Definisi Tema
Tema ialah subjek yang dasar sesuatu pembicaraan,wacana karangan,cerita dan sebagainya ( Kamus dewan Edisi Keempat
2005 :1638)
Tema ialah persoalan utama yang diungkap berdasarkan kepada sesuatu tujuan melalui unsur yang terdiri daripada objek, peristiwa, kejadian, dan sebagainya.Ia juga dikatakan sebagai buah fikiran atau idea penulis (Ali Ahmad 1987:13)
Tema
Sulalatus
Salatin
Asal
usul
Raja – Raja Melayu dan
adat
istiadat
Raja
Definisi
persoalan
Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema.
Persoalan biasanya lebih daripada satu iaitu semakin panjang sesuatu karya semakin banyak persoalannya
Persoalan wujud untuk memperkukuh dan menghidupkan tema sesebuah karya.
1.Kebijaksanaan Pemimpin dalam menangani masalah yang dihadapi oleh negara
Contohnya,
Dalam Sulalatus Salatin ,pada bab 8 ms 172 hingga 176
diceritakan tentang kebijaksanaan Sultan Alauddin Riayat Syah yang membasmi pencuri yang sedang berleluasa didalam negeri Melaka. Baginda keluar daripada istana dan menyamar menjadi rakyat biasa lalu menangkap si pencuri. Tindakan bijak baginda bukan sahaja mampu menyelamatkan kota dari serangan pencuri tetapi juga menyebabkan pengawal yang sepatutnya bertugas menjaga kota menjalankan tugas mereka dengan baik.
2.Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi Hang Tuah kepada baginda Sultan
Contohnya
Hang Tuah sememangnya dikenali sebagai seorang setia. Ia boleh dilihat jelas pada bab 6 dan 7 dimana apabila Hang Tuah dihukum bunuh kerana fitnah.Hang Jebat yang mahu menuntut bela atas kematiannya saudaranya menyerang istana. Kerana amukan yang dilakukan lalu Hang Tuah yang disangkakan orang dibunuh diperitah untuk membunuh Hang Jebat.Kerana setianya seorang Tuah kepada Raja , Saudara sendiri rela dibunuhnya walhal amukan Jebat tiada sebab lain melainkan mahu menuntut bela diatas kematiannya. Bagi Tuah pula pantang Melayu derhaka kepada Raja ,lalu sesiapa yang menderhaka akan dia habisi walau saudaranya sendiri.
3. Persoalan tentang kasih Sayang
Contohnya dalam kisah Raja Muhammad yang terjumpa dengan seorang bayi perempuan di dalam rebung buluh betung. Disebabkan perasaan kasih Raja Muhammad kepada bayi perempuan tersebut, lalu dibawanya bayi perempuan itu balik ke rumah.
Dapat kita lihat nilai baik yang cuba ditonjolkan oleh Raja Muhammad melalui kisah yang dipaparkan di dalam hikayat ini. Jika tiada perasaan sayang kepada bayi tersebut sudah tentulah bayi tersebut dibiarkan begitu sahaja.
“…maka hendak diparang oleh Raja Muhammad rebung itu, maka keluar seorang kanak-kanak perempuan terlalu baik parasnya; maka dibuangkannyalah gedubangnya, lalu segera diambilnya kanak-kanak itu, [di]dukungnya lalu dibawanya pulang ke rumahnya. Serta dilihat oleh isteri baginda Raja Muhammad mendukung kanak-kanak itu, maka segeralah didapatkan oleh isteri baginda lalu disambut.” (Halaman 1)
4. Persoalah tentang kepahlawanan dan keberanian
4. Persoalah tentang kepahlawanan dan keberanian
Persoalan kepahlawanan adalah merujuk kepada kehandalan dalam pertempuran di medan perang, berpencak silat, bermain keris, bermain pedang ataupun memanah musuh.
Pemilikan ilmu-ilmu hikmat seperti tidak lut ditikam dengan senjata, kegagahan, boleh menawarkan bisa racun dan juga boleh merubah diri menjadi makhluk lain juga menjadi sifat laksamana Hang Tuah. Dia tidak lut ditikam selagi memiliki keris Taming Sari. Semasa di Majapahit, Hang Tuah dapat menawarkan arak sehingga menjadi tidak memabukkan. Dalam perlawanannya menentang Sang Winara semantara, Hang Tuah merubah dirinya menjadi harimau. Badang pula dikelaskan sebagai pahlawan Singapura kerana kegagahan yang dimilikinya setelah memakan muntah hantu.
Sifat berani menentang musuh walaupun musuh itu dikatakan handal ataupun lebih ramai dari dirinya. Sifat ini jelas pada masa Hang Tuah diminta menghapuskan 50 orang yang pura-pura mengamuk semasa berada di Majapahit. Kesemua mereka dihapuskan dengan seorang dirinya sahaja.
Dengan sifat-sifat kepahlawanan yang sejati itu Hang Tuah telah dinobatkan sebagai hulubalang Melayu yang menjadi kebanggaan raja-raja Melayu
Melaka.
5. Persoalan tentang kepentingan pendidikan
Sejarah Melayu menceritakan bagaimana Melaka muncul sebagai pusat pendidikan Islam terkemuka di alam Melayu denga kehadiran para ulama dari Tanah Arab seperti Maulana Abu Bakar, Makhdum Saiyid Melaka
juga muncul sebagai pusat keilmuan Islam terkemuka apabila Kitab Darul Manzum karangan Syeikh Abu Ishaq dibawa oleh Maulana Abu Bakar ke Melaka dan ia diajarkan kepada masyarakat di sana.
Sejarah Melayu juga mencatatkan bagaimana masyarakat Melayu Melaka belajar dengan para ulama seperti yang terdapat dalam kisah Tun Mai Ulat Bulu yang belajar menyebut perkataan Arab dengan Maulana Sadar Jahan serta kisah Sultan Mahmud Syah yang
berguru dengan Kadi Yusof.Abdul Aziz dan ramai lagi.
Beberapa orang Sultan seperti Sultan Mansur Syah sangat mencintai ilmu pengetahuan tentang agama. Contohnya, baginda berguru dengan Maulana Abu Bakar serta sanggup mengutuskan permasalahan agama yang dihadapinya ke Pasai.
Tema dan persoalan yang menarik.
ReplyDeletetulisan terlampau besar.. mohon untuk dikecilkan agar memudahkan kami membacanya.tq
ReplyDeleteTulisan agak besar.. Penuh skrin fon saya
ReplyDeleteterima kasih perkongsian. Tulisan jelas sangat besar
ReplyDelete