SINOPSIS TEKS HIKAYAT MELAYU
BAB 1
Menjungjung Titah Raja
Menjunjung
titah raja ini memuatkan bagaimana sewaktu sedang dalam majlis dengan
orang-orang besar, seorang yang paling tinggi pangkatnya mengatakan dia
mendengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh
orang Goa lalu hendak memperbaik Hikayat tersebut agar diketahui dan diperoleh
faedah pula oleh anak cucu dihari kemudian.Lalu dia menitahkan seorang fakir
untuk memperbaiknya.
Nama
fakir tersebut ialah Tun Muhammad atau nama timang-timangannya Tun Seri Lanang,Paduka Raja gelarannya,Bendahara,anak
Orang Kaya Paduka Raja, cucu Bendahara Seri Maharaja,cicit Bendahara Tun
Narawangsa,piut Bendahara Seri Maharaja,Anak Seri Nara Diraja Tun Ali,anak
baginda Mani Purindan ,Melayu bangsanya,dari bukit Si Guntang
Mahamiru,Malakat,negeri-nya Batu Sawar Daru’l salam.
Lalu
setelah mendengar titah Yang Maha Mulia,maka Tun Seri Lanang memohon izin
daripada Allah dan rasulullah dan mula membuat tinta yang dinamai Sulalatus
Salatin yakni pertuturan segala raja-raja.
Penaklukan Iskandar Zul-Karnain
Kata
yang empunya cerita,Raja Iskandar iaitu anak Raja Darab,Rom
bangsanya,Makaduniah nama negerinya,Zul Karnain gelarannya.Baginda lalu
berjalan hendak melihat matahari terbit,lalu baginda sampai ke bi’at,negeri
Hindi.Terdapat seorang raja besar di hindi bernama Raja Kida Hindi. Setelah
mengumpulkan seluruh tentera lalu mereka berperang dan akhirnya Raja Kida Hindi
tewas. Setelah itu,Raja Kida Hindi diislamkan oleh Raja Iskandar.
Raja
Kida Hindi mempunyai seorang anak yang cantik rupawan bernama Puteri Syahrul-Bariyah lalu setelah
bertanyakan pendapat kepada Perdana Menteri dan Perdana Menteri bertanya
pendapat pula kepada Nabi Khidir.
Lalu
Nabi Khidir menemui Raja Iskandar,menyampaikan hajat Raja Kida Hindi maka
termakbullah hasrat Raja Hindi tersebut dan Raja Iskandar berkahwinlah dengan
Puteri Syahrul Bariyah dengan gilang gemilangnya.
Perkahwinan Puteri Shahrul Bariyah
Setelah
mendengarkan Raja Iskandar menerima hajatnya, Raja Kida Hinda terus turun
daripada kerusinya dan menyembah Raja Iskandar. Raja Kida Hindi mengakui
ketuanan Raja Iskandar keatasnya dan seluruh wilayah takhlukannya serta anak
perempuannya yang dihawinkan dengan 300 dina emas.
Lalu
Puteri Shahrul Bariyah dihantar oleh Raja Kida Hindi ke istana Raja Iskandar.
Raja Iskandar terpana melihat kecantikan rupa paras Puteri Syahrul Bariyah.Lalu
Puteri Syahrul Bariyah diberikan persalinan istana dengan pakaian yang mulia –
mulia,sekaliannya emas bertatahkan ratna mutu manikam,3 buah perbendaharaan
yang terbuka.Maka Raja Kida Hindi dihadiahi persalinan,dianugerahi serratus
cembul emas berisi permata dan ratna mutu manikam dan harta benda yang
mulia,sekaliannya emmas bertathkan ratna mutu manikam,100 ekor kuda dengan
alatan yang diperbuat daripada emas.Maka hairanlah orang yang mmandang.
Selepas
hari kesepuluh,maka seperti adat dahulukkala,Raja Iskandar membawa Permaisuri
Syahrul Bariyah mengembara bersamanya ke matahari hidup.Lalu setelah melihat
matahari terbit maka kembalilah baginda kembali ke negeri Kida Hindi.
Setelah
itu Raja Iskandar meninggalkan isterinya kepada Raja Kida Hindi atas permintaan
Raja Kida Hindi sendiri yang terlalu rindukan anaknya dan Raja Iskandar
berangkatlah hendak menakluk segala raja-raja yang belum takluk kepadanya.
Zuriat Iskandar Zul-Karnain
Maka
Puteri Syahrul Bariah pun hamillah.Berita kehamilan ini tidak diketahui oleh
Raja Iskandar mahupun Puteri Syahrul Bariah
sendiri.Berita kehamilan ini diketahui setelah dia ditinggalkan oleh
suaminya. Raja Kida Hinda teramatlah suka dengan berita ini kerana anaknya
mengandungkan zuriat keturunan dari Raja Iskandar.
Anak
raja Iskandar dinamai Raja Aristun Syah.Baik rupa parasnya sama seperti
ayahandanya dan kemudiannya membawa kepada keturunan raja – raja selepas itu.Lalu
keturunan Raja Iskandar ini membawa kepada kelahiran Raja Suran anak kepada
tersi Berderas dengan puteri Raja Sulan.Bersama kelahirannya terdapat dua lagi
adik beradiknya bernama Raja Hiran dan Raja Fandian.
Perjalanan Hendak Menakluk Negeri China
Setelah
itu Raja Sulan pun mangkatlah lalu takhtanya dinegeri Ammdan yang terlalu besar
itu dipegang pula oleh Raja Suran.segala raja – raja di Masyrik lalu ke Maghrib
takhluk kepadanya melainkan negeri China.
Lalu
baginda berkira-kira hendak menyerang negeri China.Setelah dikumpulkan segala
bala tentera dan kelengkapan perang lalu berjalanlah semua menuju ke China.
Dalam perjalanan menuju ke negeri China maka banyaklah negeri yang jatuh
kedalam jajhan takhluknya sehinggalah baginda sampai ke negeri Gangga Negara
yang terletak di atas bukit.
Rajanya
bernama Raja Gangga Syah Johan,apabila
mendengar kedatangan bala tentera Raja Suran maka baginda menyuruh seluruh
rakyat dan tenteranya menutup pintu kotanya.Lalu keduanya berperang.Akhirnya
Raja Gangga Syah Johan akhirnya tewas ditangan pedangan Raja Suran setelah Raja
Gangga bertindak memanah Raja Suran lalu terkena gajah yang dinaiki Raja Suran.
Maja
Segala jelata apabila mendengar rajanya tewas,mereka pun larilah bertempiaran
tak berketahuan lagi dan Raja Suran menjadikan Puteri Dara Segangga iaitu saudara Raja Gangga sebagai isteri.
Beberapa
lamanya berjalan ,maka sampai pula baginda ke Linggiu.sebuah kota besar yang
diperintah oleh Raja Chulan.Lalu keduanya berperang dan kemenangan sekali lagi
berpihak kepada Raja Suran dan baginda menjadikan Tuan Puteri Onang Kiu pula
sebagai isteri iaitu anak Raja Chulan.
China
apabila mendengar yang angkatan tentera Raja Suran mahu menyerang benua China
lalu Raja China dan para pembesarnya membuat msyuarat dan perdana Menteri China
mmbuat muslihat sehingga Raja Suran tertipu. Kebijaksanaa Perdana Menteri china
telah menyelamatkan negerinya daripada diserang oleh Raja Suran.
Perdana
Menteri China telah menyuruh orang mengisikan sebuah pilau(perahu) yang besar
dengan jarum yng seni dan karat;diambil pula pohon kesmak dan pohon segala
buah-buahan yang ada buahnya,ditanamnya diatas pilau,dipilihnya pula orang yang
tua-tua sudah tanggal giginya.
Sampai
sahaja ke Temasik tempat Raja Suran lalu dipersembahkah oranglah bahawasanya
ada kapal besar dari China dan dibawa masuk menghadap Raja Suran.Mereka
mengatakan, semasa mereka keluar dari benua China, mereka masih lagi muda (12tahun),
biji benih yang dibawa ditanam lalu tumbuh hingga ada yang berbuah dan sekarang
mereka juga sudah tua barulah mereka sampai ke sini. Besi yang dibawa juga juga
pada mulanya besar namun setelah lamanya berjalan ianya haus dan berkarat.
Setelah
mendengarkan itu,maka Raja Suran membatalkan hasratnya untuk menyerang China
kerana dikatakan terlalu jauh.Lalu banginda pun berpatah balik.
Hendak Mengetahui Isi Laut
Maka
Raja Suran berfikir ,dia telah mengetahui segala isi darat lalu beliau mahu
mengetahui pula isi laut.lalu baginda menitahkan orang berbuat sebuah peti kaca
berkunci dan berpesawat dari dalam.Lalu baginda masuklah kedalam peti tersebut
lantas peti tersebut dijatuhkan oranglah kedalam laut sehingga Raja Suran jatuh
ke dalam bumi yang bernama Dika.
Baginda
baginda melihat satu kaum Bu Sum yang separuhnya islam dan separuhnya kafir
lalu Raja Suran dibawa menemui Raja bawah laut iaitu Raja Aktabu’l Ard. Setelah
itu Raja Aktabu’l Ard menaikkan Raja Suram ke atas takhta kerajaannya setelah
mengetahui bahawa Raja Suran merupakan raja segala manusia di darat.
Zuriat Raja Suran
Raja
Aktabu’l-Ard kemudiannya memberikan Tuan
Puteri Mahtabu’l Bahri iaitu anaknya kepada Raja Suran lalu beranaklah Tuan
Puteri Mahtabu’l Bahri 3 orang lelaki.
Setelah
berpesan kepada raja jin Asmaghiah Peri untuk menghantar ketiga – tiga anaknya
ke muka dunia apabila telah dewasa baginda kemudiannya memohon untuk kembali ke
dunia. Baginda kemudiannya dianugerahi
kuda semberani jantan ,Farasu’l Bahri namanya oleh Raja
Aktabu’l-Ard untuk kembali ke atas
dunia.
Maka
baginda menyuruh orang membuat tanda yang baginda pernah turun ke dunia laut
lalu disuratkan oleh oranglah diatas batu dalam bahasa Hindustan. Baginda
kemudiannya kembali ke benua Keling dan membuat kota besar. Baginda kemudiannya
memperoleh seorang puteri yang rupanya tak terkalahkan dengan Tuan Puteri Onang
Kiu iaitu anak Raja Chulan yang dinamai Tuan Puteri Cendani Wasis.Baginda juga
memperoleh 3 orang putera dengan Tuan Puteri Dara Segangga dan dinamai Citram
Syah, Paladu Tani dan seorang lagi bernama Nila Manam.
Puteri
Cendani Wasis dipinang oleh raja China dan didudukkan dengan anaknya iaitu Raja
Chu Lan.Raja Suran kemudiannya merajakan anaknya yang bernama Paladu Tani di
Amdan Negara, Nila Manam dirajakan di Bijaya Neggara dan Citram Syah
dirajakannya di negeri Candu Tani.
Namun
apabila Citram Syah dirajakan di negeri yang kecil,ia pun membuang diri dengan
belayar dan memcari jajahan takhluk hingga banyak yang takhluk kepadanya lalu pada suatu hari kapalnya berhenti di
Laut Selbu dan berlakulah taufan yang besar,hujan, ribut,guruh dan petir hingga
segala kapal musnah.Ada antaranya kembali ke Candu Kani dan ada setengahnya lari bertempiaran tak
ketahuan yang kalau diceritakan akan menjadi terlalu panjang dan berjela-jela.
BAB 2
Kisah Bermula di Bukit Si Guntang
Kisah
ini berlaku di tanah Andalas, Palembang dimana rajanya yang bernama Demang
Lebar Daun memerintah. Di Bukit Si Guntang di negeri Andalas itulah terdapat dua orang perempuan balu
mendiami tempat tersebut yang berhuma padi iaitu Wan Empuk dan Wan Malini.
Di
Bukit Si Guntang inilah Wan Empuk dan Wan Malini bertemu dengan ketiga anak
Raja Suran iaitu Raja Aktabu’l-Ard Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila
Utama yang naik ke bumi atas perintah ayahnya. Penghijrahan anak Raja Suran itu
berlaku penuh dengan kuasa sakti, dimana apabila mereka tiba di Bukit Si
Guntang cahaya yang begitu terang turut muncul dan ia menyebabkan Wan Empuk dan
Wan Malini yang mendiami kawasan tersebut berasa takut dan tertanya-tanya cahaya
apakah itu.
Pada
keesokkan harinya, Wan Empuk dan Wan Malini pergi ke atas bukit tersebut untuk
melihat kejadian pelik apakah yang terjadi semalam. Setelah sampai di sana,
mereka mendapati kawasan berhuma mereka bertukar menjadi sesuatu yang lebih
aneh. Didapati padi yang ditanamnya berbuah menjadi emas, berdaunkan perak dan
berbatangkan suasa. Apa yang lebih aneh, terdapat kawasan tanah yang menjadi
emas itu juga terdapat tiga orang lelaki muda teruna yang duduk di atas lembu
putih seperti perak, lengkap ketiga-tiganya memakai pakaian anak raja-raja dan
elok parasnya.
Setelah
diselidiki oleh Wan Empuk dan Wan Malini, rupanya ketiga-tiga lelaki muda
tersebut merupakan anak raja yang berasal daripada anak cucu Raja Iskandar
Zul-Karnaian, dan bernasab Raja Nusyirwan Adil, raja masyrik dan magrib mereka
pun mengambil pemuda tersebut dan memelihara mereka dengan baik sekali
disebabkan kekayaan yang dimiliki oleh mereka hasil daripada mendapatkan anak
raja tesebut.
Berita
tentang anak raja di Bukit Si Guntang mula tersebar dan didengarlah oleh Demang
Lebar Daun. Sejurus itu, Demang Lebar Daun pergi mendapatkan Wan Empuk dan Wan
Malini dan mengambil anak raja tersebut dan dipeliharanya.
Asal Raja Minangkabau dan Tanjung Pura
Kisah
Demang Lebar Daun mendapatkan anak raja tiga bersaudara itu masyur pada segala
negeri sehingga Patih Suatang iaitu raja Minangkabau hendak meminta salah
seorang daripada tiga bersaudara itu untuk dijadikan raja di alam Minangkabau.
Maka, Demang Lebar Daun memberikan Sang Si Perba dan Patih Suatang membawanya
kembali ke alam Minangkabau dan dirajakannya di sana.
Di
Tanjung Pura kedegaranlah pula tentang rajanya telah hilang, maka patihnya
datang ke Palembang untuk meminta anak raja itu daripada Demang Lebar Daun.
Lalu diberikannya Krisyna Pandita. Maka tinggallah Nila Utama kerajaan di
Palembang. Setelah beberapa lama baginda dalam kerajaan bergelar Seri Teri
Buana, maka baginda hendak beristeri. Lalu disuruhnya Demang Lebar Daun untuk
mencarikannya isteri.
Calon-calon
isteri kemudian dipersembahkan kepada Seri Teri Buana tetapi kesemua daripada
mereka tidak memenuhi cita rasanya sehinggalah tiada tinggal seorang pun yang
diterima. Sehinggalah suatu masa, Seri Teri Buana mendapat khabar yang Demang
Lebar Daun mempunyai seorang anak yang elok parasnya. Maka Seri Teri Buana
terlalu suka akannya sehingga masygullah baginda kerana takut permintaannya
ditolak oleh Demang Lebar Daun. Setelah dipaksa barulah baginda memberitahu
hajatnya kepada Demang Lebar Daun.
Bersumpah Berteguh Janji
Setelah
mendengar hasrat Seri Teri Buana itu, maka Demang Lebar Daun pun bersetuju
memberikan anaknya kepada Seri Teri Buana tetapi dengan perjanjian. Iaitu jika
anaknya telah diperisterikan dan jikalau ia terkena penyakit janganlah dibuang
dari istana dan biarlah ia menjadi gembala dapur dan menyapu sampah di bawah
aduannya. Seperkara lagi, Demang Lebar Daun memohon agar segala hamba Melayu
yang berbuat dosa janganlah difadihatkan, dinista dan dikeji.
Maka,
Seri Teri Buana bersetuju dengan perjanjian tersebut namun dia juga telah membuat perjanjian dengan Demang Lebar Daun.
Iaitu, jika dia berbuat salah sekalipu atau zalim jahat pekertinya janganlah
segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi. Kedua-dua
mereka bersetuju dengan perjanjian tersebut sejurus itu menikahlah Seri Teri
Buana dengan anak Demang Lebar Daun yang bernama Radin Ratna Cendera. Majlis
dilakukan dengan gilang gemilang sekali selama empat puluh hari empat puluh
malam.
Sebermula
pada suatu hari setelah selesai segala majlis gilang gemilang tersebut,
terlihat buih besar yang hanyut dari hulu sungai dan buih tersebut dilihat
orang mempunyai seorang budak perempuan yang terlalu baik rupanya. Maka
dipersembahkan kepada Seri Teri Buana, maka disuruh baginda ambil dan dinamai
Puteri Tanjung Buih serta dijadikan anak angkat mereka.
Membunuh Ular Sakti Mona
Mengisahkan
tentang Sang Si Perba yang memerintah kerajaan Minagkabau yang berjaya membunuh
Ular Sakti Mona yang membinasakan perhumaan dalam kerajaan tersebut.
Suatu
hari orang besar-besar dalam kerajaan tersebut duduk berkumpul berbincangkan
tentang masalah ular ‘Sakti Mona’ yang membinasakan penghumaan penduduk di
negeri itu. Mereka mengusulkan agar sang Si Perba untuk membunuh ular tersebut
untuk menguji kehebatannya yang dikatakan anak cucu kepada Raja Iskadar
Zul-Karnain. Setelah mendengar perkhabaran itu, Sang Si Perba lantas bertindak
untuk membunuh ular sakti tersebut dan
disuruhnya menunjukkan tempat ular sakti tersebut bersembuyi.
Sang
Si Perba lantas menitahkan hulubalangnya iaitu Permasku Mambang untuk membunuh
ulat itu menggunakan curik sakti kurniaan Sang Si Perba. Dengan menggunakan
curik tersebut ular tersebut dapat ditumpaskan dan mempersembahkan ular yang
mati tersebut.
Mencari Tempat Baru Untuk Berbuat Negeri
Seri
Teri Buana bersama pamannya iaitu Demang Lebar Daun serta pengikut-pengikutnya
keluar mengembara mencari tempat baru untuk berbuat negeri sekaligus ingin
melihat laut titahnya. Baginda dan pengikut-pengikutnya tiba di Kuala
Inderagiri. Pada suatu ketika, baginda tiba pula di suatu selat, dan kemudian
ke Kuala Kuantan, rombongan baginda keputusan bekalan air minum. Di sini,
baginda menunjukkan kelebihan menawarkan air laut yang masin. Baginda
menitahkan pengikutnya membuat lingkaran rotan, lalu baginda mencelupkan ibu
jari kaki baginda ke dalam lingkaran tesebut menyebabkan air masin bertukar
menjadi tawar. Tempat tersebut
kemudiannya dinamakan“Selat Air tawar” sehingga sekarang.
Apabila
Raja Bintan, iaitu Wan Seri Beni mengetahui Seri Teri Buana berada di Selat
Sumbu, baginda menitahkan kepada pembesarnya Aria Bupala dan menterinya pergi
menyambut kedatangan Seri Teri Buana dan rombongan ke Bintan dengan segala
kelengkapan yang gilang gemilang.
Jadi Anak Angkat Raja Perempuan Bintan
Cerita
ini mengisahkan tentang Seri Teri Buana yang dijadikan anak angkat oleh Wan
Seri Beni. Baginda telah menyerahkan kerajaan baginda kepada Seri Teri Buana
dan melantik Demang Lebar Daun sebagai Bendahara Bintan. Pada suatu hari, Seri
Teri Buana keluar berburu bersama-sama pengikutnya di Bengkilan. Kemudian
baginda berburu dari Tanjung Bemban sampai ke Tanjung Sengkuang. Ketika berdiri
di atas bukit, baginda nampak pasir putih terhampar di tanah seberang, iaitu Temasik. Ini
menyebabkan baginda berhasrat untuk pergi ke Temasik.
Temasik Dijumpai
Seri
Teri Buana dan rombongan pergi ke Temasik dengan menyeberangi laut. Ketika
sampai ke tengah laut, ribut kencang dan ombak besar tiba-tiba melanda kapal
baginda dan rombongan. Semua barang dalam kapal kenaikan Seri Teri Buana
dibuang ke laut, namun kapal yang hampir tenggelam tidak juga mahu timbul
Peristiwa ini berlaku ketika rombongan sampai di Teluk Belanga. Akhirnya
baginda meletakkan mahkota ke air, barulah ribut dan ombak reda dan kapal
timbul seperti asal. Seri Teri Buana selamat sampai di Temasik.
Ketika
Seri Buana berteduh di bawah pohon jambu air, baginda ternampak seekor singa
yang tangkas dan hebat melintasi di hadapan baginda. Singa tersebut berbulu
merah tubuhnya, kepalanya berwarna kehitam-hitaman dan bulu didadanya
berbintik-bint putih. Tempat tersebut akhirnya dibuka sebagai negeri baru dan
di namakan Singapura. Seri Teri Buana telah ditabalkan sebagai raja Singapura
yang pertama oleh Wan Seri Beni.
BAB 3
Puteri
Nila Pancadi ke Singapura.
Aklisah
maka tersebutlah raja di benua Keling,Adi Rama Raja Mudalir iaitu anak cucu Rsjs Suran.Baginda beranakkan
seorang lelaki bernama Cambutharam Mudaliar.Setelah itu jambuga Rama Mudaliar
naik takhta dan beranakkan seorang anak perempuan bernama Tuan Puteri Nila
Pancadi yang baik paras. Tuan dipinang oleh ramai anak raja namun ditolak oleh
ayahandanya.
Maka
tersebutlah kisah Seri Teri Buana mempunyai 2 orang anak iaitu Raja Kecil Besar
dan Raja Kecil Muda. Seri Teri Buana telah menghantar menteri Aria Bupala ke
benua keling meminang Puteri Nila Pancadi. Raja Jambuga Rama Mudaliar telah
menerima pinangan itu, bahkan menghantar puterinya untuk dikahwinkan dengan
Raja Kecil Besar ke Singapura. Raja Kecil Muda pula dikahwinkan dengan cucu
saudara Demang Lebar Daun iaitu Raden Lasmi Puri.
Raja
dan Bendahara adik beradik.
Selepas
Seri Teri Buana mati ia ditanam di Bukit Singapura, Raja Kecil Besar dijadikan
Raja bergelar Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Kecil Muda dijadikan Bendahara
bergelar Tun Perpatih Permuka Berjajar. Cucu Demang Lebar Daun
dijadikan perdana menteri bergelar Tun Perpatih Pemuka
Jegalar. Penghulu Bendahari bergelar Tun Jana Buga Dendang.
Hulubalang Besar pula ialah Tun Tempurung. Paduka Seri Pikrama Wira telah
memperolehi seorang putera bergelar Raja Muda hasil perkahwinannya dengan Tuan
Putei Nila Pancadi.
Peristiwa
Tatal Dan Menarah Kepala Budak.
Maka tersebutlah perkataan Betara Majapahit ,baginda
beranak 2 orang lelaki dengan Puteru Tajitram Syah bernama Raden Inu merta
Wangsa dan Raden Mas Putera Sari.Yang tua dirajakan di Majapahit dan yang muda
di Daha.
Setelah mendengar Singapura negeri besar dan rajanya
pula tidak menyembah kepada baginda lalu baginda menghntar utusan ke Singapura.
Betara
Majapahit telah menghantar bingkasan sekeping tatal tujuh depa panjangnya dan
digulung seperti subang kepada Paduka Seri Pikrama Wira. Baginda menyangka
dirinya dianggap perempuan oleh Betara Majapahit. Sebagai balasannya diminta
seorang tukang kayu bernama Cedun Pawang Antan disuruhnya menarah rambut budak
yang kecil dn jangan sampai luka dan beliung itu dihantarnya ke
Majapahit.
Betara
Majapahit pula menyangka kepalanya mahu ditarah oleh Paduka Seri Pikrama Wira. Betara
Majapahit sangat marah dan menyerang Singapura dan berperanglah kedua nya kerana
salah faham sehingga akhirnya Majapahit berjaya dikalahkan.
Bila Paduka Seri Pikrama Wira meninggal
dunia, anaknya Raja Muda diangkat menjadi raja bergelar Rakna Wikrama. Tun
Perpatih Tulus pula menggantikan ayahandanya Tun Perpatih Permuka Berjajar sebagai
bendahara.
Badang beroleh gagah.
Badang adalah seorang hamba kepada
seorang perempuan yang tinggal di Sayung.Badang berhuma kepada tuanya. Pada
suatu hari Badang menahan lukah namun ikan yang terperangkap di lukah yang
ditahannya telah dimakan oleh hantu. Hantu itu ditangkap dan mahu dibunuh.
Untuk mengelakkan dirinya dibunuh dia berjanji akan menunaikan segala hajat
Badang. Badang mohon kepada hantu supaya dia menjadi gagah. Untuk itu hantu
meminta Badang memakan muntahnya. Selepas makan muntah hantu itu Badang telah
menjadi sangat gagah.
Pohon kayu sebesar dua tiga pemeluk
dapat dicabutnya. Hutan yang luas dapat dibersihkan dengan sekejap sahaja.
Dengan kekuatan Badang, tuannya menjadi kaya raya dan diberi gelar Orang Kaya
Sayung. Badang telah dibebaskan. Dia dijadikan Sandim Sani oleh Seri Rakna
Wikrama di Singapura. Kekuatan Badang dapat dilihat dari beberapa
peristiwa. Kayu pengayuh perahunya adalah kayu kempas sebesar sepemeluk.
Selepas tujuh kali berkayuh kayu itu patah. Semasa memanjat pohon kuras, dia
terjatuh. Kepalanya terhempas ke batu dan menyebabkan batu menjadi pecah.
Badang dapat menyorong pilang yang panjang lima belas dengan seorang diri.
Sedangkan orang lain seramai empat lima ratus tidak mampu melakukannya. Kerana
kegagahannya itu Badang diangkat menjadi hulubalang oleh baginda raja Seri
Rakna Wikrama
Kegagahan Badang
diuji.
Apabila kegagahan Badang terdengar
hingga ke benua Keling, Raja di Benua Keling telah menghantar pahlawan yang
tergagah untuk menandingi kegagahan Badang. Pahlawan itu bernama Nadi Bija
Biakra. Taruhannya ialah barangan tujuh kapal. Dalam pertandingan itu mereka
disuruh bergusti. Badang berjaya menewaskan Nadi Bija Biakra itu. Mereka juga
bertanding mengangkat batu. Nadi Bija Biakra hanya terdaya mengangkat separas
lutut. Oleh Badang batu itu diangkat, dilambung-lambung dan dilontarkannya
hingga ke kuala.
Raja Perlak pula telah menghantar
pahlawannya yang bernama Benderang untuk mengalahkan Badang. Sebelum
pertandingan diadakan Badang terlebih dahulu meminta untuk menguji Benderang
dalam majlis makan malam. Badang telah menindih peha Benderang dan Benderang
tidak mampu mengangkatnya. Badang pula berjaya mengangkat pehanya bila disesak
oleh Benderang.
Keesokan harinya Tun Perpatih Pandak
selaku ketua rombongan Perlak telah meminta supaya pertandingan itu tidak
diteruskan. Kerana bimbang ianya akan menyebabkan hubungan Singapura dan Perlak
menjadi rosak. Sebenarnya dia takut Benderang
dikalahkan. Bagaimanapun mereka telah disuruh merentangkan rantai yang
sangat besar di belakang Siram supaya kapal tidak dapat lalu.
Tidak lama kemudian Badang telah mati
dan ditanamkan di Buru. Batu Nisannya dikirimkan oleh Raja Benua
Keling. Bila Paduka Seri Wikrama meninggal dunia, dia digantikan oleh anaknya
yang bernama Damia Raja dan bergelar Paduka Seri Maharaja. Dia berkahwin dengan
Damia Puteri anak Tun Perpatih Permuka Berjajar. Dari perkahwinan itu lahirlah
pula Raja Iskandar Syah.
Mula kedatangan Islam
ke alam Melayu.
Merah Silu dan Merah Caga tinggal di
Gunung Sengkuang. Merah Silu kerjanya menahan lukah tetapi asyik terkena cacing
gelang sahaja. Kerana terlalu marah cacing itu direbus. Nasibnya baik, cacing
gelang telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Bila
Merah Caga mendengar adiknya dikatakan makan cacing gelang, dia mahu membunuh
saudaranya itu. Merah Silu melarikan dirinya ke Rimba Jurun.
Satu hari Merah Silu pergi berburu.
Anjingnya Si Pasai telah menemui seekor semut besar. Semut besar itu telah
ditangkap oleh Merah Silu dan dimakannya. Tempat itu dibersihkan dan dinamakan
Semudra yang beerti semut besar. Negeri Semudra itu telah terkenal hingga ke
Mekah. Syarif Mekah telah memerintahkan seorang nakhoda bernama Sheikh Ismail
ke Semudra. Dia disuruh singgah di negeri Mu’tabari untuk mengambil seorang
fakir. Sultan Muhamad iaitu Raja Mu’tabari telah turun dari takhta dan mengikut
rombongan itu ke negeri Semudra. Sultan Muhammad adalah keturunan dari Abu
Bakar al-Siddik r.a.
Sebelum sampai ke Semudra, kapal Sheikh
Ismail telah singgah di Fansuri, Lamiri, Haru dan Perlak. Kesemua penduduk di
situ telah memeluk agama Islam tetapi tidak ada yang pandai membaca Qur’an.
Merah Silu juga telah memeluk Islam di tangan fakir Sultan Muhammad itu.
Malamnya Merah Silu telah bermimpi berjumpa Rasulullah. Rasulullah telah
meludah ke dalam mulut Merah Silu. Badan Merah Silu menjadi harum dan dia dapat
membaca al-Qur’an. Sheikh Ismail telah menabalkan Merah Silu dan namanya
ditukar menjadi Sultan Maliku’s Salleh.
Sultan Maliku’s Salleh telah berkahwin
dengan Puteri Ganggang, anak raja Perlak. Dia mendapat dua orang anak yang
diberi nama Sultan Maliku’t Tahir dan Sultan Maliku’l Mansur.Sultan Maliku’s
Salleh telah keluar untuk mencari tempat baru untuk dibuat kerajaan bagi
anaknya. Anjing pemburuannya telah menyalak di satu tanah tinggi. Tempat itu
dipandang cantik oleh Sultan Maliku’s Salleh. Ianya ditebas dan diberi nama
Pasai sempena nama anjing pemburuan baginda. Sultan Maliku’t-Tahir dirajakan di
Pasai itu dengan menterinya bernama Sidi Ali Ghiathu’d Din sebagai
mangkubumi. Sultan Maliku’l Mansur pula dirajakan di Samudra dengan
menterinya Sidi Ali Yaumi’d Din.
Sebelum meninggal dunia, Sultan
Maliku’s Saleh sempat berwasiat kepada kedua anak dan menteri-menterinya supaya
jangan tamak harta orang, jangan inginkan isteri hamba kamu dan hendaklah hidup
bermuafakat.
Raja Pasai Ditipu Dan
Ditawan.
Raja Syahrun
Nuwi terlalu besar kerajaannya, dan terlalu banyak hulubalang dan rakyatnya.
Maka apabila mendengar akan terlalu ramai dagang dan saudagar dalam negeri
Pasai dan rajanya terlalu besar negerinya maka baginda menanyakan kepada
hulubalangnya siapa yang mampu menangkap raja Pasai.Lalu Seorang hulubalang
bernama Ai Dicu bersetuju dengan syarat dia dikurnia 4 ribu hulubalang.
Awi Dicu pergi dan menangkap raja Pasai
iaitu Sultan Malikul Tahir. Dengan
menggunakan tipu helah iaitu berpura – pura berniaga. Sultan Malikul Tahir
telah berjaya ditangkap dan dibawa ke Siam. Dia dijadikan gembala ayam.
Maka Sidi Ali Ghiathu’d Din telah
menyamar menjadi saudagar Arab dan telah pergi ke negeri Syahrun Nuwi itu. Dia
telah memberikan berbagai hadiah kepada raja Syahrun Nuwi. Antaranya ialah
sepohon pohon kayu emas dan buahnya dari permata. Papan catur emas, buahnya
permata merah dan hijau. Sepasang itik emas yang boleh berenangan di dalam air.
Kerana termakan dengan rasuah berkenaan Sultan Malikul Tahirpun dibebaskan.
Peristiwa Kerana
Seorang Dayang.
Sultan Maliku’l Mansur ingin pergi
melawat abangnya di Pasai. Keinginannya itu ditegah oleh menteri Sidi Asma’
Yaumi’d-Din. Bagaimanapun baginda pergi juga. Semasa di Pasai dia telah membawa
pulang seorang dayang Sultan Malikul Tahir kerana baginda berkenankan dayang
tersebut. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Sultan Maliku’t Tahir.
Sultan Malikul Tahir telah menjemput
saudaranya itu untuk majlis berkhatan. Di sana menteri Sidi Asma’ Yaumi’d-Din
dibunuh dan di sula di Pasai. Kepalanya dibuang ke
laut. Kepala menteri itu dijumpai oleh Sultan Maliku’l Mansur di
laut Padang Maya semasa baginda hendak dibuang ke Manjung. Sultan Maliku’l
Mansur memohon badan menterinya dikembalikan dan mayatnya ditanam di Padang
Maya.
Selepas 3 tahun, Sultan Maliku’t Tahir telah menyesal di atas perbuatannya itu
dan menjemput saudaranya Sultan Maliku’l Mansur ke kerajaannya lalu dibawa
oranglah. Dalam perjalanan, Sultan Maliku’l Mansur singgah di Padang Maya dan
kemudiannya meninggal dunia di situ. Sultan Maliku’t Mansur yang mendengar
berita tersebut terkejut lalu bergegas brangkat ke tempat adindanya. Mayat
adindanya kemudiannya ditanamkan di sisi kubur Sidi Yaumi’d-Din.
BAB 4
Singapura Dilanggar Todak
Kisah
ini bermula dengan pembunuhan seorang hamba Allah yang mahir dalam ilmu khayal
lillah lagi tamam dua belas alam iaitu Tuan Jana Khatib. Dia dibunuh kerana
memandang pintu peranginan raja yang ada seorang perempuan yang dilindung oleh
pohon pinang gading, apabila Tuan Jana Khatib menilik pohon pinang itu maka ia
terbelah dua. Paduka Seri Maharaja terlalu murka lalu disuruh bunuh. Tuan Jana
Khatib dibawa orang hampir hujung negeri orang membuat bikang dan di sanalah
dia dibunuh dan jasadnya ghaib. Darah Tuan Jana Khatib yang menitik setitik itu
lalu ditutup oleh perempuan membuat bikang dengan menggunakan penutup bikang
tersebut, lalu perempuan tersebut menjadi kaya kerana berkat darah wali Allah.
Tidak
beberapa lama kemudian, maka datanglah todak menyerang Singapura sehingga
terlalu ramailah orang yang mati dilompati todak. Lalu Seri Maharaja turun ke
tempat kejadian untuk melihat kejadian tersebut lalu menitahkan orang untuk
menghadang lompatan todak tersebut dengan menggunakan betis mereka. Namun,
usaha itu tidak menjadi kerana semakin ramai yang terbunuh malahan todak
tersebut juga menjadi semakin banyak.
Pada
masa itu jugalah, muncul seorang budak lalu berkata lebih baik berkotakan
batang pisang daripada berkotakan betis yang boleh menyebabkan semakin ramai
yang mati dilanggar todak. Setelah didengar akan Seri Maharaja lalu baginda pun
bersetuju menggukan akal tersebut sehingga menyebabkan todak tidak lagi
menyerang. Setelah Paduka Seri maharaja kembali ke istana, maka sembah Orang
Besar-besar mengatakan budak tersebut sangat pintar dan dikhuatiri apabila
besar kelak ia menjadi bahaya kepada negeri tersebut. Maka, budak tersebut
dihukum bunuh atas asukan Orang Besar-besar tersebut.
Akibat Khianat, Singapura Dialahkan Majapahit
Kisah
mengenai Sang Rajuna Tapa iaitu bendahari Raja Iskandar Syah yang mempunyai
seorang anak perempuan yang terlalu cantik parasnya yang merupakan gundik raja
yang paling dikasihi. Akibat dengki, maka ia difitnah berbuat jahat. Baginda
menjatuhkan hukuman sula ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa. Sang Rajuna
Tapa merasa malu lantas berhasrat untuk menderhaka terhadap Raja Iskandar.
Beliau bertindak mengutus utusan ke Majapahit, minta supaya Betara Majapahit
menyerang Singapura dan dia sendiri menyatakan ingin belot terhadap kerajaan
Singapura kerana dendam.
Raja Iskandar Berlepas ke Darat
Singapura
berjaya dialahkan oleh Majapahit akibat pembelotan Sang Rajuna Tapa. Setelah
kalah, Raja Iskandar lari ke Seletar, kemudian ke hulu Muar bersama-sama dengan
pengikutnya yang lain. Sang Rajuna Tapa dan isteri menerima balasan akibat
pembelotannya tersebut sehingga mereka bertukar menjadi batu kerana
penderhakaannya. Di Muar, Raja Iskandar dan pengikut-pengikutnya cuba membuat
penempatan baru, sebagai menggantikan Singapura. Namun berlaku peristiwa aneh,
di mana ribuan sekelompok biawak datang ke kawasan penempatan mereka. Pada
waktu siang biawak tersebut dibunuh. Peristiwa berlaku berulang kali
menyebabkan kawasan tersebut dipenuhi dengan bangkai biawak yang busuk dan
kotor. Tempat tersebut dinamakan sebagai “Biawak Busuk” sehingga ke hari ini.
Disebabkan
peristiwa tersebut telah memberi tanda atau alamat yang tidak baik, maka Raja
Iskandar Syah meneruskan pengembaraannya. Tiba di Simpang Ujung, Raja Iskandar
menitahkan pengikut-pengikutnya membina sebuah kota. Tetapi sayangnya kota yang
baru siap dibina, bertukar menjadi buruk apabila tiba waktu malam, dan tempat
tersebut terus dinamakan “Kota Buruk”. Raja Iskandar terus mengembara hingga
sampai di Sungai Ujung untuk mencari penempatan baru.
Membuka Negeri Melaka
Raja
Iskandar Syah meneruskan perjalanan sehingga baginda bertemu dengan sebuah
sungai yang bernama sungai Bertam, lalu berehat di bawah sebatang pokok. Sewaktu
berehat di bawah pokok, baginda terpandang anjing perburuannya ditewaskan oleh
seekor pelanduk hingga alah. Tempat tersebut telah dibuka sebagai negeri baru
dan dinamakan “Melaka” sempena pohon Melaka tempat baginda berteduh. Raja
Iskandar Syah menjadi raja pertama memerintah Melaka. Baginda memerintah selama
tiga tahun. Apabila Raja Iskandar Syah mangkat, takhta kerajaan Melaka diganti
oleh anakanda baginda yang bernama Raja Muda. Apabila Raja Muda mangkat, putera
baginda Raden Tengah pula menjadi raja Melaka. Selepas Raden Tengah mangkat,
putera baginda, Raja Kecil Besar dilantik sebagai raja Melaka.
Setelah
beberapa lama baginda memerintah kerajaan tersebut, maka paada suatu malam,
Raja Kecil Besar bermimpi berpandangan dengan Rasulullah s.a.w. Dalam mimpi
tersebut, Raja Kecil Besar diajar mengucap dua kalimah syahadat dan diberi nama
Sultan Muhammad Syah. Raja Kecil Besar juga diberitahu bahawa pada waktu asar
keesokan harinya akan datang sebuah kapal dari Jeddah yang akan singgah untuk
bersembahyang di pantai Melaka. Apabila baginda bangkit dari beradu, didapati
tubuh baginda berbau harum (bau narawastu) dan kalam baginda seperti
dikhatankan.
Kedatangan Islam ke Melaka
Perkhabaran
tentang keanehan sikap Raja Kecil Besar dinyatakan oleh dayang-dayang kepada
Bendahara. Lalu bendahara terus masuk ke istana untuk meihat keadaan Raja Kecil
Besar yang dikatakan aneh itu, setelah melihat Raja Kecil Besar tiada
henti-henti menyebut Kalimah Syahadah itu lalu Bendahara terus menanyakan
kepada rajanya itu. Lalu Raja Kecil Besar menyatakan bahawa dia bermimpi
bertemu dengan Rasulullah dan baginda bersabda bahawa pada waktu asar nanti
akan datang sebuah kapal dari Jeddah yang turun ke pantai untuk menunaikan
sembahyang dan hendaklah dituruti apa yang dilakukan oleh orang itu.
Setelah
waktu asar tiba, maka tibalah rombongan tersebut di pesisir pantai Melaka.
TerbuktiMimpi Raja Kecil Besar menjadi kenyataan, apabila Syed Abdul Aziz dari
Jeddah mengetuai rombongan serta bersolat di pantai Melaka. Kemudian Syed Abdul
Aziz dan rombongan di bawa ke istana. Dengan pertemuan itu Syed Abdul Aziz telah
mengislamkan kerabat Diraja dan diikuti oleh pembesar dan rekyat jelata yang
lain.
Semasa
pemerintahan Sultan Muhammad Syah, beberapa peraturan serta larangan dibuat
oleh baginda. Larangan seta peraturan ini merangkumi perkara-perkara yang perlu
dipatuhi oleh rakyat. Contohnya, larangan kepada rakyat biasa mengamalkan cara
hidup masyarakat istana daripada segala aspek kehidupan, pakaian dan lain-lain
seperti larangan memakai pakaian kuning, larangan berbuat rumah bermanjungan
bertiang gantung, larangan memakai emas jikalau tiada dianugerahi raja dan
banyak lagi.
Susunan Tertib adat Istiadat Diraja
Dalam
bab ini telah dinyatakan tentang susunan tertib adat istiadat diraja. Semasa
hendak mengadap raja di balairung hendaklah dikenakan beberapa peraturan bagi
pembesar untuk dipatuhi. Antaranya ialah aturan kedudukan bedasarkan pangkat
dan kedudukan. Bendahara, Temenggung, dan Penghulu Bendahari dikehendaki duduk
berhampiran dengan raja. Menteri-Menteri, Orang Besar serta sida-sida duduk
ditempat yang telah dikhaskan, diikuti oleh anak-anak raja di kiri kanan balai,
sida-sida muda duduk diselang-selang antara Bentara dan hulubalang dikelilingi
balai.
Seterusnya,
dalam peraturan menyambut utusan dari negei-negeri luar pula harus berdasarkan
taraf kedudukan sesebuah negeri dari mana utusan itu datang. Jika utusan datang
dari negeri Haru dan Pasai, suratnya hendaklah disambut secara besar-besaran
kerana negeri-negeri tersebut sama taraf dengan kerajaan Melaka. Namun jikalau
utusan tersebut dari negeri-negeri lain ianya hanya disambut secara sederhana
sahaja.
Selain
itu, adat istiadat menganugeahkan gelaran atau jawatan pula, orang yang akan
dianugerahkan gelaran akan dijemput ke istana dengan bergajah, berkuda dan
berjalan dengan bingkisan mengikut taraf gelaran yang diperolehnya. Mereka juga
akan dipayungkan dengan menggunakan payung hijau, biru, merah mengikut pangkat
dan gelaran yang diperolehnya. Contohnya, payung hijau adalah untuk bentara
hulubalang dan sida-sida. Mereka juga akan diiringi dengan alat music dan
bunyi-bunyian seperti gendang serunai dan lain-lain. Di balairung pula, riwayat
dan jasa-jasa orang yang menerima anugerah akan dibacakan. Selesai menerima
anugerah dan jawatan, maka orang itu akan dikenakan patam dan pontoh. Akhirnya
mereka akan dihantar pulang seperti mana mereka dijemput ke istana.
Akhir
sekali, adat istiadat raja berangkat pula ada dua cara. Pertama, raja berangkat
dengan cara berusung. Baginda akan diusung oleh pembesar-pembesar dan diringi
dengan alat musik serta bunyi-bunyian. Kedua, raja berangkat dengan menaiki
gajah. Peraturan istiadat juga ditentukan dalam upacara sultan menyambut hari-hari
kebesaran seperti bulan puasa dan syawal. Biasanya raja akan berangkat ke
masjid dengan menaiki gajah untuk bersembahyang terawih dan sembahyang hari
raya. Selain itu, Sultan Muhammad Syah juga menetapkan peraturan dan adat
istiadat apabila baginda hendak mengadakan majlis jamuan.
Membuang Diri Kerana Berkecil Hati
Mani
Purindam merupakan putera Raja Nizamu’l Muluk Akhbar Syah di negeri Pahili Benua
Keling. Setelah kematian ayahandanya, tahta kerajaan diberikan kepada anak
kedua Raja Nizamu’l Muluk Akhbar Syah iaitu Raja Akhbar Muluk Kud Syah. Baginda berkecil hati dengan adiknya, Raja
Akhbar Muluk Kud Syah kerana berselisih faham mengenai harta pusaka. Lalu peristiwa
ini telah menyebabkan baginda membawa diri ke Melaka. Semasa perjalannya ke
Melaka, baginda mengalami kesusahan seperti kapalnya karam dan diselamatkan
oleh ikan alu-alu. Setelah sampai di Melaka, baginda berkahwin dengan Tun Ratna
Sendari anak Seri Nara Diraja Tun Ali dan memperolehi dua orang anak, iaitu Tun
Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muhammad Syah telah memperisterikan Tun Ratna
Wati dan memperolehi seorang putera yang diberi nama Raja Kassim. Sultan
Muhammad Syah juga berkahwin dengan Puteri Rekan dan telah dikurniakan seorang
putera yang diberi nama raja Ibrahim.
Istana di Bawah Pengaruh Raja Rekan
Setelah
Sultan Muhammad Syah mangkat, Raja Ibrahim telah ditabalkan sebagai raja Melaka
yang kelima bergelar Sultan Abu Syahid. Namun demikian, semua hal yang
berkaitan dengan pentadbiran Melaka dijalankan oleh pemangku raja, iaitu Raja
Rekan kerana raja Ibrahim masih kanak-kanak. Raja Kassim pula telah dihalau
dari istana dan menjadi pengail ikan di pantai Melaka. Raja Kassim berjumpa
dengan Maulana Jalalu’d-din iaitu seorang ulama dan saudagar yang sedia
membantu Raja Kassim merampas kembali takhta kerajaan Melaka. Tetapi Maulana
Jalalu’d Din mengenakan syarat, Raja Kassim mestilah menyerahkan Puteri Rekan
kepadanya kelak.
Peristiwa Rampas Kuasa
Cerita
ini mengisahkan tentang Raja Kassim yang hendak menyerang istana dengan bantuan
Maulana Jalalu’d-in, dan disokong oleh bendahara dan Seri Nara Diraja untuk
merampas kuasa di Melaka. Dalam serangan tersebut, Raja Rekan mati dibunuh oleh
pengikut-pengikut Raja Kassim. Sebelum mati, raja Rekan telah membunuh Raja
Ibrahim. Raja Kassim kemudiannya naik takhta dan bergelar Sultan Muzaffar Syah,
memerintah Melaka dengan adil dan saksama. Akan tetapi baginda lebih
mengutamakan Seri Nara Diraja daripada Bendahara Seri Wak Raja. Akibatnya,
Bendahara Seri Wak Raja membunuh diri dengan cara minum racun, kerana menyangka
dirinya dimurkai oleh sultan. Bendahara Seri Wak Raja meninggalkan tiga orang
anak, iaitu Tun Kudu, Tun Perak dan Tun Perpatih putih.
BAB 5
Bakat Kepimpinan Tun
Perak.
Raja Negeri Siam atau negeri Syahrun
Nuwi iaitu Paduka Bubunya mahukan negeri Melaka menyembah kepadanya. Sultan
Muzaffar Syah enggan menyembah. Jadi paduka Bubunya menitahkan panglimanya yang
bernama Awi Chakri menyerang Melaka. Tun Perak telah membawa tenteranya untuk
mempertahankan Melaka bersama-sama orang perempuan masing-masing. Pengikutnya
tidak puas hati dan mengadu kepada raja. Tun Perak menyatakan bahawa orangnya
akan berperang dengan lebih bersungguh-sungguh dari orang lain kerana mahu
menjaga keselamatan isteri mereka masing-masing di samping berperang untuk
raja. Sultan berpuas hati dengan jawapan tersebut dan telah melantik Tun Perak menjadi
bentara di istana. Tidak lama kemudian dilantik pula menjadi menteri bergelar
Paduka Raja.
Satu Cara Mengelakkan
Pecah Belah.
Setelah Tun Perak menjadi menteri,
orang-orang Melaka berpecah dua. Keadaan ini merunsingkan Sultan Muzaffar Syah.
Untuk merapatkan hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, Sultan telah
menceraikan Tun Kudu untuk dikahwini oleh Seri Nara Diraja. Tun Kudu ialah anak
Bendahara Seri Wak Raja iaitu kakak Paduka Raja Tun Perak. Dengan itu SND telah
melepaskan jawatan Bendahara untuk diberikan kepada PR. Tun Perak dikatakan
sama taraf dengan Patih Aria Gajah Mada di Pajapahit dan Orang Kaya Senayan di
Pasai.
Langgaran Siam
Dipatahkan.
Angkatan Siam telah datang menyerang
Melaka sekali lagi, diketuai oleh Awi Dicu. Paduka Raja diarahkan menghalang
angkatan Siam bersama Seri Bija Diraja Tun Hamzah atau Datuk Bongkok. Angkatan
mereka bertemu di Batu Pahat. Anak SBD iaitu Tun Omar disuruh menjadi suluh.
Semasa dia menyiasat kapal-kapal Siam itu dua tiga buah perahu telah dikalahkannya.
Pada waktu malam, Bendahara Paduka Raja
telah menyuluh dipasangkan api pada pohon-pohon bakau, nyireh, tumu dan api-api
ditepi pantai. Angkatan Awi Dicu tersalah anggap yang angkatan Melaka terlalu
ramai. Kerana gerun merekapun cabut lari. Melihat itu angkatan Melaka telah
mengejar angkatan Siam hingga ke Singapura. Sultan Muzaffar Syah sangat
gembira.
Raja Siam iaitu Paduka Bubunya sangat
marah. Dia sendiri bercadang akan menyerang Melaka. Mendengar itu Cau Panden
anaknya menghalang dan berjanji akan menyerang Melaka. Perkhabaran Cau Panden
akan menyerang Melaka itu terdengar ke Melaka. Seorang Arab yang dikenali
sebagai Tuan Saidi Arab telah memanah Cau Panden itu dari Melaka yang
menyebabkannya terbunuh.
Pemerintahan Sultan
Mansur Syah.
Setelah memerintah selama 42 tahun,
Sultan Muzaffar Syah pun meninggal dunia. Beliau telah digantikan oleh anaknya
Raja Abdullah yang bergelar Sultan Mansur. Pada masa menaiki takhta berumur 27
tahun. Isterinya ialah Tun Putih, anak Seri Nara Diraja. Mempunyai seorang anak
gundik bernama Puteri Bakal.
Baginda memerintahkan Bendahara Paduka
raja dan Seri Bija Diraja menyerang negeri Inderapura yang diperintah oleh
Maharaja Dewa yang berada di bawah taklukan Siam. Bendahara pula dapat menawan
Puteri Onang Sari.
Raja Indera Pura
Ditawan.
Maharaja Dewa Sura berjaya ditangkap
oleh Seri Bija Diraja dan dibawa balik ke Melaka. Atas jasanya Seri Bija Diraja
dinobatkan di Pahang oleh Sultan Mansur. Puteri Onang Sari dikahwini oleh
Sultan Mansur dan mendapat dua anak iaitu Raja Muhammad dan Raja Ahmad.
Hubungan Muhibbah
Melaka – Sulawesi.
Sultan Mansur Syah mahu hubungan dengan
Makasar dipereratkan. Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja telah diutuskan
untuk ke sana. Mereka berjaya mengadap raja di Goa dan baginda
sangat suka hati untuk bermuafakat dengan Melaka. Apabila mereka
mahu kembali ke Melaka, raja Goa telah berusaha mendapatkan seorang budak untuk
dihadiahkan kepada Sultan Mansur.
Dari Mana Hang Tuah
Berasal.
Raja di Goa telah berjaya mendapatkan
anak Raja Bajung yang bernama Daeng Mempawah untuk dihadiahkan kepada Sultan
Mansur Syah. Budak ini berumur 12 tahun dan diberikan nama Hang Tuah oleh
sultan. Dia seorang yang berani dan telah berjaya membunuh 2 orang yang
mengamuk. Di Melaka pada masa itu terdapat 9 orang “Perhangan” iaitu Hang
Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang
Hassan dan Hang Hussin.
Maharaja Dewa Sura
Dibebaskan.
Gajah Sultan Mansur Syah yang dibawa
Kemanci telah terlepas dan lari ke hutan. Panglima gajah iaitu Seri Rama telah
gagal mencarinya semula. Maharaja Dewa Sura telah dicadangkan untuk menangkap
gajah itu. Tapi baginda mensyaratkan supaya dia dibebaskan dahulu. Sultan
Mansur bersetuju dan beliau telah berjaya menangkap gajah itu semula. Sekalian
anak-anak muda di Melaka disuruh belajar ilmu gajah dengan Maharaja Dewa Sura
itu.
Seri Nara Diraja yang
beristerikan Tun Kudu telah berjaya mendapat 3 orang anak iaitu Tun Tahir, Tun
Senaja dan Tun Mutahir. Bila Tun Kudu mati, Seri Nara Diraja kahwin lain dan
mendapat 2 orang lagi anak iaitu Tun Bongsu dan Tun Sadah.
Hubungan Berbaik-Baik
Melaka-Siam.
Sultan Mansur Syah ingin hubungan
dengan Siam dipulihkan. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera telah diutuskan ke
sana. Mereka telah berjaya mengadap Paduka Bubunya dan mengangkat martabat dan
menjaga maruah raja Melaka. Sultan Mansur diberikan makna sebagai raja yang
dimenangkan akan Allah taala daripada segala seteru. Bila ditanya kenapa Melaka
tidak dapat dikalahkan oleh Siam, Tun Telanai telah menyuruh Suir, seorang tua
yang untut tetapi belakangnya tidak lut dtikam oleh lembing. Sekalian orang
Melaka dikatakan seperti Suir itu, iaitu tidak lut ditikam dengan lembing.
Paduka Bubunya telah percaya dengan tipu helah itu.
Paduka Bubunya juga telah menyuruh
angkatan Melaka membantu Siam menewaskan musuhnya dalam satu peperangan di
sana. Mereka diminta berperang dengan pasukan yang kuat. Kebetulan di arah
kiblat. Menteri Jana Putera telah mengatakan orang Islam tidak boleh berperang
mengadap kiblat kerana itu adalah arah untuk sembahyang. Tipu helah itu
dipercayai oleh Raja Siam.
Mereka disuruh berperang ke hala
matahari terbit dan berjaya dalam perang tersebut. Paduka Bubunya
telah memberi hadiah kepada semua ahli rombongan dari Melaka itu. Tun Telanai
diberikan seorang puteri bernama Onang Minaling Lang. Dari perkahwinan itu
melahirkan Tun Ali Haru.
BAB 6
Malang Membawa Tuah
Seorang
penyadap ketika keluar ke laut telah menjumpai seorang budak yang hanyut
berpegang kepada sekeping papan perahu
yang tidak khabarkan diri. Setelah beberapa lama tidak sedarkan diri,
maka setelah diberikan air kanji budak
tersebut sedar dan dibawanya serta dipelihara oleh si penyadap tersebut.
Setelah
beberapa lama budak itu pun baiklah serta segera ditanya oleh si penyadap
tentang asal usul budak tersebut. Ternyata budak tersebut merupakan anak raja
Tanjung Pura iaitu yang bernama Raden Perlan Langu. Dia didapati lemas akibat
terkena ribut yang ganas semasa pergi bermain-main ke Pulau Permainan dengan
ayahandanya. Maka, mereka terpisah dan dia dihanyutkan ombak selama 7 hari 7
malam tanpa makan ataupun minum sehingga berjumpa dengan si penyadap. Lalu
dijadikan budak itu sebagai anak angkatnya kerana si penyadap tidak mempunyai
anak dan dinamai budak tersebut sebagai
Ki Mas Jaya.
Hatta
beberapa lamanya, Puteri Awi Kesuma pun besarlah, selama di atas kerajaan di
pangku oleh Patih Gajah Mada. Disebabkan oleh itu, Patih Gajah Mada menyuarakan
kepada Puteri Awi Kesuma untuk berkahwin. Maka, Puteri Awi Kesuma menitahkan
agar Patih Gajah Mada untuk menghimpunkan semua lelaki di Majapahit untuk
pemilihan agar dijadikan suaminya. Oleh itu, terlalu ramailah yang datang dari
seluruh pelosok Majapahit dari orang-orang besar sehingga kepada rakyat jelata
juga datang untuk menguji nasib. Kesemua yang hadir tidak memenuhi ciri-ciri
yang dikehendaki oleh Puteri Awi Kesuma kecuali Ki Mas Jaya yang elok parasnya
telah memikat hati Puteri Awi Kesuma.
Bakal Ratu Majapahit
Maka
berkahwinlah Ki Mas Jaya dengan Puetri Awi Kesuma sekaligus menjadi betara
Majapahit yang bergelar Sang Aji Jaya Ningrat.
Pada
suatu ketika datanglah si penyadap mengadap Sang Aji Jaya Ningrat menuntut
janjinya iaitu menjadikannya sebagai Patih Aria Gajah Mada setelah anak
angkatnya itu berkahwin dengan Puteri Awi Kesuma. Maka, Sang Aji Jaya Ningrat
berasa susah hati dengan permintaan bapa angkatnya kerana tidak sanggup untuk
meletakkan jawatan Patin Aria Gajah Mada yang terdahulu sehingga menyebabkan
dia murung dan tidak keluar diadap orang.
Setelah
dilihat oleh Patih Aria Gajah Mada akan kelakuan tersebut, beliau segera
menceritakan hal sebenar dan beliau juga sanggup meletakkan jawatannya kerana
dirasakan sudah tiba masanya untuk beliau berundur akibat faktor umur. Namun,
Sang Aji Jaya Ningrat tidak sanggup melakukan hal tersebut kerana khuatir bapa
angkatnya tidak yakin dengan kebolehan bapa angkatnya itu.
Akhirnya
Betara Majapahit dan Patih Aria Gajah Mada bersetuju melantik Si Penyadap
sebagai ketua seluruh penyadap di dalam Majapahit setanding dengan kedudukan
Patih Aria Gajah Mada. Si Penyadap menerima jawatan itu dengan gelaran Patih
Adi Kara. Hasil perkongsian hidup Betara Majapahit dengan Raden Galoh Awi
Kesuma, baginda beroleh seorang puteri yang baik parasnya dan dinamakan Raden
Galoh Cendera Kirana.
Menjalin Muhibah Melaka-Majapahit
Sultan
Mansur Syah berkenan dengan Radin Galuh Cendera Kirana sehingga baginda menyuruh
berlengkap dengan segala tunggangan dan juga orang-orang kanannya untuk
rombongan meminang Radin Galuh Cendera Kirana ke Majapahit.
Pengarang
dalam bab ini telah menggambarkan kepahlawanan Hang Tuah. Sebelum berangkat ke
Majapahit, Hang Tuah telah diberi gelaran “laksamana” oleh Sultan Mansur Syah
apabila beliau berjaya membunuh tujuh puluh orang pengamuk dan seorang Jawa
yang mengamuk.
Setelah
tiba masanya, rombongan Sultan Mansur Syah pun berangkat ke Majapahit. Di
Majapahit, banyak berlaku peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan dan
kepahlawanan orang-orang Melaka. Antaranya, Tun Bija Sura berjaya
mempertahankan keris yang dihadiahkan oleh Betara Majapahit daripada dicuri.
Betara Majapahit juga menguji orang-orang Melaka dengan menambatkan seekor anjing
bertentangan dengan Sultan Mansur Syah di istana.
Telatah Budak-budak raja Melaka
Mengisahkan
tentang Tun Bijaya Sura yang berjaya menakutkan anjing yang ditambat di hadapan
Sultan Mansur Syah, sehingga anjing tersebut lari dan tidak dapat dikesan lagi.
Selain itu, Tun Bijaya Sura berjaya menjatuhkan imej Betara Majapahit melalui
“Permainan Sapu-Sapu Rengit”. Ketika mempersembahkan permainan tersebut, Tun
Biajaya Sura dan empat lima orang anak pembesar berlunjur kaki ke hadapan
Betara Majapahit, iaitu satu tindakan yang bertentanganm dengan adat istiadat
Majapahit.
Selain
itu, Hang Tuah dan rakan-rakannya pula cuba mempemain-mainkan kewibawaan Betara
Majapahit, dengan cara menceroboh taman larangan, yang menimbulkan kemurkaan
Betara Majapahit. Kemudian berlaku pertarungan hebat antara Hang Tuah dan
rakan-rakan dengan perajutrit-perajurit Majapahit yang dimenangi oleh Hang
Tuah.
Dalam
peristiwa lain pula, Tun Bijaya Sura sekali lagi menunjukkan keistimewaannya
sehingga menjatuhkan maruah Betara Majapahit. Beliau memanjat tiang pesiban dan
berpegang kepada tiang lalu berkeliuling pusing sambil menghayun-hayunkan sapu
tangan dan hamper mengenai muka Betara Majapahit. Hal ini menyebabkan
orang-orang Majapahit menjadi marah dan ingin membunuh Tun Bijaya Sura, tetapi
dilarang oleh Betara Majapahit.
.
.
Betara
Majapahit sentiasa mencari idea untuk menjatuhkan maruah Tun Biaya Sura dan
raja Melaka. Baginda telah membuat helah dengan meminta Tun Bijaya Sura memakai
pakaian seperti Jawa, iaitu berkeris di belakang. Ketika asyik Tun Bijaya Sura
menonton orang-orang Jawa menyabung ayam, seorang Jawa berjaya menyendal
(mencuri) kerisnya Tun Bijaya Sura dan diserahkan kepada Betara Majapahit.
Setelah tersedar kerisnya dicuri, Tun Bijaya Sura mengambil keris Betara
Majapahit yang sedang dibawa ke istana. Lantaran itu rancangan untuk
menjatuhkan maruah Tun Bijaya Sura gagal.Setelah genap 40 hari 40 malam adat
berjaga-jaga, maka Sultan Mansur Syah dan Raden Galuh Cendera Kirana pun
berkahwin.
Memohon Jajahan Sebelum Kembali
Setelah
beberapa lama di Majapahit, maka Sultan Mansur Syah ingin beransur pulang ke
Melaka dan memohon kepada betara Majapahit untuk membawa pulang Raden Galuh
pulang bersama-samanya. Permohonan tersebut dikabulkan oleh Betara Majapahit.
Bukan itu sahaja, Sultan Mansur Syah juga menitahkan Tun Bijaya Sura minta
Inderagiri kepada Betara dan ianya juga diperkenan oleh Betara Majapahit.
Setelah
beberapa lamanya dalam alam perkahwinan dengan Raden Galuh Cendera Kirana, maka
mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Raden Dikelang.
Sultan Masur Syah juga memperoleh dua orang anak perempuan hasil pernikahannya
dengan anak Seri Nara Diraja iaitu Raja Mahadewi dan Raja Cendera. Manakala
dengan isteri baginda anak Bendahara Paduka Raja dikurniakan seorang anak
lelaki bernama Raja Hussain dan berkahwin dengan Tun Senaja saudara Tun Tahir.
Hang Tuah Dihukum Bunuh
Mengisahkan
tentang kesetiaan Hang Tuah kepada Sultan Mansur Syah tidak berbelah bahagi
namun kesetiaan yang dilakukan tidak dihargai oleh Sultan. Kesetiaannya
ditunjukki apabila beliau telah berjaya menyelamatkan kuda Sultan Mansur Syah
yang jatuh ke dalam telaga tahi. Hang Tuah sanggup turun menambat tali pada
kuda itu untuk ditarik oleh orang ramai. Kebaktian Hang Tuah itu menyebabkan
Sultan Mansur Syah amat menyayanginya.
Walaupun
begitu, baginda sanggup menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah kerana
percayakan fitnah pembesar-pembesar yang mengatakan Hang Tuah melakukan zina
dengan seorang dayang di istana. Seri Nara Diraja dititahkan untuk melaksanakan
hukuman tersebut. Tetapi Seri Nara Diraja tidak membunuh Hang Tuah, sebaliknya
menyembunyi dan mamasung Hang Tuah di dusunnya di hulu Melaka.
Perhubungan Dengan Negeri China
Kebesaran
Melaka tersebar sampai ke negeri China. Raja China telah mentutuskan sebuah
pilau yang sarat dengan jarum ke Melaka. Ini adalah untuk menunjukkan kebesaran
dan keagungan negeri China, dengan harapan Melaka akan tunduk di bawah
kekuasaannya. Sultan Mansur Syah tidak berbuat demikian, lalu membalas utusan
dengan menitahkan Tun Perpatih Putih ke China dengan membawa sagu rendang penuh
pilau. Ini bertujuan untuk menunjukkan betapa ramainya rakyat Melaka. Di China,
Tun Perpatih Putih berjaya menunjukkan kebijaksanaannya sehingga berjaya
melihat wajah raja China yang duduk bersemayam di dalam mongkor kaca melalui
tipu muslihatnya, makan kangkung tidak berkerat, dibelah dua panjang-panjang.
Ketika memakan kangkung tersebut, satu hujung kangkung dimasukkan ke mulut dan
hujung yang satu lagi dikepit dengan penyepit sambil mendongak kepada ke atas
dan berjaya melihat wajah raja China.
Puteri Raja China ke Melaka
Tun
Perpatih Putih berangkat ke Melaka bersama rombongan raja China yang diketuai
Lak Di Po. Mereka membawa bersama Puteri Hang Liu untuk dipersembahkan kepada
Sultan Mansur Syah. Baginda berkahwin dengan Puteri Hang Liu dan memperolehi
seorang anak lelaki yang diberi nama Paduka Hamimat.
Pada
hari lain, Sultan Mansur Syah mengutuskan Tun Telanai dan Menteri Jana Putera,
terlencung ke Brunai kerana berlaku ribut besar. Raja Brunai bertanya tentang
isi surat Sultan Melaka kepada Raja China. Tun Telanai mengatakan surat itu
berbunyi:
“Sahaya
raja Melaka empunya sembah, datang kepada paduka ayahanda raja China”. Bertanya
raja Brunai lagi, “berkirim sembahkan raja Melaka pada raja China?” Menteri
Jana Putera menjelaskan maksud surat itu ialah “sahaya atau hamba” yang
menyembah raja Melaka. Oleh itu, raja Brunai pun memberi sembah kepada Sultan
Mansur Syah.
Kedal Kerana Tulah?
Mengisahkan
tentang Raja China yang menerima perutusan sembah Sultan Mansur Syah jatuh
sakit kedal iaitu sejenis penyakit kulit yang meninggalkan kesan bertelau-telau
pada kulit. Tabib menyatakan hanya air basuhan tapak kaki Sultan Mansur Syah
berjaya menyembuhkannya. Kemudian utusan dikirim ke Melaka untuk memohon air
basuh tapak kaki Sultan Mansur Syah. Penyakit kedal raja China segera sembuh
setelah raja China minum dan mandi air basuh tapak kaki Sultan Mansur Syah.
BAB 7
Hang Jebat Kesiangan
Di Istana.
Hang Jebat telah mengamuk di dalam
istana raja. Ini menyebabkan Sultan dan permaisuri terpaksa melarikan diri.
Bila tiada seorangpun hulubalang yang dapat membunuh Hang Jebat itu, raja mula
terkenangkan Hang Tuah. Bila keadaan mengizinkan, Seri Nara Diraja
pun menyembah dan memberitahu bahawa Hang Tuah masih hidup di Hulu Melaka. Lalu
Hang Tuah disuruh ambilkan. Dia diampuni dan disuruh membuang arang di muka
raja dengan membunuh di pengamuk itu.
Pertarungan Hang Tuah
– Hang Jebat.
Hang Tuah dengan segera ke istana
bertikam dengan Hang Jebat. Dua tiga kali kerisnya terlekat di dinding dan
tiang. Dibenarkan oleh Hang Jebat untuk dicabut semula. Sekali keris Hang Jebat
terlekat, terus dia ditikam oleh Hang Tuah. Dengan tikaman kedua, Hang Jebatpun
meninggal dunia. Mayat Hang Jebat dibuang ke laut. Anak isterinya diumbut.
Rumahnya juga dibuang ke laut. Istana tempat Hang Jebat mati itu tidak lagi
mahu diduduki. Istana baru minta diperbuatkan. Istana baru sangat hebat. Mempunyai
17 ruang dengan 40 buah pintu berukir. Istana dinamakan orang “Mahligai Hawa
Nafsu”.
Pangkat laksamana dikembalikan semula
kepada laksamana. Dia didudukkan sama taraf dengan Seri Bija Diraja dan
dibenarkan memikul pedang kerajaan. Seri Bija Diraja pula diberikan daerah
Sening Ujung.
Istana Sultan Mansur
Syah Terbakar.
Dengan takdir Allah taala, istana yang
baru siap itu telah terbakar. Bagaimanapun banyak harta dapat diselamatkan.
Akibat peristiwa ini, ramai pula orang-orang muda yang menerima anugerah raja
kerana menyelamatkan harta raja. Sebuah istana baru pula diminta siapkan dalam
masa sebulan. Bendahara telah membahagikan kerja-kerja membina istana ini
kepada pembesar-pembesar jajahannya. Dengan itu istana baru berjaya disiapkan.
Bahkan lebih baik dari istana yang terbakar itu.
Ramalan Bendahara
Paduka Raja.
Seri Nara Diraja telah jatuh sakit. Dia
memanggil Paduka Raja memintakan Paduka Raja menguruskan anak-anaknya yang
masih kecil. Lagipun mereka itu adalah anak-anak saudara Paduka Raja sendiri.
Emas sebanyak 5 buah candu peti diminta bahagi-bahagikan antara mereka.
Anak-anak Seri Nara Diraja itupun pindahlah ke rumah Paduka Raja. Pada Satu
waktu subuh, Bendahara telah melihat ada cahaya yang terpancar dari
kepala Tun Mutahir ke langit. Bendahara meramalkan bahawa Tun Mutahir akan
dapat menjadi orang besar. Bahkan lebih dari dirinya tetapi kebesaran itu tidak
kekal lama.
Bila Tun Tahir dan Tun Mutahir besar,
mereka telah meminta emas yang ditinggalkan oleh ayahnya. Bendahara tidak
memberinya. Sebaliknya mereka diberikan 10 tahil emas untuk dibuat berniaga.
Setelah cukup setahun, kedua mereka itu datang untuk membayar hutang. Ini
membuktikan yang mereka mampu menguruskan harta. Lalu emas itu dan semua emas
yang disimpan diberikan kepada mereka. Tun Tahir telah dilantik menjadi
Bendahari menggantikan bapanya dan bergelar Seri Nara Diraja, Tun Mutahir
dijadikan Temenggung dan bergelar Seri Maharaja. Tun Abdullah pula diberi gelar
Seri Nara Wangsa.
Akibat Tiada
Menyembah Ke Melaka.
Pemerintah Kampar yang bernama Maharaja
Jaya tidak menyembah ke Melaka. Jadi Sultan Mansur pun menitahkan satu angkatan
pergi menyerang ke Kampar dengan diketuai oleh Seri Nara Diraja. Dibantu oleh
Khoja Baba. Mereka telah berjaya mengalahkan Kampar. Maharaja Jaya dan
mangkubuminya yang bernama Tun Demang telah terbunuh. Negeri Kampar diserahkan
kepada Seri Nara Diraja dan dia telah melantik seorang adipatinya ke sana.
Sesudah Kampar, Siak
Pula.
Pemerintah Negeri Siak bernama Maharaja
Parameswara juga tidak mahu menyembah ke Melaka. Sultan Mansur memerintahkan
Seri Udana untuk menyerang Siak bersama angkatannya. Mereka telah berjaya
membunh Maharaja Parameswara. Anaknya yang bernama Megat Kudu dan Tun Jana
Pakibul ditawan dan di bawa balik ke Melaka. Megat Kudu telah dikahwinkan oleh
Sultan Mansur dengan puterinya yang bernama Raja Mahadewi. Dia dirajakan semula
di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim. Tun Jana dilantik sebagai Mangkubuminya.
Ditolak Bumi Melaka.
Raja Muhammad yang bakal menggantikan
ayahnya Sultan Mansur telah menyebabkan Tun Besar, anak Paduka Raja meninggal
dunia. Anak-anak buah Paduka Raja mahu menderhaka untuk membalas dendam.
Bendahara menentang hasrat tersebut tetapi bersumpah tidak mahu berajakan Raja
Muhamad.
Akibatnya Sultan Mansur telah
menghantar Raja Muhammad untuk beraja di Pahang. Bergelar Sultan Muhammad Syah.
Raja Muhammad telah berkahwin dengan Mengindera Puteri, cucu Sultan Iskandar,
Sultan Kelantan. Mendapat tiga orang anak iaitu Raja Ahmad, Raja Jamil dan Raja
Mahmud.
Juara Catur.
Tun Bahara ialah orang pasai yang
datang ke Melaka. Dia sangat handal bermain catur Tiada siapa yang dapat
menandinginya. Bermain tanpa berfikir, sambil bersyair, berbait, bergurindam
dan berseloka. Cuma yang dapat sedikit menandinginya ialah Tun Pikrama, anak
Bendahara Paduka Raja.
Disuruh Merompak Ke
Ujung Tanah.
Raja di negeri Meluluki, Makasar
bernama Keraeng Majiko beristerikan anak Keraeng di Tandering Jikamak tujuh
saudara. Anak dari puteri yang tua bernama Semerluki. Apabila dewasa, Semerluki
telah berahikan emak saudaranya yang bongsu. Ayahnya mengetahui hasrat
Semerluki itu dan menyuruhnya pergi merompak ke Ujung Tanah (wilayah Melaka)
untuk mendapatkan perempuan-perempuan yang cantik. Jadi Semerluki telah pergi
merompak ke pulau Jawa, wilayah taklukan Siam, Melaka dan juga Pasai. Di Melaka
dia ditentang oleh angkatan Laksamana Hang Tuah dan di Pasai oleh Orang Kaya
Kenayan. Jawa dan Siam berjaya dialahkannya tetapi dia gagal di Melaka dan juga
Pasai.
Kitab Duri’l Mazlum.
Maulana Abu Ishak adalah seorang ulama
tasawuf di Mekah. Beliau mengarang kitab Duri’l Mazlum. Beliau telah menyuruh
anak muridnya yang bernama Maulana Abu Bakar supaya menyebarkan isi kitab itu
ke Melaka. Di Melaka, Maulana Abu Bakar dimuliakan oleh Sultan Mansur yang
turut berguru dengannya. Kadi Melaka iaitu Kadi Yusuf pada mulanya tidak mahu
berguru dengan Maulana Abu Bakar tetapi selepas dia terpandangkan maulana itu
yang dipenuhi cahaya seperti sumbu dian, maka diapun turut berguru sama. Malah
dia telah meletak jawatan kadi dan digantikan anaknya Kadi Munawar.
Orang-orang Melaka dan Pasai pada masa
itu sangat minat untuk belajar ilmu agama. Kitab Duri’l Mazlum dapat diberikan
makna (terjemahan) oleh Makhdum Patakan, orang Pasai. Sultan Mansur juga pernah
bertanyakan kemusykilan agama kepada Makhdum Mua di Pasai itu.Tentang kekal
atau tidaknya penghuni Syurga dan Neraka.
BAB 8
Raja Chempa dan Zuriatnya
Tersebutlah
kisah tentang zuriat raja Cempa yang berasal dari mayang sepohon batang pinang.
Dalam mayang pokok pinang tersebut terdapat seorang budak lelaki yang terlalu
baik parasnya manakala seludang mayang itu menjadi ‘gong jebang’ dan bidang
seludang itu pula menjadi sebilah pedang beladau yang menjadi pedang kerajaan
Cempa. Raja Cempa terlalu suka akan budak tersebut lalu dinamakan sebagai Pau
Gelang.
Setelah
Pau Gelang besar, maka raja Cempa menikahkannya dengan Pau Bania iaitu anak
perempuannya sendiri dan apabila Raja Cempa itu mati maka, Pau Gelanglah yang
menggantikan tahta kerajaann Cempa tersebut. Baginda dikurniakan anak lelaki
iaitu Pau Tari. Kemudian Pau Tari berkahwin dengan Bia Suri anak raja Kuci dasn
memperolehi seorang anak lelaki diberi nama Pau Gama. Pau Gama berkahwin pula
dengan Raden Galuh Adjeng anak Betara Majapahit dan memperolehi seorang anak
diberi nama Pau Kubah. Semasa pemerintahan Pau Kubah berlaku peperangan antara
Orang Cempa dengan orang Kuci kerana menolak pinangan Pau Kuci. Pau Kiubah mati
dibunuh dan kedua orang puteranya melarikan diri. Syah Pau Ling lari ke Acheh
manakala Syah Indera Berma lari ke Melaka.
Gema Peristiwa Rampas Kuasa di Pasai
Sultan
Zainal Abidin meminta bantuan Melaka untuk mengembalikan permerintahan Pasai
yang dirampas oleh adindanya Raja Muda. Sultan Mansur Syah menghantar angkatan
perang yang diketuai oleh Bendahara Paduka Raja ke Pasai. Raja Muda berjaya
dikalahkan dan Sultan Zanal Abidin dan baginda kembali berkuasa sebagai raja
Pasai. Namun, baginda enggan mengaku sembah ke bawah Sultan Mansur Syah Melaka.
Ketika
angkatan Melaka ingin pulang, Raja Muda sekali lagi merampas takhta untuk kali
kedua. Bendahara Paduka Raja enggan menolong kerana tidak puas hati dengan
Sultan Zainal Abidin kerana enggan menyembah Sultan Melaka. Ekoran daripada
peristiwa itu berlaku perselisihan faham antara Bendahara Paduka Raja dengan
laksamana Hang Tuah. Apabila kembali ke Melaka Laksamana memburuk-burukkan
Bendahara. Walau bagaimanapun akhirnya laksamana meminta maaf daripada
Bendahara akibat tindakan memburuk-burukkan itu.
Wasiat Sultan Mansur Syah
Kisah
ini bermula apabila anak raja Sultan Mansur Syah dengan Raden Galoh Cendera
Kirana iaitu Raden Kelang mati dibunuh oleh orang mengamuk. Apabila didengar
akan Sultan Mansur Syah anakandanya mangkat, maka baginda terlalu berduka cita sehingga membunuh orang yang
mengiringkan Raden Kelang itu kerana tidak menyertai anakandanya semasa peristiwa
amukan itu terjadi.
Sebelum
mangkat, Sultan Mansur Syah merancang untuk melantik puteranya Raden Kelang
sebagai penggantinya. Namun Raden Kelang mati terbunuh ketika bertikam dengan
orang mengamuk. Tidak lama kemudian, Sultan Mansur Syah gering. Baginda
mewasiatkan Raja Ahmad sebagai pengganti baginda. Antara pesanan yang
ditinggalkan oleh Sultan Mansur Syah kepada Raja Hussai iaitu menyuruh Raja
Hussain adil dalam pemerintahan, sabar, tidak tamak harta dan bermuafakat
dengan pembesar.
Pemerintahan Sultan Alau’din Ri’ayat Syah
Selang
beberapa hari, maka Sultan Mansur Syah mangkat sejurus itu dikerjakan oranglah
seperti adat raja-raja yang terdahulu. Maka, Raja Hussain menggantikan tahta
ayahandanya dan digelar sebagai Sultan Alau’din Ri’ayat Syah. Baginda sangat
perkasa sekali pada zaman itu serta baginda juga telah mempunyai isteri dan
mempunyai dua orang anak lelaki yang bernama Raja Menawar dan Raja Zainal.
Hasil perkahwinannya dengan Tun Naja mempunyai tiga orang anak iaitu Raja
Hitam, Raja Muhammad dan Raja Fatimah.
Semasa
pemerintahan Sultan Alau’din
Ri’ayat Syah, kejadian kecurian telah berlaku secara berleluasa di Melaka. Masalah
ini membimbangkan baginda, lalu baginda
mengambil keputusan untuk menyamar bagi membasmi masalah kecurian di Melaka
pada waktu itu. Baginda ditemani oleh Hang Isap dan Hang Ishak. Ketika menyamar
itu, baginda terserempak dengan lima orang pencuri yang sedang mengusung sebuah
peti. Dua orang pencuri berjaya dibunuh oleh baginda, seorang pencuri dibunuh
oleh Hang Isap dan dua orang lagi berjaya melarikan diri.
Langkah Membasmi Pencuri
Setelah
hari siang, Sultan Alau’din Ri’ayat Syah keluar semayam dihadap orang. Maka
baginda bertitah kepada Orang-orang Besar yang hadir mengadap baginda adakah
mereka berkawal bagi menjaga keselamatan negeri semalam. Maka, jawab mereka ada
berkawal tetapi apabila ditanya tentang berita ada orang dibunuh mereka tidak
mengetahui apa-apa.
Lalu,
Sultan Alau’din Ri’ayat Syah segera menitahkan agar memanggil Hang ishak dan
Hang Isap membawa peti yang hampir dicuri semalam. Maka, Sultan Alau’din
Ri’ayat Syah menyuruh mereka berdua menceritakan hal sebenar yang berlaku
semalam. Setelah didengar, maka segala Orang-orang Besar menunduk ketakutan.
Setelah kejadian itu berlaku, kawalan Seri Maharaja menjadi semakin ketat dan
teliti sehingga negeri itu bertukar menjadi makmur dan aman semula.
Akibat Salam Dibacakan Sembah
Maharaja
Diraja, pemerintah kerajaan Haru mengutuskan Raja Pahlawan menghantar surat
perutusan ke Pasai. Di Pasai, surat perutusan yang berbunyi “salam paduka
kekanda” telah dibaca oleh Khatib Pasai dengan kalimat “Paduka Kekanda empunya
sembah, datang kepada adinda”. Hal ini tidak disenangi oleh Raja Pahlawan.
Walaupun beberapa kali ditegur dan disindir oleh Raja Pahlawan, Khatib Pasai
tetap membacanya dengan kalimat yang sama.
Akhirnya
Raja Pahlawan tidak dapat mengawal perasaannya lalu beliau mengamuk dan
membunuh beberapa orang yang berada di balai itu. Walau bagaimanapun, Raja
Pahlawan dan beberapa orang temannya dapat dibunuh oleh orang-orang Pasai.
Maharaja
Diraja kemudiannya menitahkan hulubalangnya Seri Indera menyerang tanah jajahan
Pasai dan Melaka, termasuklah kawasan antara Jugra ke Tanjung Tuan. Jesteru
itu, Sultan Alau’d-Din bertindak balas dengan menitahkan Paduka Tuan iaitu anak
Bendahara Paduka Raja, Laksamana Hang Tuah, dan Seri Bija Diraja memimpin
angkatan tentera untuk mengawal perairan Melaka. Akhirnya mereka berjaya
mengusir angkatan tentera Haru sampai ke perairannya.
Mia Ruzul dengan Kambing Randuk
Kekalahan
tentera Haru menimbulkan kemarahan Maharaja Diraja, lalu sekali lagi baginda
menitahkan hulubalangnya menyerang Melaka. Angkatan Melaka pula, setelah
berjaya mengusir tentera Haru, berlabuh di Pangkalan Dungun. Berlaku kisah lucu
yang ditimbulkan oleh Mia Ruzul yang berbangsa keling. Semasa dia hendak buang air,
ada seekor kambing randuk sedang meragut makanan di dalam semak. Mia Ruzul
terkejut dengan kehadiran kambing randuk yang disangkakannya ‘orang tua Haru’
mengintainya ketika dia membuang air besar, menyebabkan dia pun melarikan diri
dari tempat itu.
Tindakan
Mia Ruzul telah mengejutkan rakan-rakannya sehingga menyebabkan mereka
menghunus senjata masing-masing. Apabila ditanya oleh rakan-rakannya, dia
menerangkan keadaan yang sebenarnya dalam pelat India,’Kita tumu Haru tua, kita
hudap dia zughul, kita zughul dia hudap’, yang bermaksud,’saya bertemu dengan
seorang Haru tua, saya menghendap dia menunduk, saya menunduk dia menghendap’.
Peristiwa ini menimbulkan geli hati di kalangan rakan-rakannya. Tidak lama
kemudian, tentera Haru menyerang angkatan tentera Melaka, namun mereka berjaya
ditewaskan oleh angkatan Melaka. Hal ini mendorong Maharaja Diraja berdamai
dengan Melaka.
Ketiganya Sama Gagah
Kisah
raja Maluku, Telanai Terengganu dan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah yang ada
kehebatan masing-masing. Raja Maluku yang mendapat perlindungan di Melaka
adalah seorang raja yang gagah perkasa dan pandai bermain sepak raga. Telanai
Terengganu juga gagah perkasa sehingga jika nyiur ditikamnya dengan lembing
terus terbelah. Begitu juga dengan Sultan Alau’d-Din ada miliki kehebatan yang
dapat memanah nyiur sehingga terbayang ke sebelah. Kedatangan Telanai ke
Melaka, tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Pahang menyebabkan beliau telah
dibunuh oleh Seri Akar Diraja kerana kesalahannya itu. Sultan Alau’d-Din murka
dan cuba menyerang Pahang, tetapi dinasihati Tun Perak yang mencadangkan supaya
menghantar Laksamana Hang Tuah ke Pahang.
Gema Pembunuhan Telanai Terengganu
Utusan
Melaka yang diketuai oleh Laksamana Hang Tuah disambut baik oleh Sultan
Muhammad Pahang. Semasa berada di Pahang, Laksamana Hang Tuah menyuruh salah
seorang daripada orangnya membunuh saudara Seri Akar Diraja. Hang Tuah memberi
amaran agar pembunuh itu tidak diapa-apakan kerana kesalahan Seri Akar Diraja
membunuh Telanai tanpa pengetahuan Sultan Melaka. Sultan Muhammad Pahang cuba
berhelah dengan mengatakan bahawa Telanai dibunuh atas sebab kelancaran
mulutnya yang kononnya mendakwa Melaka di bawah kelengkapannya. Sultan Pahang
akhirnya mengirim surat kepada raja Melaka.
BAB 9
Membunuh Tanpa
Memberitahu Ke Melaka.
Sultan Ibrahim telah menyuruh Tun Jana
Pakibul membunuh seorang pesalah di Siak. Hal ini diketahui ke Melaka. Hang
Tuah telah diarah untuk pergi ke Siak. Tun Jana Pakibul dimarahinya
dalam majlis Sultan Ibrahim. Sultan dan Tun Jana Pakibul terdiam. Bila Hang Tuah
mahu pulang ke Melaka, Sultan Ibrahim telah berkirim surat memohon kemaafan
dari Sultan Alau’d-Din. Pada masa itu, tidak dibenarkan hukuman bunuh dalam
taklukan Melaka melainkan dengan pengetahuan Sultan Melaka.
Seorang anak Sultan Alau’d Din yang
bernama Raja Menawar telah dirajakan di Kampar. Bila Sultan Alaudin mangkat,
tempatnya digantikan oleh Raja Mamad. Pada masa itu Raja Mamad masih lagi
seorang kanak-kanak. Wasiatnya supaya Raja Mamad menggantikannya disampaikan di
hadapan Bendahara Paduka Raja, Kadi, Paduka Tuan, Seri Nara Diraja, Temenggung
dan Laksamana Hang Tuah.
Pemerintahan Sultan
Mahmud Syah.
Kepada Raja Mamad, Sultan Alaudin
berpesan supaya Banyak bersabar, Memaafkan kesalahan hamba sahaya, Utamakan
pekerjaan akhirat dari kerja dunia, Berserah diri atau bertawakkal kepada
Allah, Jangan mengaibkan pesalah, kalau perlu bunuh, boleh dibunuh dan Patuh
pada wasiat supaya dapat berkat Allah.
Setelah berwasiat kepada Raja Mamad,
Sultan Alaudin pun mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Mamad dengan gelaran
Sultan Mahmud Syah. Sekali peristiwa Sultan Mahmud sakit perut buang-buang air.
Terpaksalah Bendahara Paduka Raja dan Laksamana mengasuhnya. Bendahara membasuh
beras, Laksamana memasaknya. Bila masak bendahara yang menyuapkan. Bila buang
air, Laksamana membasuhnya. Nenda baginda yang bergelar Raja Tua telah datang
untuk melihat Sultan Mahmud. Dia tidak dibenarkan hampir oleh bendahara. Ini
kerana dia lebih kasihkan Raja Menawar dan dia bercadang untuk membunuh Sultan
Mahmud dengan menindihnya sambil pura-pura menangis. Rancangannya tidak
berjaya.
Bendahara Paduka raja
dengan Laksamana.
Setelah sembuh dari sakit, Sultan
Mahmud menganugerahkan Bendahara dan Laksamana akan usungan. Laksamana
menggunakannya tetapi bendahara tidak. Bila anak-anak buahnya mengomen,
Bendahara mengatakan dia tidak mahu dipandang sama taraf atau lebih mulia dari
Raja. Bendahara juga selalu memberikan apa-apa hadiah istimewa yang diterimanya
kepada laksamana seperti perahu, gajah, kuda atau alat senjata. Alasannya
supaya Laksamana dapat memanfaatkan alat-alat itu untuk negara.
Wasiat Bendahara
Paduka Raja.
Bila bendahara jatuh sakit, dia
mengumpulkan semua anak cucunya. Untuk mereka dia berwasiat. Nasihatnya kepada
Tun Mutahir, Tun Zainal Abidin, Seri Nara Diraja Tun Tahir, Tun Pauh dan juga
Tun Isap. Sultan Mahmud juga datang menziarahi Bendahara.
Setelah Bendahara Paduka Raja meninggal
dunia dia digantikan oleh saudaranya yang bernama Tun Perpatih Putih. Bergelar
Bendahara Putih. Bendahara ini sangat boros. Jikalau lilin panjang sejengkal
dibuangnya kerana dianggapnya puntung.
Nyaris Lembing
Diterbangkan Ke Dada.
Sultan Mahmud telah berlaku curang
dengan isteri Tun Biajid ketika Tun Biajid pergi ke Merba. Semasa mahu pulang
di waktu dinihari, dia terserempak dengan Tun Biajid. Tun Biajid hampir
melembing Sultan Mahmud kalaulah tidak dingatnya yang Sultan Mahmud adalah
tuannya. Isterinya itu diceraikan. Sebagai ganti, Sultan memberikannya seorang
gundik baginda yang bernama Tun Iram Sendari.
Pada satu malam, Sultan Mahmud pergi ke
rumah Tun Dewi, Di sana di dapati telahpun ada Tun Ali Sandang. Dia
memberikan sirih dalam puan kepada Tun Isap sebagai isyarat supaya Tun Isap
membunuh Tun Ali Sandang itu.
Peristiwa Pembunuhan
Tun Ali Sandang.
Setelah menerima sirih, Tun Isappun
pergi membunuh Tun Ali Sandang. Seri Wak Raja (anak bongsu Bendahara Paduka
Raja) sangat marah, dia mahu Tun Isap dibunuh tetapi Sultan Mahmud arahkan Tun
Isap berlepas diri. Tun Isap lari membawa diri ke merata tempat termasuklah ke
Pasai, Haru dan Brunai. Akhirnya dia kembali ke Melaka. Bila pulang Sultan
menyuruhnya pergi mohon maaf dengan Seri Wak Raja tetapi Tun Isap dibunuh
sebaik dia sampai ketika Seri Wak Raja masih lagi di atas gajah.
Pada waktu terdapat 4 orang yang sangat
dikasihi oleh Sultan iaitu Seri Wak Raja sendiri, Tun Umar, Hang Isa pantas dan
Hang Hussin Cengang. Baginda berjanji akan menunaikan apa sahaja permintaan
mereka. Bagaimanapun bila Seri Wak Raja memohon jadi panglima gajah, tidak
ditunaikan kerana Seri Rama masih hidup. Tun Umar mohon jadi raja di laut
itupun tidak ditunaikan kerana Laksamana masih hidup. Permintaan Hang Isa
mahukan emas dan kain baju, segera ditunaikan. Hang Hussin pula mohonkan kerbau
15 kelamin dan hamba 50 orang. Segera juga ditunaikan.
Telatah orang-orang
yang dikasihi raja.
Seri Wak Raja sendiri bila dipanggil
oleh raja, sengaja dia melewat-lewatkannya. Kecuali bila Tun Isap yang datang
kerana Tun Isap akan meminta pelbagai perkara sambil menantikan Seri Wak Raja
siap. Sebenarnya Seri Wak Raja adalah sangat mahir tentang gajah dan kuda.
Kerana kemahirannya itu dia berjaya mengahwini anak Kadi Menawar. Hang Isa
Pantas pula mahir dalam permainan layang-layang. Layang-layang Raja Ahmad yang
besarpun putus apabila bergesel dengan layang-layangnya. Hang Hussain pantas pula
seorang yang kuat makan.
Sultan Mahmud seorang yang cepat marah.
Dia telah mengarahkan supaya Seri Bija Diraja dibunuh kerana Seri Bija Diraja
tidak datang mengadapnya pada hari raya. Sultan Mahmud sendiri tidak dilayan
oleh Maulana Yusuf kerana dia datang untuk belajar tetapi sebagai Yang
Dipertuan. Dia hanya dilayan bila datang sebagai fakir Mahmud.
Manjong Dan Kelantan
Diserang.
Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan
untuk menyerang Manjong kerana Manjong bermusuh-musuhan dengan Beruas. Beruas
adalah jajahan Melaka. Paduka Tuan berjaya mengalahkan Manjong. Seri Maharaja
pula dititahkan menyerang Kelantan. Kelantan juga berjaya dikalahkan. 3 orang
puteri raja Kelantan ditawan dan dibawa balik ke Melaka. Puteri Onang Kinang
diperisterikan baginda.
BAB
10
Tun Mutahir Dijadikan Bendahara
Selepas
kematian Bendahara Putih, Tun Mutahir telah dilantik menjadi Bendahara Melaka
dengan gelaran Seri Maharaja. Tu7n Mutahir dilantik atas nasihat bonda Sultan
Mahmud (Tun senaja, iaitu saudara Tun Mutahir), walaupun ramailagi pembesar
lain yang mempunyai kelayakan yang sama. Bemdahara Seri Maharaja miliki rupa
paras yang tampan dan cantik. Beliau juga digambarkan sebagai Bendahara yang
yang berhias dan cerewet dalam soal berpakaian. Di bawah pentadbirannya, Melaka
menjadi semakin maju dan makmur.
Titisan Keturunan Bendahara Seri Maharaja
Bendahara
Seri Maharaja dikatakan mempunyai bilangan anak yang ramai dan kebanyakannya
menjawat jawatan besar di istana. Contoh, aanak sulungnya Tun hassan g memegang
jawatan sebagai Temenggung.
Peristiwa Patih Adam dengan Tun Minda
Kisah
berlaku ketika Patih Adam mengadap raja Melaka. Ketika berada di Balai Seri
Nara Diraja, Tun Minda lalu di hadapan Patih Adam. Seri Nara Diraja secara
berseloroh mengatakan pada Patih Adam bahawa Tun Minda ingin berkahwin dengan
Patih Adam. Selepas itu, Patih Adam kembali ke Surabaya menunggu Tun Minda
dewasa. Apabila Tun Minda sudah cukup umur, Patih Adam datang semula ke Melaka
dan menuntut janji daripada Seri Nara Diraja. Patih Adam amat marah apabila
Seri Nara Diraja mengatakan bahawa ianya hanyalah gurauan semata. Patih Adam
mencari helah untuik mendapatkan Tun Minda. Patih Adam mengugut untuk
menganiayai dan mengancam ingin memperkosa Tun Minda sekiranya Seri Nara Diraja
enggan mengahwinkan beliau dengan Tun Minda. Akhirnya Seri Nara Diraja
bersetuju mengahwinkan Patih Adam dengan anaknya Tun Minda. Patih Adam amat
menyayangi Tun Minda dan meminta izin dari Seri Nara Diraja untuk membawa Tun
Minda ke Surabaya.
Meminang “Puteri Gunung Ledang”
Selepas
kemangkatann permaisuri, Sultan Mahmud amat berdukacita. Para pembesar telah
sepakat untuk mencari pengganti permaisuri dan mempersembahkan kepada Sultan
Mahmud, tetapi tiada seorang pun yang diperkenankan oleh baginda. Baginda
kemudiannya menghantar utusan untuk meminang Puteri Gunung Ledang, yang
diketuai Tun Mamad, Hang Tuah dan Sang Setia. Hanya Tun Mamat yang berjaya
sampai ke puncak dan berjumpa dengan perempuan tua berlipat tiga. Tun Mamad
menyatakan hasratnya untuk meminang Puteri Gunung Ledang untuk dikahwinkan
dengan Sultan Melaka.
Perempuan
tua tersebut telah menyatakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh Sultan
Mahmud. Antaranya, membina satu jambatan emas dan satu jambatan perak dari
Melaka ke Gunung Ledang, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, air
mata setempayan, air pinang muda setempayan dan darah putera raja (Raja Ahmad)
se mangkuk. Semua syarat sanggup dipenuhi kecuali semangkuk darah Raja Ahmad,
kerana Sultann Mahmud tidak sampai hati mencederakan darah dagingnya sendiri.
Oleh itu peminangan Puteri Gunung Ledang dibatalkan.
Tepuk Berbalas, Alang Berjawat
Kisah
raja Inderagiri (sultan Nara Singa) berkahwin dengan peteri Melaka. Tetapi
baginda bertkecil hati dengan sikap pembesar Melaka yang memperlakukan
orang-orang Inderagiri seperti hamba. Baginda pulang semula ke Inderagiri dan
menghalau raja Ingeragiri. Iaitu Maharaja Isap. Maharaja Isap melarikan diri ke
Lingga dan kedua pihak masih berperang. Sultan Mahmud menitahkan agar mereka
berdamai.
Hang Nadim Dititahkan ke Benua Keling
Sultan
Mahmud mengutuskan Hang Nadim ke Keling untuk membeli kain serasah sebanyak 40
bagai. Pada setiap bagai sebanyak 40 helai dan pada sehelai 40 bagai jenis
corak bunga. Hang Nadim menumpang kapal dagang Hang Isap. Di Keling, Hang Nadim
tidak berkenan dengan corak kain yang dilukis oleh pelukis-pelukis Keling,
sehinggalah corak baru dilukis sendiri oleh Hang Nadim. Sekali lagi Hang Nadim
menumpang kapal Hang Isap. Sebelum itu, Hang Isap bertelagah dengan seorang
wali mengenai hutang piutang. Dalam pelayaran pulang, kapal Hang Isap karam
kerana sumpahan wali. Hang Nadim hanya berjaya menyelamatkan empat helai kain.
Sultan Mahmud murka kerana Hang Nadim masih menumpang kapal yang sudah
disumpahi wali itu. Hang Nadim dianggap telah berdosa kerana gagal menjalankan
tugas yang diamanahkan kepadanya. Diceritakan juga tentang kematian Hang Tuah
yang diganti oleh Khoja Hassan.
Seri Wak Raja Dengan
Gajah Pahang.
Setelah Sultan Muhammad, raja Pahang
yang pertama meninggal. Beliau digantikan oleh anak sulungnya yang bernama
Abdul Jamal. Abdul Jamal menghantar utusan ke Melaka minta ditabalkan. Sultan
Mahmud telah menghantar Seri Wak Raja ke Pahang bagi menabalkan Abdul Jamal
dengan gelaran Sultan Abdul Jamal. Di Pahang, ilmu Seri Wak Raja dan anaknya
Tun Umar mengenai gajah teruji. Bagaimanapun mereka berjaya.
Peri Cantiknya Paras
Anak Bendahara Pahang.
Seri Wak raja telah pulang ke Melaka
dan menceritakan tentang cantiknya paras anak Bendahara Pahang yang bernama Tun
Teja Ratna Benggala. Ini membuatkan Sultan Mahmud berahikannya. Baginda
bersumpah, sesiapa yang dapat mendatangkan TunTeja akan diberikan hadiah yang
besar, sekalipun dia meminta sekerat daripada negeri Melaka. Berita ini
didengar Hang Nadim. Untuk menebus dosanya, beliau segera ke Pahang.
Tun Teja Dilarikan Ke
Melaka.
Hang Nadim telah berbuat baik dengan
seorang perempuan tua, tukang pelulut dan juga dengan Nakhoda Saiyid Ahmad.
Dengan bantuan mereka, Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja ke Melaka.
Pertempuran Di Laut
Pulau Keban.
Sebaik Sultan Abdul Jamal, mendengar
tunangannya dilarikan Hang Nadim, Dia segera mengejar. Hang Nadim diserang oleh
angkatan Sultan Abdul Jamal. Bagaimanapun dia berjaya melepaskan diri ke
Melaka. Sultan Melaka sangat gembira. Hang Nadim dihadiahkan emas dan perak
yang tidak terkira. Saiyid Ahmad dijadikan bentara. Hang Nadim sendiri
dianugerahkan Puteri Cau Pauk, anak raja Kelantan.
Gajah Sultan Pahang
Pula Dilarikan.
Sekembalinya Sultan Abdul Jamal ke
istana, dia sangat marah, dengan menunggang gajahnya yang bernama Ai Kening
dilanggarnya balairung istananya sendiri. Kononnya begitulah dia akan melanggar
istana Melaka. Khabar ini didengar oleh Sultan Mahmud di Melaka. Disuruhnya
pula curi gajah tersebut. Laksamana Khoja Hassan telah pergi ke Pahang. Dengan
tipu helahnya, Ai Kening telah berjaya dilarikan ke Melaka.
Bersyaikh diri di
Lubuk Pelang.
Sultan Abdul Jamal dengan segera
memerintahkan panglima Pahang mengejar Laksamana Khoja Hassan. Mereka diketuai
oleh Seri Akar Raja. Bagaimanapun usaha mereka gagal. Sultan Abdul Jamal telah
turun takhta dan membawa diri bersyaik di Lubuk Pelang. Anakanda baginda
bergelar Sultan Mansur Syah dirajakan.
Rahsia pembunuhan
Raja Zainal.
Dia adalah saudara Sultan Mahmud
sendiri. Kecantikannya tiada tara pada waktu itu. Dia menjadi kegilaan
orang-orang perempun di Melaka. Bila dia berkuda, habislah gempar sekalian
orang perempuan mahu melihatnya. Berebutan mereka mahu memberikan hadiah
kepadanya. Mendengar hal ini, Sultan Mahmud murka dan secara senyap-senyap dia
telah menyuruh Hang Berkat pergi membunuh Raja Zainal. Hebohlah orang
mengatakan Raja Zainal telah mati dibunuh oleh pencuri. Hang Berkat dianggap
saudara oleh Sultan dan dia diberikan gelar Sang Sura.
Sultan Mahmud Syah
Serba Salah.
Satu hari isteri Sang Sura telah
berzina dengan Sang Guna. Sang Sura mahu Sang Guna dibunuh. Akibatnya sultan
serba salah kerana Sang Guna adalah tukang keris istana yang mahir.
Bagaimanapun Sang Guna telah dihukum berkurung dalam rumah. Untuk berdiri di
muka pintupun tidak dibenarkan. Tidak dibenarkan ke mana-mana. Akhirnya Sang
Guna minta dikat dan diserahkan kepada Sang Sura supaya dibunuhnya sekali.
BAB 12
Raja Legor Gagal Menyerang Pahang
Raja
Siam telah menitahkan Raja Legor, iaitu Maharaja Dewa Sura supaya menyerang
negeri Pahang. Rancangan ini terdengar ke Melaka, lantas Sultan Mahmud Syah
menitahkan Bendahara Seri Maharaja dan angkatan Melaka membantu Pahang.
Akhirnya angkatan Melaka dan Pahang berjaya mematahkan serangan Siam dan ramai
hulubalang Legor mati dalam peperangan tersebut.
Biadap di Hadapan Bendahara
Tun
Perpatih Hitam berbicara dengan seorang dagang di hadapan Bendahara Seri Maharaja.
Oleh kerana tidak berpuas hati, Tun Perpatih Hitam telah menunjukkan
kebiadabannya dengan menguis tikar di hadapan Bendahara. Jesteru itu dia
dibunuh oleh Laksamana Khoja Hassan. Ini menyebabkan Tun Hussain mengamuk atas
pembunuhan bapanya. Akibatnya dia turut dibunuh oleh Laksamana Khoja Hassan.
Zuriat Laksamana Hang Tuah
Laksamana
Hang Tuah mempunyai dua orang isteri dan ramai anak. Salah seorang daripada
zuriatnya, iaitu Tun Daerah berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah
Raja Petani dan Raja Kedah DiNobatkan
Kota
Mahligai yang diperintah oleh Raja Sulaiman Syah telah diserang dan ditakluki
oleh Cau Seri Bangsa (putera Raja Siam). Raja Sulaiman telah dibunuh oleh Cau
Seri Bangsa. Kemudian Cau Seri Bangsa memeluk Islam dan membuka negeri baru
dinamakan Petani (Pak Tani). Cau Seri Bangsa kemudiannya menghantar utusan ke
Melaka dan Sultan Mahmud Syah bersetuju menobatkan Cau Seri Bangsa sebagai raja
Petani bergelar Sultan Seri Ahmad Syah. Selepas itu, Raja Kedah juga datang ke
Melaka untuk memohon nobat dan telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud Syah.
Kebesaran Melaka dan Kedatangan Peringgi
Sebuah
kapal Peringgi dari Goa datang berdagang di Melaka. Setelah kembali semula ke
Goa, mereka menceritakan tentang kebesaran dan kemakmuran negeri Melaka. Ini
menyebabkan Alfonso d’Albuqueque, Wizurai Peringgi di Goa mengarahkan supaya
menyusun angkatann perang untuk menyerang Melaka. Namun angkatan Peringgi yang
dipimpin Kapitan Mor gagal menakluki Melaka kerana kehebatan dan kebijaksanaan
Bendahara Seri Maharaja.
Makhdum Dipersenda Muridnya
Maulana
Sadar Jahan adalah seorang Pendeta dari Mekah datang ke Melaka. Ketika berada
di Melaka, beliau mengajar bahasa Arab kepada Raja Melaka dan para pembesar.
Salah seorang muridnya ialah Tun Mai Ulat Bulu. Beliau sering dimarah oleh
Makhdum Sadar Jahan kerana gagal menyebut bahasa Arab yang diajarnya. Walau
bagaimanapun Tun Mai Ulat Bulu berjaya memalukan gurunya apabila gurunya gagal
untuk menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Melayu dengan betul, seperti ‘kucing’,
‘kunyit’, dan ‘nyiru’.
Bertanya Satu Masalah Agama Ke Pasai
Sultan
Mahmud Syah mengutuskan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai untuk bertanyakan satu
masalah agama berkaitan dengan akidah. Permasalahan tersebut telah dijawab oleh
Tun Hassan dengan cara membisikkan jawapannya kepada Orang kaya Tun Muhammad.
BAB 13
Tun Fatimah Anak
Bendahara Seri Maharaja.
Kecantikan Tun Fatimah diumpamakan laut
madu, bertasik susu dan berpantaikan sakar (gula). Tun Fatimah ditunangkan
dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja, sepupunya. Raja Di Baruh iaitu bapa
saudara Sultan Mahmud menasihatkan supaya perkahwinan ditangguhkan kerana Tun
Fatimah itu sepatutnya ditunjukkan kepada Sultan dulu, lagipun Permaisuri Tun
Teja telah mati. Bendahara tidak endahkan nasihat itu. Pada hari perkahwinan Sultan
datang dan dia sangat tertarik dengan Tun Fatimah dan menuduh Bendahara sebagai
jahat. Sultan berdendam dengan Bendahara.
Kekayaan Bendahara
Seri Maharaja.
Bendahara sangat kaya. Mempunyai
simpanan emas sebanyak 6 bahara. Lebih satu bahara dari kepunyaan Raja
Mendaliar, Syahbandar Melaka. Anak-anak cucunya diberikan emas, jikalau hilang
diberinya yang lain. Kerbau pemeliharaannya di Kayu Ara juga banyak. Jikalau
anak buahnya pergi berburu tapi tidak dapat, maka kerbau dikandang itulah yang
disembelih mereka.
Tun Hassan Temenggung
Cuba Dibeli.
Semua orang besar-besar datang ke rumah
Ali Manu Nayan, seorang kaya di Melaka. Mereka semua diberikan hadiah. Hanya
Tun Hassan Temenggung saja yang tidak datang. Ali Manu Nayan pernah menyatakan
; Kiranya Tun Hassan berdiri sahaja di hadapan kedainya, dia akan memberikan 10
tahil emas.
Punca Mencetuskan
Sekejam-Kejam Hukuman.
Nina Dewa Sura telah bertelingkah
dengan Raja Mendaliar. Mereka pergi berhukum pada Bendahara. Kerana hari telah
petang, mereka disuruh datang keesukan harinya. Malam itu, Nina Sewa Sura telah
merasuahkan emas sebanyak sebahara kepada Bendahara supaya dia menang dalam
kesnya dengan Raja Mendaliar. Kitul, seorang yang ada berhutang dengan Raja
Mendaliar telah pergi memberitahu Raja Mendaliar tentang perihal Nina Dewa Sura
itu. Dikatakan Nina Dewa Sura merasuahkan emas 10 kati supaya Bendahara
membunuh Raja Mendaliar dan dikatakan bahawa Bendahara telah bersetuju. Segala
hutang Kitul telah dihalalkan. Pada malam itu juga, Raja Mendaliar telah pergi
mengadu kepada Laksamana Khoja Hassan. Dirasuahnya dengan emas sebahara
disamping permata dan kain baju yang indah-indah. Dikatanya Bendahara mahu
merampas takhta kerajaan. Bendahara telahpun menempah takhta kerajaan, piu dan
kaus emas. Kerana termakan pujuk, Laksamana bersedia memberitahu raja.
Tamat Riwayat Tiga
Orang Besar Negara.
Sebaik menerima aduan Laksamana, Sultan
Mahmud telah mengarahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara pergi membunuh
Bendahara. Tun Hassan Temenggung ingin menentang tapi dihalang oleh Bendahara.
Tun Hassan juga mahu membuang peti-peti emasnya, itupun dihalang oleh Sutan.
Bendahara, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung dan suami serta sepupunya
Tun Alipun dibunuh orang. Tun Abdul Karim, Tun Jenal dan Tun Fatimah tidak
dibunuh. Sebaliknya Tun Fatimah dijadikan isterinya. Bila kahwin, segala harta
Bendahara dibawa ke dalam. Raja mendapati tuduhan yang Raja mahu merampas
takhta tidak benar kerana alatan seperti takhta, piu dan kasut emas tidak ada.
Sultan jadi menyesal. Kitul telah disula dan Raja Mendaliar dibunuh. Harta
Laksamana dirampas. Dia tidak dibunuh kerana Sultan pernah bersumpah
mengharamkam darah laksamana.
Bendahara Paduka Tuan
(Bendahara Tepok).
Paduka Tuan iaitu anak Bendahara Paduka
Raja telah dilantik menjadi Bendahara. Dia sudah tua, giginya telah tanggal dan
kakipun telah tepok.Bila dinyatakan dia akan diangkat menjadi Bendahara, dia
menolak tapi dipaksakan juga oleh Sultan. Dia juga dikenali sebagai Bendahara
Lubuk Batu. Seorang yang kuat makan dan bila mahu berjalan sepasu minyak wangi
digunakannya.
Tun Biajid sasar.
Dia adalah anak Bendahara Paduka Tuan.
Sasar bahasa. Bila berjalan ke pasar, diambilnya segala barang yang
diperkanannya. Bendahara terpaksa menyuruh seseorang mengekori Tun Biajid dan
membayar harga barangan yang diambilnya. Tun Biajid telah dihadiahkan seekor
gajah oleh ayahnya. Gajah ini selalu dijual tapi ditebus semula oleh Bendahara.
Bila dilihatnya gajah itu diambilnya semula konon gajah itu adalah gajahnya.
Tun Biajid pernah ditambat dan dhantar kepada Raja untuk dibunuh kerana dia
membunuh orang tetapi tidak dilaksanakan oleh Sultan.
Zuriat bendahara
Lubuk Batu.
Anak Bendahara ramai antaranya ialah
Tun Khoja Ahmad atau gelarnya Tun Pikrama dan Tun Pauh. Anak Tun Khoja Ahmad
bernama Tun Isap Berakah, dia menjadi Datuk Bendahara Johor.
Sultan Mahmud
Membuang Kerajaan.
Sejak diperisterikan Sultan Mahmud, Tun
Fatimah tidak pernah senyum. Dia sentiasa berdukacita. Sultan Mahmud juga
sangat menyesal membunuh Bendahara Seri Maharaja. Sultan Mahmud telah turun
takhta dan diserahkan pada anaknya Sultan Ahmad Syah. Baginda membawa diri ke
Kayu Ara dengan ditemani oleh Sang Sura.
Sultan Ahmad pula tidak kasih akan
orang-orang besar. Dia hanya kasih kepada beberapa orang tertentu sahaja
seperti Tun Ali Hati, Tun Mai Ulat Bulu, Tun Muhammad Unta, Tun Ali Berudu dan
Tun Ali Kenyal. Orang-orang muda tiga empat belas orang dan hamba raja dua tiga
puluh orang. Itulah sahaja teman-temannya.
Tun Fatimah pula bila hamil
dibuangkannya. Alasannya kerana pengganti raja telah ada. Sultan Mahmud
berjanji akan merajakan anaknya, barulah kandungan itu dibelanya. Malangnya Tun
Fatimah hanya mendapat anak perempuan iaitu Raja Putih dan Raja Khatijah.
Sultan Mahmud pula asyik belajar tasawuf dengan Makhdum Sadar Jahan.
BAB 14
Di Saat Akhir Kesultanan Melayu Melaka
Gempar
berita tentang kedatangan Peringgi ke Melaka dengan menggunakan armada yang
besar-besar belaka. Maka, Sultan Ahmad segera mengerahkan segala rakyatnya
untuk menyiapkan kelengkapan untuk berperang. Pada waktu malamnya, hulubalang
Melaka dibacakan Hikayat Muhammad Hanafiah untuk membangkitkan semangat juang
mereka dalam menghadapi serangan Peringgi. Setelah hari siang, pertempuran
bersambung namun malangnya Melaka berjaya ditakluki Peringgi.
Sultan Mahmud, Sultan Ahmad berlepas Diri
Setelah
Melaka ditawan Peringgi, Sultan Mahmud dan puteranya Raja Ahmad lari ke Muar.
Sultan Ahmad tinggal di Paguh, manakala Sultan Mahmud tinggal di Batu Hampar.
Setelah Paguh ditakluki Peringgi, Sultan Mahmud dan Raja Ahmad lari ke Hulu
Muar dan akhirnya lari ke Pahang. Kemudian mereka berangkat pula ke Johor dan
membuat negeri di Kota Kara. Oleh kerana Raja Ahmad bersikap angkuh terhadap
pembesar yang tua-tua, Raja Ahmad telah dibunuh atas perintah Sultan Mahmud.
Melantik Orang Besar-besar Kerajaan
Mengisahkan
tentang Sultan Mahmud Syah membuat negeri di Kopak. Sultan Muzaffar Syah yang dilantik
sebagai raja menggantikan Raja Ahmad. Sultan Muzaffar Syah kemudiannya
dikahwinkan dengan Tun Terang anak Tun Fatimah. Seterusnya Sultan Mahmud Syah
melantik para pembesar. Antaranya Khoja Ahmad dilantik sebagai Bendahara, Tun
Abu Ishak dilantik senbagai Perdana Menteri. Manakala Tun Hamzah pula dilantik
sebagai Penghulu Bendahari.
Anak Raja Bakal Kerajaan
Alkisah
tentang Sultan Mahmud Syah memperolehi seorang anak laki-laki hasil
perkahwinannya dengan Tun Fatimah. Anak tersebut dinamakan Raja Ali dan nama timang-timangannya
ialah Raja Kecil Besar. Raja Ali Kemudiannya ditabalkan sebagai raja dengan
gelaran Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah yang disebut orang Sultan Muda.
Tun Ali Hati Lebih Rela Mati
Setelah
Sultan Ahmad mangkat, segala anak tuan-tuan dan segala anak raja disuruh oleh
Sultan Mahmud Syah berkumpul untuk menyatakan hasratnya kepada pengikut Sultan
Ahmad supaya turut menjadi pengikut setianya dan menumpahkan taat setia kepada
dirinya. Semua pengikut mahu bertuankan Sultan mahmud Syah, kecuali Tun Ali
Hati. Sehingga rela dibunuh oleh Sultan
Mansur Syah kerana terlalu taat dengan Sutan Ahmad.
Raja Abdullah Ditawan Peringgi
Kisah
ini menceritakan tentang Raja Abdullah yang merupakan putera Raja Kampar, iaitu
Raja Menawar (saudara Sultan Mahmud Syah). Baginda cuba berbaik-baik dengan
Peringgi (Kapitan Mor) dengan harapan Peringgi akan menyerahkan kembali takhta
Melaka kepada baginda. Tetapi hasrat baginda tidak kesampaian apabila baginda
ditangkap (melalui tipu helah) dan dibawa ke Goa India.
Angkatan Peringgi Menyerang Bintan
Ketika
Peringgi menyerang Bengkalis, Bulang dan Kota Kara, Temenggung dititahkan oleh
Sultan Mahmud supaya bersedia untuk menentang Peringgi. Tetapi titah sultan
Mahmud tidak diendahkan kerana beliau asyik mengira harta sahaja. Setelah Kota
Kara jatuh ke tangan Peringgi, Sultan Mahmud lari ke Lubuk Batu.
Pusaka Dari Temenggung Seri Udani
Dari
Kopak, Temenggung Seri Udani ke Kota Kara untuk menentang Peringgi. Tetaoi
malangnya, Temenggung Seri Udani mati terbunuh. Sebelum berangkat ke Kota Kara,
Temenggung Seri Udani telah mewasiatkan hartanya kepada Sultan Mahmud Syah.
Membalas Kasih Raja
Setelah
Kopak jatuh ke tangan Peringgi, Sultan Mahmud dan pengikut-pengikutnya lari ke
Kaki Gunung Bintan. Di situ, mereka telah keputusan bekalan makanan dan hampir
kebuluran. Disebabkan oleh itu, Seri Nara Diraja mengarahkan Seri Wak Raja
supaya mencari makanan untuk santapan raja. Namun sempat Seri Nara Diraja
menyindir Sultan Mahmud Syah yang telah membunuh keluarganya ketika di Melaka.
Sindiran ini menyebabkan Sultan Mahmud Syah merasa kesal dan malu akan
perbuatannya dahulu. Seri Wak Raja yang diarahkan mencari makanan bertindak
mencuri makanan daripada tiga orang perempuan dan dilarikan untuk santapan
Sultan Mahmud Syah dan keluarganya.
Dari Bintan Pindah ke Kampar
Dari
Kopak, Sultan Mahmud berpindah ke Kampar. Tidak lama kemudian, Tun Fatimah
meninggal dunia.
Masalah Tiada Mempunyai Putera Lelaki
Menceritakan
tentang Sultan Mansur Syah Pahang tiada anak laki-laki. Baginda hanya
dikurniakan dua orang anak perempuan, iaitu Raja Puspa Dewi dan Raja Kesuma
Dewi. Baginda telah mengahwinkan saudara dua pupunya dengan Raja Muhammad (Raja
Terengganu), memperolehi Raja Ahmad. Sultan Mansur Syah kemudiannya telah
mengambil Raja Ahmad sebagai anak angkat dan dikahwinkan dengan puteri baginda,
Raja Puspa Dewi. Mereka memperolehi seorang anak laki-laki dinamakan Raja Omar.
BAB 15
Sultan Mahmud Mangkat
Di Kampar.
Sultan Mahmud semasa sakit hendak mati
telah mewasiatkan Bendahara menjaga anaknya Sultan Muda. Sultan Mahmud juga
sempat berpesan kepada Sultan Muda supaya Bersabar, Jangan
tinggalkan bendahara dan menteri dalam sebarang urusan, Berlaku adil terhadap
rakyat dan tentera dan akhir sekali Jangan mudah mendengar fitnah (sembah
orang). Siasat dahulu kerana rakyat sangat mengharapkan keadilan dan kemurahan
raja. Setelah Sultan Mahmud
mangkat, Sultan Alaudin pun pindah ke Pahang semula.
Bertapak Semula Di
Bumi Semenanjung.
Di Pahang, Sultan Alaudin telah
berkahwin dengan anak Sultan Mansur yang bernama Raja Kesuma Dewi. Setelah kahwin,
mereka pindah pula ke Johor. Dengan diketuai Laksamana Hang Nadim, merekapun
pindah ke Johor.
Berbuat negeri di
Johor.
Sultan Alaudin memerintahkan berbuat
kota di Kuala Johor hingga ke Kuala Sungai Kerting. Laksamana Hang Nadim duduk
di Bintan. Sultan mendapat dua orang anak iaitu Raja Muzaffar dan Raja Fatimah.
Kedua-duanya belajar mengaji dengan Tun Kamal Wangsa.
Surat Meminang Dari
Pahang.
Bila Sultan Pahang mengetahui Sultan
Johor telah mendapat anak perempuan, dikirimnya utusan ke Johor untuk meminang
Raja Fatimah untuk Raja Omar. Atas nasihat Bendahara, peminangan itu diterima.
Hasrat Sultan Pahang
tercapai
Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa
segera balik memberitahu Sultan Pahang akan kesediaan Sultan Alaudin itu.
Mereka juga melapurkan yang kawalan sentiasa dibuat oleh laksamana terhadap
Peringgi. Angkatan Peringgi sentiasa diserang. Setelah siap, Sultan Pahang
berangkat ke Johor bersama Raja Omar. Mereka diberikan sebuah istana.
Istiadat perkahwinan
Diraja Johor-Pahang.
Antara istiadatnya ialah :







Selepas Mangkat
Sultan Alaudin.
Tidak lama selepas perkahwinan Raja
Omar-Raja Fatimah, dikahwinkan pula Raja Muzaffar dengan cucu Bendahara, Tun
Emas Jiwa iaitu anak Tun Hassan Temenggung. Kemudian Sultan Alaudin pun mangkat
dan disebut orang Marhum di Johor Lama. Raja Muzaffar dilantik menjadi raja
dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Ketika itu baru berusia 19
tahun. Sultan Mansur di Pahangpun mangkat dan diganti oleh Raja Ismail dan
bergelar Sultan Jamal Syah.Setelah beberapa lama di Johor Lama, Sultan Muzaffar
pindah ke Seluyud. Raja Omar pula menjadi benci pada isterinya yang dari
Pahang, iaitu emak Raja Mansor. Ditalaknya dan dihantar ke rumah Seri Nara
Diraja, sebab emak Raja Mansur adalah saudara Seri Nara Diraja.
Nikah Dalam Sunyi.
Satu hari Sultan Muzaffar pergi ke
rumah Seri Nara Diraja dan dia terpandang pada emak Si Mansur dan terus jatuh
berahi. Setelah muafakat dengan Bendahara dan Seri Nara Diraja, Sultan
Muzaffarpun nikahlah dengan bonda Sultan Mansur secara senyap-senyap. Bila
Bonda Raja Mansur hamil, Seri Nara Diraja memberitahu Raja Omar dan isterinya
raja Fatimah. Kononnya dia takut memeliharakan bonda Raja Mansur sebab hamil.
Raja Omar sendiri menganggap anak itu sebagai anaknya. Jadi raja Fatimah suruh
hantar padanya, biar dia peliharakan. Raja Fatimah sendiri juga hamil, dapat
seorang anak lelaki dinamakan Raja Abdul Jalil. 10 bulan kemudian, bonda Raja
Mansur beranak dan dinamakan Raja Abdullah. Kedua-dua bayi itu diangkat anak
oleh Sultan Muzaffar.
Wasiat Sultan
Muzaffar Syah.
Bila Sultan Muzaffar Syah hendak
mangkat diwasiatkan agar Raja Abdul Jalil dijadikan sultan. Dipangku oleh
Bendahara. Ini tidak sukai oleh Raja Omar dan Raja Fatimah. Raja Abdul Jalil
pula sangat erat hubungannya dengan Raja Abdullah. Rahsia Raja Abdullah sebagai
anak Sultan Muzaffar Syah tidak diketahui sesiapa kecuali Bendahara dan Seri
Nara Diraja sahaja.
Wasiat Sultan Abdul
Jalil Diketepi.
Raja Abdul Jalil setelah berusia 9
tahun telah jatuh sakit dan meninggal dunia. Sebelum mati baginda sempat
mewasiatkan agar takhta diperturunkan kepada Raja Abdullah. Ianya dibantah oleh
emaknya, Raja Fatimah tetapi tidak diendahkan. Bila Raja Abdullah hendak
dinobatkan Raja Fatimah mengancam mahu melarikan diri. Ini menyebabkan Bendahara
terpaksa tunduk kepada permintaannya. Dia juga takut dianggap mahu berkuasa,
memangku raja. Raja Omar dinobatkan dengan gelaran Sultan Ala Jalla Abdul Jalil
Ri’ayat Syah. Terlalu kasihkan pula pada bendahara.
Tun Seri Lanang jadi
Bendahara.
Bendahara Paduka Raja gering dan
meninggal dunia. Tun Seri Lanang pula diangkat menjadi bendahara. Bergelar
Bendahara Paduka Raja juga. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil pindah pula dari
Seluyud ke Tanah Putih atau Batu Sawar. Diserang oleh Portugis tapi tidak dapat
dikalahkan. Malangnya ramai orang sakit dan mati di Tanah Putih.
Pindah pula ke hulu Sungai Damar atau makam Tauhid. 2 kali Portugis
menyerang. Negeri Makam Tauhid tidak dapat dikalahkan. Bila
Laksmaana Hang Nadim mati, dia digantikan oleh orang besar Cempa. Raja fatimah
juga mangkat dan dikebumikan di Seluyud bersama kuburan kekandanya Sultan
Muzaffar Syah. Selang setahun kemudian suaminya pula meninggal. Sultan Ala
Jalla Abdul Jalil dimakamkan di Batu. Raja Abdullah hendak dinobatkan tetapi
baginda menolak. Bagaimanapun oleh kerana Raja Mangsur cuai menjalankan tugas,
Raja Abdullah terpaksa menjalankan tugas sultan. Raja Mangsur sekali lagi mahu
pindah ke Hulu Kuala Sungai Riun iaitu di Pasir Raja.
Sinopsis yang tepat dan menarik.
ReplyDeleteAssalam... isi yang lengkap dan cantik. Terima kasih kongsikan ilmu ni. Izinkan saya copy dan share sinopsis ini ya.
ReplyDeleteassalamualaikum, sangat lengkap dan menarik.tq
ReplyDeletewah! sangat lengkap dan padat sinopsis ni dan sangat membantu kefahaman saya. terima kasih
ReplyDeleteWawwww bagus sekali penulisan ini.. Penuh dengan konten yang disampaikan sebagai rujukan saya.. Terima kasih
ReplyDelete