Senarai Versi Sejarah Melayu Yg Lain. Masukkan Latar Blkg Teks Secara Terperinci


Kepengarangan Hikayat Melayu

Hikayat Melayu telah ditulis oleh Tengku Said. Ia jelas dinyatakan dalam Hikayat Melayu (1998:647), "Dan yang menyurat Sejarah Melayu ini, Tengku Said; disuruh Tuan Fandarwola, esti Residen Komisi di dalam Sikudana, kepada tarikh 1272, kepada dua puluh tiga dari bulan Safar, hari Ahad, bermula menyuratnya, adanya. Dan sudahnya kepada delapan hari bulan Rabiulakhir, hari Isnin tamatnya." Hikayat Melayu ini telah disalin semula oleh Muhammad Nuruddin Acheh dan nama Tengku Said sebagai orang yang menyurat Hikayat Melayu ini telah diletakkan oleh penyalinnya. Hikayat Melayu ini telah siap disalin oleh Muhammad Nuruddinn Acheh pada " sebelas Zulhijjah, kepada hari Sabtu. Tamat pada Sanat 1310, di Betawi."

Dalam Hikayat Melayu, Tengku Said telah meriwayatkan tentang asal usul keturunan Raja Kecil. Contoh petikannya dalam Hikayat Melayu (1998:408), Dan syahadan, Yang Dipertuan Sultan Abdul Jalil Syah, kepada malam itulah baginda mintak buatkan nasi rendam. Dan kepada itu malam, baginda hendak beradu, lalu memanggil Encik Apung, anak Laksamana, disuruh memicit kaki baginda. Kepada masa itu, bini peri itu sudah pergi, diketahuinyalah akan baginda itu mangkat. Dan kepada waktu dinihari, baginda datang berahi, maka terpacarlah mahnikam itu ke tikar. Dan baginda bertitah, "Hai Apung, jikalau engkau hendak berputera dengan kita, telanlah olehmu, dan kandunglah rahsiaku, supaya adalah benih Raja Iskandar Zulkarnain di dalam Tanah Melayu ini, jangan putus nasabku." Maka segera diambillah oleh Encik Apung itu akan mahanikam itu, lalu ditelannya. Dengan takdir Allah Taala berlaku kepada hamba-Nya, dengan seketika, Encik Apung pun hamillah."

2 comments:

  1. Baru saya tahu versi versi sejarah melayu.. Yang saya tahu sebelum ni hanyalah versi a samad ahmad..

    ReplyDelete