarnya angkatan Goa mau menyerang, Melaka tidak akan kalah. "(Sulalatus
Salatan, him.245)
7. Seorang pembesar
yang alim, pengetahuan tinggi dalam ilmu Islam. Jelas daripada hubungan rapat
dengan alim ulama di Melaka seperti Mahkdum Sadar Jahan. Bendahara pernah
berkunjung ke rumah Makhdum.
8. Kesetiaan dan
ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada raja Melaka. Bendahara tidak membantah
hukuman bunuh yang dijatuhkan malah melarang anak buahnya menentang atau
melawan. Sebagai seorang pembesar yang sangat berpengaruh dan sangat kaya,
Bendahara boleh menentang titah raja. Lebih-lebih lagi tuduhan ke atas
Bendahara merupakan fitnah sernatainata. Tetapi Bendahara tidak berbuat
demikian, kerana Iii masih tetap berpegang teguh kepada "daulat dan
derhaka" ---> pantang anak Melayu menderhaka kepada rajanya seperti
kata-kata Bendahara,
"Hei, Hassan! Hendak membinasakan nama orang tua-tua
kitakah engkau? Kerana adat Melayu tiada pernah derhaka," (Sulalatus
Salatin, hlm. 257)
9. Tragedi hitam dalam
sejarah hidup Bendahara Seri Maharaja.
Bendahara mempunyai anak perempuan yang cantik iaitu Tun
Fatimah. Bendahara tidak menunjukkan Tun I atimah terlebih dahulu kepada raja
Melaka Sultan Mahmud sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali.
Raja Dibaruh pernah mencadangkan kepada Bendahara supaya Tun
Fatimah ditunjukkan kepada raja Melaka kerana;
"..yang istiadat raja Melayu, apabila tiada beraja
perempuan anak Bendaharalah akan jadi Raja Perempuan. "(Sulalatus Salatin,
him. 251 )
- Tun Mutahir menyedari/sedia memahami adat tersebut clan
sengaja berbuat demikian dengan alasan;
"..akan patik ini orang jahat, patut same jahat juga.
"(sulalatus Salatin, hlm. 251)
Tindakan Bendahara itu telah mencetuskan dendam di hati
Sultan Mahmud Syah. Pada hari persandingan Tun Fatimah, barulah Sultan Mahmud
Syah mengetahui Bendahara mempunyai seorang puteri yang cantik jelita. Sultan
Mahmud Syah mula menaruh dendam, "...jahatnya Pak Mutahir ini, demikianlah
balk anaknya tiada ditunjukkan kepada kita. " (Sulalatus Salatin, hlm. 251)
Punca fitnah ke etas Bendahara - rentetan peristiwa.
(i) Raja
Mendaliar berdendam kepada Bendahara kerana die pernah dimalukan di hadapan
pembesar-pembesar. Pada suatu hari raya, Bendahara seclang di hadapan orang
besar-besar menantikan raja keluar. Raja Mendaliar terus masuk ke balairung dan terus menyernbah
Bendahara. Bendahara menepis tangan Raja Mendaliar dan memaki hamun Raja
Mendaliar kerana Yang Dipertuan belum lagi menjunjung duli.
(ii) Nina Sura Dewa
berdakwa dengan Raja Mendaliar –> kes dibawa kepada Benclahmo untuk
diselesaikan. Oleh kerana hari hampir petang, Bendahara meminta kedua saudagar
itu kembali dan meneruskan perbincangan pada keesokan harinya.
(iii) Pada sebelah malamnya Nina Sura Dewana datang ke rumah
Bendahara dengan membawa hadiah sebanyak sebahara emas. Tanya memberitahu niat
sebenarnya. Nina Sura Dewana mempersembahkan kepada Bendahara bahawa emas itu,
".akan pembeli sirih pinang.
(Sulalatus Salatin, him. 255)
(iv) Kedatangan
Nina Sura Dewana ke rumah Bendahara ---> diketahui oleh Kitul ---> bawa
berita (fitnah) mengadu kepada Raja Mendaliar. Kitul berhutang pada Raja
Mendaliar sebanyak sekati emas. Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa,
"Nina Sura Dewana menghadiahkan sebanyak 10 kati emas kepada Bendahara
clan bermuafakat akan membunuh Raja Mendaliar."
(v) Raja Mendaliar
berterima kasih kepada Kitu ldan hutang
Kitul dilupuskan
(vi) Raja Mendaliar terus pergi mendapatkan Laksamana Khoja
Hassan –> beri sogokan emas (sekati emas) supaya Khoja Hassan dapat
sampaikan berita (rahsia) kepada sultan. Berita yang disampaikan;
"..Datuk Bendahara hendak derhaka. Orang kaya
persembahkanlah ke bawah Duli Yang Dipertuan, sudah ia berbuat takhta kerajaan,
menempa ciu emas dan kaus emas; kasadnya hendak naik raja dalam negeri Melaka
ini." (Suialatus Salatin, hlm. 256)
(vii) Sultan Mahmud
Syah terus menerima berita (fitnah) yang disampaikan Laksamana Khoja Hassan
kerana selama ini Sultan Mahmud Syah memang berdendam pada Bendahara. Apabila
mendengar berita bahawa Bendahara hendak menderhaka, merupakan suatu peluang
ibarat kata,
"..seperti orang mengantuk disorongi bantal; kerana
baginda bersedia menaruh dendam akan Bendahara Seri Maharaja sebab anaknya
TunFatimah itu .. "(Sulalatus Salatin, him. 257)
LAKSAMANA HANG TUAH
Latar Belakang:
Asal keturunan --> anak raja Bajung. Nama asalnya ialah
Daeng Mempawah. Negeri Bajung dari kepulauan Mengkasar.
Gelaran Hang Tuah diberi oleh Sultan Mansur Syah. Ketika
Hang Tuah dibawa ke Melaka, usianya dalam lingkungan 12 tahun.
Bijaksana dalam bermain senjata dan ilmu hulubalang.
Sahabat-sahabat terkenal seramai 8 orang -> Hang Jebat,
Hang Kasturi, Hang Lekir Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan
Hang Hussin.
Sifat fizikal - segak, cerdik, perkasa clan tampan digilai
anak-anak dara/perempuan.
Gelaran "Laksamana" anugerah sultan kerana berjaya
mengembari seorang Jawa mengamuk.
Perwatakkan Hang Tuah
(i) Terlibat dalam peperangan;
Turut bersama dalam angkatan perang Melaka menyerang dan
menakluki negeri- negeri lain (perluasan tanah jajahan dalam mengukuhkan
kebesaran Melaka).
Mengiringi Bendahara Paduka Raja membantu Sultan Zainal
Abidin dalam perang saudara merebt it takhta Pasai.
Mengiringi PadukaTuan dan Seri Bija Dimlo menentang angkatan
perang Haru yang merosakkan jajahan Pasai dan tanah jajahan Melaka.
(ii) Sebagai pengiring dan pengawal sultan
- Mengiringi Sultan
Mansur Syah dalam rombon(lim Diraja ke Majapahit.
- Tanggungjawab Hang Tuah ---> mengawal keselamatan
sultan.
(iii) Sebagai Panglima Mengetuai Angkatan Perang.
Hang Tuah mengetuai angkatan perang Melaka menumpaskan
kegiatan lanun yang mengancam keselamatan Melaka - menentang Semerluki (anak
Raja Mengkasar) yang menjalankan kegiatan perlanunan di Tanah Jajahan Melaka.
- Mengetuai angkatan Melaka ke Pahang ---> tujuan
mengajar perbuatan sultan Pahang membunuh Telanai Terengganu tanpa memberitahu
Melaka.
- Mengetuai angkatan ke Siak ---> bertujuan mengajar
perbuatan raja Siak membunuh seorang rakyat Siak tanpa memberitahu Melaka.
(iv) Seorang 'hamba' raja yang sangat setia.
Kesetiaan Hang Tuah kepada sultan Melaka tidak berbelah
bagi. Hang Tuah seorang hulubalang yang amat setia, sanggup melakukan apa
sahaja titah raja dan tanpa membantah atau mengancam keselamatan dirinya.
Tindakan Hang Tuah menunjukkan kesetiaan;
a. Sanggup menentang
Hang Jebat demi menjaga martabat raja Melaka. Walaupun Hang Jebat menderhaka
kerana membela "kematiannya"/ membela keadilan terhadap kezaliman,
namun Hang Tuah tetap menganggap tinclakan Hang Jebat Sebagai penderhakaan
-> yang mesti dihapuskan.
b. Kesetiaan Hang
Tuah merawat, menjaga keselamatan Sultan Mahmud Syah ketika baginda mendapat
sakit buang-buang air.
c.Sanggup masuk ke dalam lubang najis untuk menyelamatkan kuda
kesayangan raja.
Penjelasan yang sangat padat. Ada fakta, contoh dan huraian.. Dan yang paling penting adalah contoh peristiwa.. Terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteBlog yang menarik dan berguna
ReplyDelete