Kemanusiaan bermaksud hal-hal
mengenai manusia atau sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia
itu meliputi hal-hal yang baik dan murni iaitu sifat yang dituntut sebagai
suatu yang seharusnya dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana
kelebihan kejadian sifat manusia yang dianugerah akal dan budi disamping
nafsu. Kemanusiaan juga dilihat dari sudut sifat-sifat
yang berlawanan atau bertentangan atau sesuatu yang jahat dan buruk. Dalam
konteks perbincangan ini, unsur kemanusiaan akan dilihat dari kedua-dua sudut
di atas.
Dengan lain perkataan, unsur kemanusiaan dilihat dari sudut;
1. Sifat-sifat positif atau nilai-nilai
baik, murni yang mengutamakan nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat
ini seperti adil, berbudi bahasa, berjasa, bertimbangrasa,nasihat
menasihati atau pengajaran.
2. sifat-sifat negatif atau yang jahat dan
buruk yang mengenpikan nilai-nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat
ini seperti sifat kejam dan ganas, perasaan dendam dan
iri hati, pemarah dan emosinal, curang (belot), tamak haloba, cemburu dan
zalim.
Meneliti unsur-unsur kemanusiaan dalam Sejarah
Melayu dapat dilihat daripada sudut;
i. Perbuatan atau tingkah laku.
ii. Kata-kata
atau dialog watak.
Kedua-dua sudut di atas biasanya akan melibatkan golongan
raja dan pembesar-pembesar kerana peristiwa atau kisah dalam Sejarah Melayu
adalah bersifat "istana-centrik". Jadi penglibatan golongan raja dan
pembesar jelas dalam urusan pentadbiran negeri serta yang melibatkan peranan
mereka dalam hubungan sesebuah kerajaan. Dengan lain perkataan, penelitian
unsur-unsur kemanusiaan dalam konteks perbincangan di sini akan berkait secara
langsung dengan penglibatan dan peranan golongan istana (raja dan pembesar)
dengan pemerintahnya.
KEMANUSIAAN YANG POSITIF (MENGUTAMAKAN NILAI KEMANUSIAAN)
1. Sejarah Melayu menyebut dengan jelas tentang
beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh
sifat-sifat adil dan bijaksana. Mereka mengutamakan tanggungjawab dan amanah
sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai.
Antara Sultan Melaka yang memiliki sifat adil dan
saksama ialah;
i. Sultan Mansur Syah. Sejarah Melayu menyebut ten tang
sifat baginda sebagai; "terlalu baik parasnya, serta dengan
adilnya lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya
pads zaman itu."
ii. Sultan Alauddin Riayat Syah juga terkenal sebagai
seorang Sultan yang adil dan bertanggungjawab. Baginda sanggup menyamar
sebagai rakyat biases bagi mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang
dilakukan oleh pembesar-pembesar negeri dengan tujuan
mengatasi masalah kecurian di Melaka.
iii. Raja Kecil Besar juga seorang pemerintah yang digambarkan
sebagai "Terlalu adil baginda pada memelihara segala rakyat lagi
dengan murahnya". (SM, hal. 83)
"Sultan Muhammad itu selama di atas kerajaan terlalu
sekali adil baginda memeliharakan segala manusia."
2. Sifat dan kelakuan Berbudi Bahasa juga
merupakan salah satu sifat yang amat mulia.
Bendahara Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang
berbudi bahasa tinggi. Walau pun ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan peribadinya
kerana enggan menolong Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana
Sultan Pasai itu enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi
apabila ditanya oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan
peribadi Hang Tuah sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan
kemuliaan budi Bendahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah datang
memohon maaf dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang
Tuah;
"Maka Laksamana pun datang, lalu meniarap pada kaki
Bendahara. Sembah Laksamana kepada Bendahara, "Sungguhlah Tuanku sedia asal
orang besar-besar penghulu kepada saya sekalian." .
3. Berjasa dan Berbakti : Dalam konteks
pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi
tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan
dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi
anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga
seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran
tertentu.
3.1. Jasa bakti Tun Perak sewaktu angkatan
Siam menyerang Melaka. Tun Perak memegang jawatan sebagai penghulu orang-orang
Kelang. Kejayaan Tun Perak menyekat kemaraan Siam serta serangan Siam hingga
menyelamatkan Melaka tanpa pertumpahan darah telah mendapat pengiktirafan
yang tinggi daripada Sultan Muzaffir Syah. Tun Perak di lantik sebagai Perdana
Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Jika mengikut adat dan peraturan Melaka,
Tun Peraklah yang sepatutnya menduduki jawatan sebagai Bendahara Melaka setelah
ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja mati (minun racun) tetapi oleh kerana Seri
Nara Diraja sangat berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan Muzaffir Syah di atas
takhta) maka jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara Diraja Tun Ali.
Tun Perak seolah-olah membawa diri ke Kelang dan dilantik
sebagai Penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar, darah pembesar tetap
mengalir dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh pemimpin yang
berkelibar tetap terserlah. Beliau tidak pernah "merajuk" dalam
melaksanakan tugas dan berbakti kepada Melaka walaupun ia tersingkir daripada
jawatan yang menjadi "haknya". Ini jelas apabila raja mengerahkan
seluruh pahlawan daripada segenap pelusuk negeri berkumpul di Melaka bagi
menghadapi serangan Siam.
3.2. Jasa bakti Hang Tuah setelah berjaya
membunuh Hang Jebat. Hang Tuah adalah seorang panglima yang sangat bedasa. Jasa
bakti yang pernah dicurahkan kepada rajanya tidak pernah mengenal erti
keperitan. Sungguhpun beliau telah diperlakukan secara tidak adil oleh Sultan
Mansur, namun sebagai hamba Melayu yang taat dan berpegang teguh pada
konsep "pantang Melayu menderhaka pads rajanya", Hang
Tuah tetap berusaha dan melaksanakan segala titah raja. Dia sanggup membunuh
sahabat karib yang telah dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pads
rajanya, sungguhpun Hang Jebat menderhaka kerana membela kematiannya. Jasa
bakti Hang Tuah mengembalikan maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat
penghargaan daripada Sultan. Sejarah Melayu mencatatkan;
"Maka terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian
yang dipakai baginda itu semuanya dianugerahkan kepada Hang Tuah .... telah itu
Hang Tuah dilekatkanlah gelar "Laksamana" itu diarak keliling
negeri, seperti adat anak raja-raja, didudukkan tara Seri Nara Diraja. (Penghulu
Bendahari)
3.3. Jasa bakti Tun Telanai dan Menteri
Jana Putra serta utusan Melaka yang pergi ke Siam kerana berhasil menjalinkan
hubungan baik antara Melaka dan Siam mendapat penghargaan Sultan;
"Maka baginda pun terlalu sukacita, serta memberi
persalinan Tun Telanai dan Menteri Jana Putra, dan akan segala utusan Siam
itu."
4. Sifat bertimbangrasa atau diplomasi
Sifat ini jugs sangat jelas dalam beberapa tindakan yang
dibuat terutamanya oleh pihak pemerintah yang menentukan sesuatu dasar atau
tindakan. Dengan wujudnya sifat kemanusiaan yang murnii ini, beberapa perkara
buruk yang melibatkan kemusnahan dapat dihindari.
4.1. Raja Iskandar Zulkamain sewaktu menyerang Neged Kida
Hindi telah bedaya menawan negeri tersebut. Raja Kida Hindi telah dilslamkan,
begitu juga dengan segala pembesar dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah
di Islamkan dan dijadikan isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi
nilai-nilai kemanusiaan yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam
peperangan, negeri yang kalah bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi
kerana kemanusiaan, Raja Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi
memerintah dan membimbing baginda kepada agama yang diredhai.
4.2. Keputusan yang dibuat oleh Sultan Muzaffir Syah
menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu adalah suatu tindakan yang amat
diplomasi bagi menyelesaikan persengketaan dua orang pembesar yang berpengaruh
di Melaka waktu itu. Sifat timbangrasa Sultan yang sekaligus mengorbankan
kepentingan diri demi untuk keutuhan kerajaan dibawah pemerintahannya itu
telah membawa suatu kejayaan yang amat besar dalam survival politik
Melaka seterusnya. Kerana hasil daripada sifat bagindalah telah mententeramkan
pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan di kalangan
pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak dan pihak
Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh diplomasi itu juga telah
memberi "laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat berkelibar
iaitu Tun Perak untuk menduduki tempat Bendahara. Dan ini jelas terbukti
daripada peranan yang disumbangkan oleh Bendahara Paduka Raja Tun Perak
sewaktu memegang jawatan tersebut.
4.3. Sultan Alauddin Riayat Syah adalah terkenal dengan
sifat-sifat adil dalam membuat keputusan yang wajar demi untuk menjaga keamanan
Melaka. Dengan tindakan baginda, telah memberi keselesaan kepada kehidupan
rakyat. Tindakannya telah memberi kesedaran kepada pembesar‑pembesar negeri
yang bertanggungjawab dalam soal-soal keselamatan untuk bekerja dengan lebih
bersungguhsungguh bagi mengembalikan keamanan dan menjamin keadaan aman
berpanjangan dengan menguatkuasakan undang-undang dan hukuman. Tindakan yang
tegas dan peraturan yang sistematik telah dilaksanakan pada masa pemerintahan
Sultan Alauddin Riayat Syah bagi menjamin raja-raja di negeri jajahan Melaka
tidak menggunakan kuasa secara berleluasa serta bagi memastikan raja-raja itu
melaksanakan pemerintahan dengan penuh keadilan dan saksama.
4.4. Sultan Mahmud Syah walaupun terkenal sebagai seorang
raja yang kejam dan tidak berperikemanusiaan, namun dalam usianya meningkat
tua, dengan pengalaman yang semakin bertambah luas, baginda boleh membuat pertimbangan
yang lebih wajar. Di waktu usianya semakin bertambah, baginda telah insaf dan
timbul kesedaran bahawa sesuatu tindakan atau keputusan yang akan dibuat
seharusnya mendapat persetujuan hasil daripada muafakat dan perbincangan
dengan pembesar-pembesar yang lebih tua, lebih berpengalaman. Sebab itulah
apabila mengetahui bahawa anakandanya Raja Ahmad mengenepikan menteri-menteri
yang tua, Sultan Mahmud bertindak membunuh anakandanya. Baginda juga amat
menyesal dengan keterlanjuran membunuh Bendahara Seri Maharaja dan keluarga
yang temyata tidak berdosa. Sebagai tanda penyesalannya, baginda turun dari
takhta clan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan berkhalwat di Hulu Melaka.
5. Memberi Nasihat dan Pengajaran : Nasihat
menasihati antara satu dengan yang lain amatlah dituntut dalam mengatur
kehidupan agar tidak tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan
abadi. Golongan tua biasanya bertindak sebagai penunjuk ajar, memberi
pengajaran kepada yang lebih muda dengan harapan tindakan yang dilakukan tidak
melampaui batas-batas kemanusiaan serta dapat berlaku adil, tidak menimbulkan
masalah atau beban kepada golongan masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan
pengajaran ke arah kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui
wasiat-wasiat. Malah jenis wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan
pengajaran.
5.1. Wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah
Wasiat padapembesarnegeri ; Jikalau suatu khilap
bebalnya, sangat-sangat maaf sekalian akan dia, dan tegur ajar, kerana ia lagi
budak."
Wasiat pada Raja Muhammad ; hendaklah banyak‑banyak
ampun mu akan segala hamba sahayamu, dan baik‑baik peliharamu akan dia,jikalau
datang kepadamu dua pekerjaan, yakni pekerjaan Allah dengan pekerjaan
dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah, tinggalkan pekerjaan dunia,
hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala. Dan
segala anak Melayu, bagaimana besar dosanya, jangan kamu bunch, melainkan
dosanya derhaka; kerana segala Melayu itu tanahmu, Jikalau
kaubunuh ia dengan tiada dosanya,
bahawa kerajaanmu binasa."
bahawa kerajaanmu binasa."
6. Keimanan dan Ketakwaan : Sifat-sifat ini
berkait dengan amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketakwaan manusia
akan hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang
berkaitan dengan soal-soal keimanan ini diceritakan terutama dalam episod-episod
seperti ;
6.1. Raja dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada
guru-guru agama yang datang dari Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri
Maharaja pemah belajar agama pada Makhdum Sadar Jehan.
6.2. Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffir
Syah telah, melaksanakan hukuman mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan
kepada mereka yang melakukan kesalahan mencuri.
6.3. Raja-raja Melaka memerintah dengan penuh adil dan
saksama sebagai suatu tuntutan sifat-sifat yang mulia, terpuji di sisi agama
Islam.
Ilmu dan pengetahuan sejarah melayu yang meluas dan berfikiran luar kotak.
ReplyDeleteBlog yang menarik dan berguna.. Terima kasih untuk segala perkongsian
ReplyDelete