Ø Karya
agung Melayu yang mempunyai nilai sastera dan sejarah Empayar Kesultanan Melayu
Melaka di abad ke-15, karya Sulalatus Salatin mempunyai kekuatan sebagai sebuah
karya yang memaparkan amalan dan warisan Institusi Kesultanan Melayu Melaka
yang kukuh dan menjadi pegangan dan panduan di kalangan Institusi Raja Melayu
yang wujud selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka di rumpun Melayu.
Ø Sebagai
karya agung yang memaparkan sistem pemerintahan yang penuh dengan amalan adat resam dan tatasusila
Raja-Raja Melayu Melaka, maka karya ini menjadi asas penting bagi kita memahami
konsep dan amalan institusi Raja Melayu yang diketuai oleh Yang di-Pertuan
Negeri atau Ketua Negara di negeri-negeri yang berdaulat.
Ø Di
dalam karya agung Sulalatus Salatin telah memaparkan konsep dan pengertian
Waad.
Ø Karya
agung Sulalatus Salatin telah memaparkan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
sebagai sebuah empayar yang mempunyai jajahan takluk di Rumpun Melayu dan
mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri dan ketatanegaraan yang kukuh
berdasarkan bentuk pemerintahan tang berketuakan kepada Sultan atau Raja.
mudah difahami dan secara pengolahan yang ringkas dan menarik
ReplyDeleteApa yang dipersembahkan adalah menarik
ReplyDeleteMaklumat yang tepat dan padat
ReplyDelete