PERISTIWA DALAM BAB 1
Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan
Raja Kida Hindi. Raja Kida Hindi tewas dan diislamkan oleh
Raja Iskandar Zul-Karnain.
Raja Iskandar Zul-Karnain berkahwin dengan
Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi dan mendapat seorang
anak bernama Raja Aristun Syah.
Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri
Amdan Negara dan baginda ingin menyerang China untuk meluaskan
jajahan takluk.
Raja Suran sampai ke Gangga Negara dalam perjalanannya ke
China. Bagindamenewaskan Raja Gangga Syah Johan dan baginda berkahwin dengan
Puteri Dara Segangga.
Raja Suran sampai di negeri Langgiu dan menewaskan Raja
Chulan. Raja Suran kemudiannya mengahwini Puteri Onang Kiu.
Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang China membuat
muslihat dengan menghantar orang-orang tua tiada gigi, pokok yang sudah
berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah kapal sehingga Raja Suran membatalkan
niatnya untuk menyerang China.
Raja Suran turun ke laut dan sampai di bumi
Dika dan baginda berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja
Aktabu'l-Ard.
Raja Suran mendapat tiga orang anak dengan Puteri
Mahtabu'l-Bahri danmewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar
anak-anaknya ke dunia apabila dewasa.
Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani
jantan.
PERISTIWA DALAM BAB 2
Anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard,
iaitu Nila Pahlawan, NilaUtama, dan Krisyna Pandita sudah dewasa dan dihantar
ke dunia menaiki lembu putih.
Anak-anak Raja Suran muncul di Bukit Si Guntang pada
waktu malam dan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas,
daunnya menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa.
Terjadi perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan
anak-anak Raja Suran.
Lembu putih kenaikan anak-anak Raja Suran memuntahkan buih
lalu keluar dari buih itu seorang lelaki, yang diberi nama Batala.
Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna
Pandita pula menjadi raja di Tanjung Pura. Nila Utama ditabalkan menjadi
raja di Palembang.
Nila Utama (Seri Teri Buana) ingin mengahwini Raden Ratna
Cendera Puri tetapi Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri
Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga perhubungan raja dengan
rakyat. Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri berkahwin. Raden Ratna
Cendera Puri didapati tidak kedal.
Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai
di Bintan dan diambil oleh Wan Seri Beni sebagai anak angkat.
Seri Teri Buana kemudian berburu di
Bengkilau dengan pembesar-pembesar Bintan. Seri: Teri Buana teriihat
satu tempat, iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu.
Kenaikan Seri Teri Buana dipukul ribut dalam
perjalanan ke Temasek. Ribut itu reda setelah baginda meletakkan
mahkotanya di air.
Seri Teri Buana membuka negeri di
Temasek dan diberi nama Singapura berdasarkan nama singa. Seri Teri
Buana ditabalkan sebagai raja Singapura yang pertama oleh Wan Seri
Beni.
PERISTIWA DALAM BAB 3
Seri Teri Buana menghantar rombongan peminangan ke benua
Keling untukmeminang Puteri Nila Pancadi untuk anakanda baginda, Raja
Kecil Besar.
Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja
Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira.
Paduka Seri Pikrama Wira melantik beberapa jawatan
penting seperti Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan
hulubalang.
Betara Majapahit telah menghantar utusan ke
Singapura dengan bingkisan "Sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah
tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan bergulung seperti subang".
Paduka Seri Pikrama Wira tersalah anggap dan bertindak
membalas utusan itu dengan mencukur kepaia seorang budak dan beliungnya
dihantar ke Majapahit.
Terjadi peperangan antara Singapura dengan
Majapahit tetapi Singapura tidak kalah.
Kemangkatan Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Muda dilantik
menjadi raja Singapura dengan gelaran Rakna Wikrama.
Badang menahan lukah tetapi ikannya dimakan
hantu. Badang dapat menangkap hantu itu tetapi hantu
meminta Badang melepaskannya dan permintaan Badang akan ditunaikan.
Badang meminta kekuatan dan Badang terpaksa makan muntahhantu
itu. Badang menjadi kuat dan dapat menebas hutan dalam masa yang
singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya.
Badang mengalahkan pahlawan dari benua Keling
bernama Nadi Bija Niakra. Badang hampir-hampir beriawan dengan Benderang, iaitu
pahlawan dari Perlak tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan
alasan tidak mahu terjadi permusuhan pada kemudian hari.
Seri Rakna Wikrama mangkat dan digantikan oleh
anak baginda dengan gelaran Paduka Seri Maharaja.
Merah Silu menahan lukah dan selalu mendapat cacing
geiang-gelang. Apabila direbus, cacing geiang-gelang itu bertukar menjadi emas.
Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu
melarikan diri ke Rimba Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan
menamakan tempat tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang dilihatnya.
Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan
rakyat Semundra. Tugas itu dilaksanakan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad
yang datang ke Semundra. Fakir Muhammad mengislamkan penduduk-penduduk
di Fansuri, Haru, Lamiri, dan Perlak. Fakir Muhammad berjumpa Merah Silu di
pantai dan mengislamkan beliau dan menukarkan namanya kepada Sultan
Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-Sallehmendapat dua orang putera iaitu
Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur.
Sultan Maliku't-Tahir dirajakan di Pasai. Sidi Ali
Ghiathu'd-Din menjadi Mangkubuminya.
Sultan Maliku's-Salleh gering dan mewasiatkan kepada anak-anak
baginda supaya berbaik-baik dan Semundra diperintah oleh Sultan
Maliku'l-Mansur.
Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja
Pasai dan Awi Dicu melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan
hulubalang yang gagah di dalam empat buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala
ayam oleh raja Syahru'n-Nuwi. Sidi Ali Ghiathu'd-Din bermuafakat dengan
menteri untuk membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din berusaha
untuk menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Beliau telah
memberikan hadiah berharga kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja
Syahru'n-Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din
sebagai balasan. Sidi Ali Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai daripada
raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda. Raja Pasai dibawa
pulang.
Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke Pasai untuk melawat Sultan
Maliku't-Tahir walaupun ditegah oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din.
Sultan Maliku'l-Mansur mengambil dayang Sultan
Maliku't-Tahir dan dibawa pulang ke Semundra. Saltan Maliku't-Tahir berdendam dengan
Sultan Maliku'l-Mansur dan berusaha untuk menangkapnya.
Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu muslihat berjaya
menangkap Sultan Maliku'l-Mansur.
Sidi Asma Yaumi'd-Din dipenggal lehernya dan
kepalanya dibuang ke laut manakala Sultan' Mlaliku'l-Mansur dibawa berperahu ke
Manjung.
Sultan Maliku'l-Mansur berjumpa dengan kepala Sidi
Asma Yaumi'd-Din dan baginda meminta badan Sidi Asma Yaumi'd-Din untuk
dicantumkan dengan kepalanya kemudian dikebumikan di Padang Maya.
Sultan Maliku't-Tahir menjemput Sultan
Maliku'l-Mansur pulang kerana bagindamenyesal bermusuh-musuhan dengan
saudara sendiri.
Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur Sidi
Asma Yaumi'd-Din.
PERISTIWA DALAM BAB 4
Tuan Jana Khatib dari Pasai datang ke Singapura. Apabila
lalu berhampiran istana raja, beliau menilik batang pinang sehingga
terbelah dua.
Paduka Seri Maharaja murkakan Tuan Jana Khatib dan
menganggap Tuan Jana Khatib sengaja menunjukkan kepandaian di depan
isteri baginda. Tuan Jana Khatibdibunuh dan badannya ghaib ke Lengkawi.
Todak menyerang Singapura dan ramai rakyat mati.
Seorang budak mencadangkanagar digunakan batang pisang sebagai penahan
serangan todak dan menghasilkan kejayaan.
Budak itu dibunuh kerana disangkakan akan melebihi
kepandaian raja suatu ketika nanti.
Paduka Seri Maharaja mangkat dan digantikan oleh
Raja Iskandar Syah.
Anak Sang Rajuna Tapa difitnah berbuat jahat dengan
lelaki lain dan dihukum sula oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang
Rajuna Tapa marah akan tindakan Raja Iskandar Syah dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura
dan beliau sedia membantu Majapahit.
Singapura dapat dikalahkan oleh Majapahit dan Raja Iskandar
Syah melarikan diri ke hulu Muar, manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi
batu.
Raja Iskandar Syah menemui beberapa tempat, seperti Biawak
Busuk dan Kota Buruk.
Raja Iskandar Syah membuka Melaka berdasarkan
peristiwa pelanduk putih menendang anjing perburuan. Peristiwa itu
dilihat dari bawah pokok Melaka.
Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda
baginda. Raja Muda. Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya
digantikan pula oleh Raja Kecil Besar seiepas kemangkatan Raden
Tengah.
Syed Abdul Aziz datang ke Melaka dan mengislamkan penduduk
Melaka.
Sultan Muhammad Syah menetapkan adat kepada rakyat
untuk membezakan raja dengan rakyat. Pembesar-pembesar istana juga
dikenakan peraturan-peraturan tertentu supaya dapat mengukuhkan lagi pentadbiran
Melaka.
Mani Purindan ke Melaka dari benua Keling dan berkahwin
dengan Tun Ratna Sandari. tu dikurniakan dua orang anak, iaitu Tun
Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muharnmad Syah berkahwin dengan Tun
Ratna Wati dan mendapat seorang anakiaitu Raja Kassim.
SultanMuhammad Syah juga berkahwin dengan anak
raja Rekan, mendapat seorang anak iaitu Raja Ibrahim.
Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, Raja Ibrahim
menjadi sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid sementara itu Raja
Kassim diusir dari istana.
Raja Kassim menyamar sebagai nelayan dan
bermuafakat dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk merebut takhta kerajaan
Melaka. Perebutan takhta berlaku sehingga Raja Rekan dan Sultan
Abu Syahid terbunuh.
Raja Kassim ditabal menjadi raja bergelar Sultan
Muzaffar Syah. Bendahara Seri Wak Raja membunuh diri setelah
menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak menyukainya.
Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi
Bendahara manakala, Tun Perak, iaitu anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di
Kelang.
PERISTIWA PENTING DALAM BAB 5
Sultan Muzaffar Syah mengumpulkan rakyat menghadapi
serangan Siam.
Tun Perak membawa angkatan dari Keiang
bersama anak isteri mereka sekali.
Awi Cakri menyerang Melaka tetapi tidak
dapat menewaskan Melaka.
Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka sehingga
diiantik menjadi menteri. Rakyat Melaka berpecah belah; satu
berpihak kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan
ini membimbangkan Sultan Muzaffar Syah.
Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya
Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan mendamaikan
Melaka.
Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran
Bendahara Paduka Raja manakaia Tun Ali menjadi Seri Nara Diraja, memegang
jawatan Penghulu Bendahari.
Siam menyerang Melaka buat kali kedua di bawah
pimpinan Awi Dicu. Tun Perak meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di
tepi pantai. Awi Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam.
Tuan Saidi Arab memanah Cau Panden dari
Melaka . Cau Panden yang hendak menyerang Melaka mati di Siam.
Sultan Muzaffar Syah mangkat dan digantikan
oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah
Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara dan pembesar-pembesar Melakamenyerang
Indera
Pura.
Raja Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura ditangkap manakala,
puteri baginda, iaitu Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh
Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah berkeinginan bersahabat dengan
Siam dan Menteri Jana Putera serta Tun Telanai dititahkan ke Siam.
Orang tua dari Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya
sehingga mengagumkan raja Siam
Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya
membuat tipu helah sehingga berjaya mengelakkan daripada menentang
musuh Siam yang kuat di sebelah matahari mati.
PERISTIWA DALAM BAB 6
Seorang penyadap menjumpai seorang budak
hanyut dan diberi nama Ki Mas Jaya.
Patih Aria Gajah Mada mencadangkan agar Puteri
Raden Galoh Awi Kesumamemilih suami supaya dapat menjadi Betara Majapahit.
Penyadap membayangkan Ki Mas Jaya akan menjadi
Betara Majapahit, dan penyadap mahu beliau dilantik sebagai Patih
Aria Gajah Mada sekiranya perkara itu terjadi.
Pada hari pemilihan calon suami, Puteri Raden Galoh Awi
Kesuma memilih Ki Mas Jaya sebagai suami.
Penyadap menagih janjinya dengan Sang Aji
Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya Ningrat keberatan melantik penyadap sebagai
Patih Aria Gajah Mada.
Satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada
diwujudkan, iaitu Patih Adi Kara dan diberikan kepada penyadap.
Sultan Mansur Syah ingin meminang Puteri
Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang Aji Jaya Ningrat dengan Puteri
Raden Galoh Awi Kesuma.
Rombongan Melaka sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan
kepandaian.
Tun Bija Sura dapat menyelamatkan keris,
mencuri keris Betara Majapahit, menari "sapu-sapu rengit", dan
menggertak anjing yang ditambat berhampiran utusan Melaka.
Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh
Cendera Kirana.
Kuda Sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan
diselamatkan oleh Hang Tuah.
Hang Tuah difitnah bermukah dengan dayang raja sehingga
Sultan menitahkan Hang Tuah dibunuh.
Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah di
sebuah dusun.
Orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih
Putih dapat melihat wajah raja China setelah makan kangkung yang
dibelah tetapi tidak dikerat.
Puteri Hang Liu berkahwin dengan Sultan Mansur
Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar
sembah baginda kepada raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana
Putera terpesong ke Brunei dan dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan
Sultan Mansur Syah tidak menyembah China.
Raja China mendapat sakit kedal setelah disembah
oleh Sultan Mansur Syah dan ubatnya ialah air basuh kaki Sultan
Mansur Syah. Raja China sembuh daripada penyakitnya setelah menyantap dan
membasuh muka dengan air basuh kaki raja Melaka.
PERISTIWA DALAM BAB 7
Hang Jebat mengamuk di istana Melaka kerana membalas
dendam atas kematian Hang Tuah.
Sultan Mansur Syah mengenang-ngenang akan Hang
Tuah memandangkan tidak ada sesiapa yang berjaya menewaskan Hang Jebat.
Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa Hang Tuah masih
hidup dan Hang Tuah dibawa pulang.
Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat dan beliau berjaya
membunuh Hang Jebat. Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh
Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah berpindah istana tetapi istana
yang baru dibina itu terbakar dan banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan
Mansur Syah menitahkan Bendahara agar dibuat istana baru dan istana
itu disiapkan dengan kerjasama rakyat.
Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar
Bendahara Paduka Raja menjaga anak-anaknya.
Bendahara Paduka Raja terlihat suatu Cahaya dari
langit turun ke kepala Tun Mutahir.
Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu Penghuiu
Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi Temenggung bergelar Seri Maharaja.
Melaka menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat
dibunuh oleh Seri Nara Diraja manakala, Khoja Baba dapat membunuh Tun
Demang, mangkubumi Kampar.
Melaka menyerang Siak dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja
Parameswara dibunuh oleh Akhtiar Muluk manakala, Megat Kudu, anak Maharaja
Parameswara ditawan.
Sultan Mansur Syah mengahwinkan anak baginda, Raja
Mahadewi dengan Megat Kudu kemudian Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran
Sultan Ibrahim.
Tun Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara
Paduka Raja kerana bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa
destar Raja Muhammad. Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas
dendam tetapi ditegah oleh Bendahara.
Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di
Pahang memandangkan tidak ada yang menyembah Raja Muhammad di Melaka.
Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh
ayahnya Keraeng Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki merompak mencari
perempuan di Ujung Tanah.
Semerluki merosakkan jajahan Melaka dan diketahui
oleh Sultan Mansur Syah lalu menyuruh Laksamana menghalang Semerluki.
Orang-orang Melaka berperang dengan tentera
Semerluki dan ramai orang Melaka mati. Laksamana berjaya menewaskan Semerluki.
Mauiana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke
Melaka. Sultan Mansur Syah dan ramai pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu
Bakar. Sebelum itu kitab itu dirujuk dan diterjemahkan di Pasai.
Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke Pasai merujuk
masalah agamadan masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.
PERISTIWA DALAM BAB 8
Raja Cempa menjumpai seorang budak di dalam
mayang pinang dan diberi nama Pau Gelang. Setelah raja Cempa
mangkat, Pau Gelang dilantik sebagai raja Cempa. Cucu Pau
Gelang berkahwln dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Ajeng danberanak raja-raja
Cempa sehinggalah Pau Kubah.Pau Kubah tewas berperangdengan raja Kuci.
Syah Indera Berma, iaitu anak raja Cempa lari ke Melaka.
Sultan Zainal Abidin dari Pasai melarikan diri ke
Melaka selepas adindanya merampas takhta. Orang-orang Melaka membantu
Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin berjaya menaiki
takhta semula.
Sultan Zainal Abidin enggan menyembah Sultan
Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja, pulang ke Melaka dengan rasa kecewa.
Laksamana mengajak Bendahara merajakan semula Sultan
Zainal Abidin tetapi Bendahara enggan. Sultan Mansur Syah murkakan
Bendahara manakala, Laksamana pula memburuk-burukkan Bendahara ketika di
Pasai. Bendaharamemuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan apabila
Laksamana mengetahui pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi
berjumpa Bendahara untukmeminta maaf.
Raden Kelang dibunuh oleh orang mengamuk di Melaka.
Sultan Mansur Syah gering dan memberi wasiat kepada
anakanda baginda sebelum mangkat. Sultan Mansur Syah mangkat dan
digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan Alau'd Din Riayat Syah.
Melaka diancam pencuri sehingga Sultan Alau'd-Din
Riayat Syah bertindak menyamar diri untuk membanteras pencuri-pencuri.
Temenggung Seri Maharaja bertindak keras dengan
mengetatkan undang-undang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat
Syah. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah membuat undang-undang
mencuri dikudungkan tangan manakala, di simpang empat di tengah negeri
dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai.
Raja Pahlawan dari Haru mengamuk di Pasai setelah
surat yang bertulis 'salam' disebut 'sembah'. Ramai orang Pasai mati.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menyuruh pahlawan Melaka menghalang orang-orang
Haru. Pertempuran berlaku antara orang-orang Melaka dengan
orang-orang Haru. Berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.
Raja Maluku dan Telanai Terengganu datang ke Melaka.
Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan Muhammad, iaitu
Raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai Terengganu kerana
pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah mendapat tahu perkara itu
dan menitahkanpahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana
Sultan Muhammad membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja
Muhammad juga ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah untuk menyerang Pahang.
Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk menyelesaikan
masalah itu. Laksamana Hang Tuah ke Pahang dan menyuruh orangnya membunuh salah
seorang keluarga Seri Akar Raja.
Apabila ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai
Terengganu, Sultan Muhammad berdalih dengan mengatakan Telanai Terengganu
berlaku biadap.
PERISTIWA DALAM BAB 9
Tun Jana Pakibul membunuh orang di Siak
atas suruhan Sultan Ibrahim dan tidak memberitahu ke Melaka.
Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di sana
beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana membunuh orang tanpa
memberitahu ke Melaka.
Sultan Alaud'Din Riayat Syah gering dan
baginda memberi wasiat kepada pembesar-pembesar supaya merajakan
Raja Mamad dan menasihati beliau kerana beliau masih kecil.
Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka setelah
Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat.
Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh
Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Apabila sembuh,
Bendahara dan Laksamana dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara tidak
menggunakannya.
Bendahara Paduka Raja sakit dan memberi
wasiat kepada anak cucunya. Kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan
agar jangan ikut nafsu dan jangan mendengar fitnah.
Bendahara Paduka Raja mati dan digantikan
oleh Bendahara Tun Perpatih Putih.
Sultan Mahmud Syah mengganggu isteri Tun
Biajid dan baginda hampir-hampir dibunuh oleh Tun Biajid.
Sultan Mahmud Syah juga mengganggu Tun Dewi tetapi
oleh sebab Tun Ali Sandang berada di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun
Isap membunuh Tun Ali Sandang.
Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi
Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke
Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja.
Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana
lambat datang pada hari raya.
Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan menyerang
Manjong manakala, Seri Maharaja menyerang Kelantan. Kedua-dua
serangan itu berhasil.
PERISTIWA DALAM BAB 10
Bendahara Putih mati dan digantikan oleh Bendahara
Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda Sultan Mahmud yang memilih beliau menjadi
Bendahara.
Kedatangan Patih Adam dari Surabaya akhirnya telah
menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri
Nara Diraja. Patih Adammenuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang
dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja
menafikannya.
Setelah kemangkatan permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan
agar dipinangPuteri Gunung Ledang.
Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia ke Gunung Ledang. Tun
Mamad berjumpa Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke
Gunung Ledang itu. Seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan
menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung
Ledang.
Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, Sultan Mahmud membatalkan
niatbaginda meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup
menumpahkandarah anakanda baginda. :
Orang-orang Melaka menjadikan orang Inderagiri di Melaka
sebagai hamba sehingga mereka ingin pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan
Nara Singa pulang ke Inderagiri.
Hang Nadim diarahkan ke benua Keling untuk membeli kain
serasah. Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi.
Hang Nadim pulang ke Melaka tetapi kapal yang
dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap disumpah oleh seorang
wali.
Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak
membawa balik kain yang diingini baginda.
Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh Laksamana
Khoja Hassan.
PERISTIWA DALAM BAB 11
Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke
Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda.
Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak
Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah.
Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun
Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan
Sultan Abdul Jamal.
Hang Nadim ke Pahang untuk membawa pulang Tun
Teja ke Melaka. Hang Nadimberjaya melarikan Tun Teja setelah
berbaik-baik dengan perempuan tua tukang urut.
Hang Nadim berjaya mengalahkan serangan
Pahang di laut.
Sultan Abdul Jamal ingin menyerang Melaka dengan
gajah Ai Kening. Laksamana Khoja Hassan ke Pahang dan melarikan gajah Ai
Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat menewaskan angkatan Pahang
yang menyerangnya di laut.
Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun dari
takhta. Baginda digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah.
Raja Zainal, iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil
kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di
Melaka.
Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja
dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat. Setelah Hang Berkat
digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna. Sang Sura
ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud. Sultan
Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar rumah.
PERISTIWA DALAM BAB 12
Raja Legor ingin menyerang Pahang atas suruhan
raja Siam. Bendahara Seri Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang.
Orang-orang Melaka menyiapkan kubu
pertahanan di Pahang. Terjadi peperanganantara orang Legor
dengan Pahang tetapi Pahang tidak dapat ditewaskan.
Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana
bersikap biadap di hadapan Bendahara.
Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya
menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai
Petani dan menjadi raja di sana. Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di
Melaka. Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan nobat.
Kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk fizikal
mereka menghairankan orang-orang Melaka.
Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan
Gonsalo Periera tetapi gagal menewaskan Melaka.
Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan
Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan
Maulana Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan memarahi beliau yang susah
menyebut perkataan bahasa Arab.
Sultan Mahmud menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke
Pasai merujuk soal agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun
Hassan.
PERISTIWA DALAM BAB 13
Bendahara Seri Maharaja hendak mengahwinkan
anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja Dibaruh menasihatkan agar
Bendahara menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud terlebih dahulu
tetapi Bendahara enggan kerana darjat keluarganya rendah jika
dibandingkan dengan Sultan Mahmud.
Bendahara mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali.
Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara
setelah melihat kecantikan Tun Fatimah.
Ali Manu Nayan ingin memberi rasuah kepada Tun
Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau.
Anak-anak buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta
rasuah daripada saudagar-saudagar kaya di Melaka.
Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar bertelagah dan meminta
Bendahara menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana
hari sudah petang.
Nina Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara
Seri Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul.
Si Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura
Dewana memberi emaskepada Bendahara supaya Bendahara membunuh
Raja Mendaliar.
Raja Mendeliar memberi hadiah kepada Laksamana
Khoja Hassan dan memberitahu bahawa Bendagara Seri Maharaja ingin menderhaka.
Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan Mahmud dan Sultan
Mahmud bercadang untuk membunuh Bendahara kerana selama ini baginda memangberdendam dengan
Bendahara kerana Tun Fatimah.
Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan
Temenggung, dan Tun Alidibunuh oleh Sultan Mahmud.
Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun
sudah tua dan uzur.
Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah
menggugurkan kandungan selepas berkahwin dengan Sultan Mahmud.
Sultan Mahmud turun dari takhta dan digantikan
dengan Sultan Ahmad Syah dan Sultan Ahmad pula merupakan seorang
sultan yang mengamalkan sikap pilih kasih.
PERISTIWA DALAM BAB 14
Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan
Alfonso d'Albuquerque tetapiserangan kali pertama Peringgi ke atas
Melaka gagal.
Orang-orang Melaka membaca Hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat kerana Peringgi akan menyerang lagi.
Berlaku pertempuran hebat antara tentera
Peringgi dengan orang-orang Melaka sehingga orang Melaka tidak dapat bertahan.
Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud meiarikan diri hingga ke Pahang.
Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana
baginda tidak menghormati pembesar-
pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar.
pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar.
Tun Fatimah melahirkan seorang anak lelaki,
iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah.
Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa
berundur hingga ke Kampar.
PERISTIWA DALAM BAB 15
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi
raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah dan baginda meninggalkan
Kampar menuju ke Pahang danberkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak
Sultan Mansur Syah.
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah membuka sebuah
negeri di Kuala Johor.
Raja Omar, iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan
Raja Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.
Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan
Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda membuka sebuah negeri bernama
Seluyut.
Raja Omar menceraikan isteri pertamanya setelah
Raja Fatimah hamil, manakala Sultan Muzaffar Syah jatuh hati dan berkahwin dengan
bonda Raja Mansur.
Kemangkatan Sultan Muzaffar dan digantikan oleh Sultan
Abdul Jalil Syah kemudian digantikan pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul
Jalil Ri'ayat Syah.
Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka
negeri di Batu Sawar dan kemudiannya ke negeri Makam Tauhid.
Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan
digantikan oleh Raja Martgsur dengan gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan
pusat pentadbiran negeri dari Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.
Terima kasih di atas perkongsian saudari
ReplyDeleteterima kasih perkongsiannya
ReplyDelete